@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
KLIK DISINI

Berita Semasa @ TDP3

on Friday, January 23, 2009


masalah kutipan sampah
setelah beberapa kali aduan dibuat kepada Jabatan Alam Sekitar MPK, pagi tadi saya mendapat panggilan dari kontraktor yang dilantik oleh MPK menyatakan bahawa kutipan sampah akan mula dilakukan esok 22.02.09. Dari perbualan saya dengan kontraktor tersebut, dia menyatakan bahawa masalah yang timbul yang menyebabkan dia tidak dapat mengutip sampah di TDP3 adalah kerana kekeliruan alamat yang diberikan oleh pihak MPK dengan papan tanda yang terdapat di TDP3. Seperti yang telah kita sedia maklum, alamat Surat menyurat TDP3 bermula dengan Jalan Meranti Putih, akan tetapi papan tanda hanya tertulis Jalan Meranti.
Pihak pemaju telah menamatkan kontrak kontraktor kutipan sampahnya bagi Jalan meranti Putih 9A dan 9B sejak 06.02.09 yang lalu dan diserahkan kepada Pihak MPK.


mesyuarat pemilihan ahli jawatankuasa Persatuan Penduduk

mesyuarat pemilihan ahli jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3 telah pun berlangsung dengan jaya pada 15 feb 2009...

artikel penuh akan dikemaskini secepat mungkin...


gotong royong memasang khemah pada malam 14 feb 2007


kehadiran penduduk hampir 100%, tahniah semua..


suasana semasa mengundi, cara lama "angkat tangan" agar undian lebih telus..


acara yang ditunggu tunggu, makan time!



barisan pemimpin yang telah dipilih ( laporan penuh akan menyusul )


pengurusi dan naib pengurusi yang telah dipilih.

Peta lokasi TDP3


View Larger Map

Kemudahan @ TDP3

koleksi gambar mesyuarat persatuan penduduk kali pertama

koleksi gambar mesyuarat persatuan penduduk kali pertama



Untuk Muatturun Album Gambartamandesapermai3

TV ONLINE

Pastikan anda hanya mainkan 1 sahaja player dalam satu satu masa, pause kan yang lain termasuk radio HOTFM.

p/s : untuk memainkan tv online ini, anda memerlukan komputer berkelajuan tinggi .






















Get your own tv -->click here

jadual waktu solat

Panduan Solat Qasar Dan Jama'

Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:

1.0 Solat Qasar

1.1 Takrifan

Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

1.2 Hukum Qasar
Harus berdasarkan kepada dalil berikut:

i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;
“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”

ii. Al-Sunnah yang bermaksud;

‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al-Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah-Nya” (Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)

1.3 Jarak Dibenarkan Qasar

Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

1.4 Syarat Solat Qasar
i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.

ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam(sempurna).
v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

1.5 Contoh Niat

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)



2.0 Solat Jama'

2.1 Takrifan

Solat Jama’ terbahagi kepada :

i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.

ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.

2.2 Syarat Solat Jama’


2.2.1.Solat Jama’ Taqdim

i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratulihram.
iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir

i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.

ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.

2.3 Contoh Niat

2.3.1 Jama’ Taqdim

i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

2.3.2 Jama’ Ta’khir

i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

Jom buat perangkap nyamuk

Memandang kawasan perumahan kita ni berhampiran kebun kelapa sawit, dah tentulah banyak nyamuk. jom kita cuba buat perangkap nyamuk sendiri. boleh tengok berapa banyak nyamuk kat rumah kita.

Bahan bