Jemputan Majlis Tahlil dan Rumah Terbuka Aidilfitri

on Friday, August 31, 2012


Jiran baru kita di Jalan Meranti Putih 10A iaitu En. Mohd Effendy dan Puan Noriah menjemput semua penduduk TDP3 Fasa1&2 ke majlis tahlil dan rumah terbuka aidilfitri dirumah mereka bernombor 13 pada 1 September 2012. Majlis tahlil bermula selepas zohor manakala rumah terbuka bermula 3 hingga 7 petang. Bersama sama kita memeriahkan majlis jiran baru kita ini.

Jemputan Majlis Tahlil dan Rumah Terbuka Aidilfitri

Jiran baru kita di Jalan Meranti Putih 10A iaitu En. Mohd Effendy dan Puan Noriah menjemput semua penduduk TDP3 Fasa1&2 ke majlis tahlil dan rumah terbuka aidilfitri dirumah mereka bernombor 13 pada 1 September 2012. Majlis tahlil bermula selepas zohor manakala rumah terbuka bermula 3 hingga 7 petang. Bersama sama kita memeriahkan majlis jiran baru kita ini.

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke 55

on Wednesday, August 29, 2012


Merdeka! Merdeka! Merdeka! . Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3 fasa 1 & 2 menyucapkan Selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan Negara kita yang ke 55 kepada semua penduduk. Tanpa mengira fahaman politik, sama ada bertemakan “janji Ditepati” mahupun “Sebangsa Senegara Sejiwa” bersama sama menghayati erti kemerdekaan ini demi kemakmuran dan keamanan Negara kira.

Berikut adalah Teks Ucapan Tunku Abdul Rahman Sempena Kemerdekaan pada 31 ogos 1957

Your Majesties, Your Royal Highnesses, Your Highnesses, Your Excellencies, People of Persekutuan Tanah Melayu.

I am indeed proud that on this, the greatest day in Malaya’s history it falls to my lot to proclaim the formal independence of this country. Today as new page is turned, and Malaya steps forward to take her rightful place as a free and independent partner in the great community of Nations-a new nation is born and though we fully realise that difficulties and problems lie ahead, we are confident that, with the blessing of God, these difficulties will be overcome and that today’s events, down the avenues of history, will be our inspiration and our guide. It is therefore with a feeling of particular solemnity that we have listened to the eloquent words of His Royal Highnessl and in particular to the moving message he has conveyed from Her Majesty the Queen2. We are indeed honoored that Her Majesty should have deputed her own uncle, His Royal Highness to be with us on this occasion particularly when we remember that he is no stranger to this land: we recall too with pleasure his previous visit to Malaya and happy recollections of his stay have remained with us.

His Royal Highness has spoken in moving words of the past associations of our two countries. We in Malaya have a long history, but we do not lightly forget old relationships. For many years past our fortunes have been linked with those of Great Britain and we recall in particular the comradeship of two world wars. We remember too the products of our association; justice before the law, the legacy of an efficient public service and the

highest standard of living in Asia.

We shall therefore always remember with gratitude the assistance which we have received from Great Britain down our long path to nationhood; an assistance which culminated today with the proclamation of Malaya’s Independence. But the long standing friendship between our countries does not cease with independence: rather it takes on a new form. As you have heard in the gracious message from Her Majesty the Queen, Malaya will henceforward take her place in the great Commonwealth of Independent Nations whose members are found in all parts of the world, and as an equal partner in that great association. We in this country will do all in our power to promote its well-being in the interests of mankind in general and in the particular service of world peace.

Thus today a new chapter opens in our relationship with Britain; our colonial status has given place to full equality but we are confident that, fortified by old associations, and linked by old memories, our ties with Britain will grow ever stronger and more durable. British will ever find in us her best friend, and it is a soure of much gratification to my Government that British Civil Servants will continues to serve in this country to assist us in the solution of the many problems which independence will present.

But while we think of the past, we look forward in faith and hope to the future; from henceforth we are masters of our destiny, and the welfare of this beloved land is our own responsibility: Let no one think we have reached the end of the road: Independence is indeed a milestone, but it is only the threshold to high endeavour-the creation of a new and sovereign State. At this solemn moment therefore I call upon you all to dedicate yourselves to the service of the new Malaya: to work and strive with hand and brain to create a new nation, inspired by the ideals of justice and liberty-a beacon of light in a disturbed and distracted world.

High confidence has been reposed in us; let us unitedly face the challenge of the years. And so with remembrance for the past, and with confidence in the future, under the providence of God, we shall succeed.

PROCLAMATION OF INDEPENDENCE

IN THE NAME OF GOD, THE COMPASSIONATE, THE MERCIFUL. PRAISE BE TO GOD, THE LORD OF THE UNIVERSE AND MAY THE BLESSINGS AND PEACE OF GOD UPON HIS MESSENGERS

WHEREAS the time has now arrived when the people of the Persekutuan Tanah Melayu will assume the status of a free independent and sovereign nation among the nations of the World.

AND WHEREAS by an agreement styled the Federation of Malaya Agreement, 1957, between Her Majesty the Queen and Their Highness the Rulers of the Malay States it was agreed that the Malay States of lohore, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Trengganu and Perak and the former Settlements of Malacca and Penang should as from the 31st day of August, 1957, be formed into a new Federation of States by the name of Persekutuan Tanah Melayu.

AND WHEREAS it was further agreed between the parties to the said agreement that the Settlements of Malacca and Penang aforesaid should as from the said date cease to form part of Her Majesty’s dominions and that Her Majesty should cease to exercise any sovereignty over them.

AND WHEREAS it was further agreed by the parties aforesaid that the Federation of Malaya Agreement, 1948, and all other agreements subsisting between Her Majesty the Queen and Their Highness the Rulers or anyone of them immediately before the said date should be revoked as from that date and that all powers and jurisdiction of Her Majesty or of the Parliament of the United Kingdom in or in respects of the Settlements aforesaid or the Malay States or the Federation as a whole should come to an end.

AND WHEREAS effect has been given in the Federation of Malaya Agreement, 1957, by Her Majesty the Queen, Their Highnesses the Rulers, the Parliament of the United Kingdom and Legislatures of the Federation and of the Malay States.

AND WHEREAS a constitution for the Government of the Persekutuan Tanah Melayu has been established as the supreme law thereof.

AND WHEREAS by the Federal Constitution aforesaid provision is made to safeguard the rights and prerogatives of Their Highness the Rulers and the fundamental rights and liberties of the people and to provide for the peaceful and orderly advancement of the Persekutuan Tanah Melayu as a constitutional monarchy based on Parliamentary democracy.

AND WHEREAS the Federal Constitution aforesaid having been approved by an Ordinance of the Federal Legislatures, by the Enactments of the Malay States and by resolutions of the Legislatures of Malacca and Penang has come into force on the 31 st day of August, 1957, aforesaid.

Now in the name of God the Compassionate, the Merciful, I, TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA IBNI AL-MARHUM SULTAN ABDUL HAMID HALIMSHAH, PRIME MINISTER OF THE PERSEKUTUAN TANAH MELAYU, with the concurrence and approval of Their Highnesses the Rulers of the Malay States do hereby proclaim and declare on behalf of the people of the Persekutuan Tanah Melayu that as from the thirty first day of August, nineteen hundred and fifty seven, the Persekutuan Tanah Melayu comprising the States of lohore, Pahang, Negri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Trengganu, Perak, Malacca and Penang is and with God’s blessing shall be for ever a sovereign democratic and independent State founded upon the principles of liberty and justice and ever seeking the welfare and happiness of its people and the maintenance of a just peace among all nations.

Sumber Laman Web Arkib Negara

Untuk menterjemahkan dalam bahasa melayu boleh guna Google Translate klik disini

Amalan Kunjung Mengunjungi di TDP3

on Monday, August 27, 2012


ﭐللهُ وَللهِ ﭐلْحَمْدُ أكْبَرُ ﭐللهُ أكْبَر ُ ﭐللهُ وَ ﻵ ﺇلٰهَ ﺇلاَّ ﭐللهُ أكْبَرُ ﭐللهُ أكْبَرُ ﭐللهُ أكْبَرُ ﭐللهُ

kunjung mengunjung telah menjadi amalan penduduk taman kita pada setiap kali Aidilfitri. Bermula hari jumaat yang lepas, ramai penduduk taman kita saling kunjung mengunjungi, mungkin dalam minggu ini kita sudah mengunjungi semua rumah jiran kita. Teruskan amalan yang mulia ini.

Selamat pulang beraya

on Wednesday, August 15, 2012

Kepada yang pulang beraya di kampung, Persatuan Penduduk TDP3 Fasa 1&2 mengucapkan selamat pulang ke kampung, berhati hati dijalan raya. Sedikit pesanan keselamatan jalanraya untuk semua.

Jadual Perjalanan PLUS Dan Diskaun Tol Balik Kampung Hari Raya 2012

on Tuesday, August 14, 2012



PLUS telah sediakan çadangan jadual perjalanan Lebuhraya Utara-Selatan sempena balik kampung untuk Hari Raya Adilfitri 2012 dan sempena menyambut Hari Merdeka dan Hari Malaysia. Sebelum memulakan misi anda untuk balik kampung, sila rancangkan jadual perjalanan berdasarkan jadual dierikan oleh pihak PLUS bagi memudahkan pemanduan anda kelak. Ia bagi mengelak dari kesesakan lalu lintas yang tidak diduga dan mengelakkan daripada anda terlibat dari segala kejadian dan kemalangan yang tidak diinigini.

Semoga jadual perjalanan Lebuhraya Utara-Selatan PLUS hari raya untuk balik kampung anda akan menggembirakan orang yang tersayang yang sedia menanti dengan penuh kesyukuran dan keyakinan. Berehat jika perlu, dan pastikan kesihatan anda sentiasa terjamin.

Kadar Diskaun dan Rebet bayaran Tol ditetapkan bagi memudahkan pengguna jalanraya merancang perjalanan balik kampung di semua laluan lebuhraya. Berhati-hati dijalan raya semoga anda sampai ke destinasi dan bertemu yang tersayang di Hari Raya Aidilfitri nanti. Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3 Fasa 1&2 mendoakan semoga semua penduduk selamat pergi dan balik. Jadual rebet diskaun bayaran Tol sempena perjalanan balik kampung untuk Hari Raya adalah seperti dibawah:-
diskuan tol

Tip Rumah Selamat Ketika Raya

on Monday, August 13, 2012

Dalam ke ghairahan untuk balik ke kampung jangan sampai kita terleka dengan keselamatan rumah yang kita tinggalkan. Berikut sedikit tip sebelum kita balik kampung untuk dikongsikan bersama

Maklumkan kepada jiran/polis
Pastikan sebelum balik kampung , berpesan-pesanlah dgn jiran untuk tengok-tengokkan rumah kita dan bagitahulah berapa hari kita balik kampung. Borang balik kampung yang telah diedarkan, jangan lupa isi dan serahkan pada ketua blok masing-masing, kalau tak dapat borang tu boleh muatturun dengan
klik disini . Borang akan diserahkan kepada balai polis Meru pada hari jumaat ini.

Pastikan semua pintu dan tingkap dikunci
Pastikan semua pintu dan tingkap telah dikunci terlebih dahulu sebelum meninggalkan rumah. Jika manga yang dah uzur tu, eloklah diganti dengan yang baru dan baik. Cara ini merupakan langkah yang terpenting sekali dan berkesan untuk mengelakkan rumah dipecah masuk.

Serahkan kunci pendua kepada orang yang anda percaya
Jangan sesekali meninggalkan kunci rumah di bawah alas kaki, di dalam pasu bunga dan sebagainya.

Hentikan langganan akhbar/majalah
jika ada melanggan surat khabar atau majalah elok dihentikan buat sementara.

Matikan semua suis dan gas
Bagi mengelakkan berlakunya kebakaran, pastikan semua suis ditutup, kepala gas ditanggalkan supaya tidak berlaku sebarang kebocoran pada gas tersebut dan tutup paip air utama bagi mengelakkan paip pecah jika berlaku tekanan tinggi.

Elakkan memasang lampu luar
Elakkan daripada memasang lampu luar. Ini kerana lampu luar yang menyala di siang hari menandakan penghuni tiada di rumah kecuali menggunakan timer.

Berdoa untuk kesejahteraan bersama
Sebagai umat islam wajiblah kita berdoa kepada-Nya supaya mudah dipermudahkan segala urusan kita. Jadi, sebelum keluar rumah tu, berdoalah untuk memperoleh keberkatan.

Doa Keluar Rumah. بِسْمِ اللهِ تَوَ كَّلْتُ عَلَى اللهِ لاَحَوْلَ وَلاَقُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ. Maksudnya:

"Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan keizinan Allah".

Sampul Duit Raya Eksklusif TDP3 Fasa 1&2 sudah diedarkan.

on Sunday, August 12, 2012

Sampul Duit Raya Ekslusif TDP3 fasa 1&2 sudah diserahkan kepada semua penduduk yang membuat tempahan. Penyerahan telah dibuat pada 9 dan 10 ogos 2012 yang lalu bermula jam 10 malam bertempat digerai burger khairil. Terima kasih kepada semua yang membuat tempahan. Ini adalah cubaan pertama membuat Barangan Rasmipersatuan kita. Pihak persatuan merancang untuk membuat pelbagai Barangan Rasmi selepas ini dan jika kewangan kita kukuh ia akan diberi secara percuma kepada penduduk.

Program Bubur Lambuk Dan Buka Puasa Dibatalkan

on Friday, August 10, 2012


Dukacita dimaklumkan pada semua penduduk TDP3 fasa 1&2, Program Bubur Lambuk dan Berbuka puasa yang dirancang untuk di adakan pada 11 ogos 2012 terpaksa dibatalkan. Pembatalan program ini adalah disebabkan berlakunya pertembungan tarikh dan tempat dengan aktiviti Persatuan Penduduk TDP3 fasa 3&4. Pihak persatuan terpaksa mengambil keputusan ini diatas dasar kejiranan di bulan yang mulia ini. Pihak Persatuan Penduduk TDP3 fasa 1&2 memohon maaf kepada semua penduduk kerana terpaksa membatalkan program didalam bulan puasa ini. Walaubagaimana pun program Jamuan Raya akan diteruskan didalam bulan syawal nanti, Insyaallah.

Borang Balik Kampung Aidilfitri 2012

on Wednesday, August 8, 2012

Seperti mana tahun-tahun sebelum ini, Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3 Fasa 1 dan 2 akan mengedarkan borang balik kampung sebagai salah satu langkah tambahan untuk keselamatan rumah kita. Borang tersebut diserahkan kepada balai polis Meru untuk perhatian pihak polis. Borang tersebut hendaklah diisi dan dihantar kepada ketua blok masing masing dengan kadar segera.

Borang balik kampung juga boleh dimuatturun dengan klik disini

Had Laju dalam Kawasan Perumahan

on Tuesday, August 7, 2012

Tahukan anda berapa had laju didalam kawasan perumahan? Mungkin ramai yang tidak mengetahuinya. Had laju dijalan dalam kawasan perumahan adalah sama dengan had laju di kawasan sekolah iaitu 30KM/J.

Jika diperhatikan, ramai diantara penduduk yang menggunakan jalan dalam kawasan perumahan kita membawa kenderaan nelebihi kelajuan ini. Pihak Persatuan Penduduk TDP3 Fasa 1 dan 2 memohon kepada semua penduduk agar dapat membawa kenderan dengan perlahan didalam kawasan perumahan kita atau dimana mana kawasan perumahan sekali pun. Ini adalah bagi mengelak daripada terjadinya kemalangan terutama kemalangan yang melibat kanak-kanak. Kanak kanak tidak memahami undang undang jalan raya, kanak kanak juga tidak dapat mengagak jarak selamat untuk mereka lintas, oleh itu, menjadi tanggungjawap kita untuk lebih berhati hati dan memandu dengan perlahan. Jika berlaku kemalangan, tiada gunanya lagi.

Pihak Persatuan memandang serius hal ini, jika penduduk masih gagal untuk memandu dengan perlahan, pihak persatuan bercadang untuk menambah bonggol terutamanya di jalan Meranti Putih 9B yang menjadi laluan utama di dalam taman kita dan jalan ini juga melalui kawasan taman permainan

Anda ada kereta mewah ke, kereta modified ke, kancil turbo ke, motor besar ke, kapcai power ke, tak kisah sebab tu hak anda, tapi ingat jangan sesekali bawa laju dalam kawasan taman, nak laju gi litar sepang.

Memo Kutipan Tabung Qirat Kematian

on Monday, August 6, 2012

Kepada yang masih belum membuat pembayaran kutipan tabung Qairat Kematian persatuan penduduk Taman Desa Permai 3 Fasa 1&2 bolehlah membuat pembayaran kepada AJK Qirat Kematian saudara Kuraidi Kamis

Zakat Fitrah 2012 (1433H)

on Wednesday, August 1, 2012

Kadar fitrah bagi Negeri Selangor pada tahun 2012 (1433H) ialah RM7.00 seorang bersamaan 2.70 kg beras atau satu gantang Baghdad.

Bagi memudahkan pembayaran zakat fitrah, Lembaga Zakat Selangor (LZS) meneruskan komitmen pembayaran zakat fitrah melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan kerjasama syarikat telekomunikasi Celcom dan Maxis yang telah bermula sejak Ramadan tahun 2008 (1429H) lagi.

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 4/2008 yang bersidang pada 27 Ogos 2008 telah memutuskan bahawa pembayaran zakat fitrah melalui SMS adalah Harus.

Keputusan Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Selangor terbaru pada 6hb Januari 2011 boleh di download diFATWA PEMBAYARAN ZAKAT MELALUI SMS.

Penggunaan kemudahan ini adalah PERCUMA. Berikut adalah kaedah membuat bayaran menggunakan SMS.

1. CELCOM : Taip FITRAH dan hantar ke 21999 serta ikuti arahan seterusnya
2. MAXIS : Taip *222*3# dan tekan DIAL serta ikuti arahan seterusnya

Resit bayaran zakat melalui SMS ini boleh dimuat turun dari laman berikut :

1. CELCOM di alamat http://mfitrah.celcom.net.my/mfitrah/
2. MAXIS di alamat
http://www.maxis.com.my/mzakat/

Pembayaran hendaklah dibuat sebelum 18hb. Ogos 2012. Pembayaran hanya diterima sehingga 29 Ramadan 1433 Hijrah sehingga jam 6.00 petang sahaja untuk mengelakkan talian terlalu sibuk pada malam hari raya.

Pembayaran Zakat juga boleh dibuat melalui Internet, Mesin ATM dan Mesin E-Debit.

Walau bagaimanapun bayar zakat fitrah sendiri disurau, masjid dan lain lain adalah lebih afdal.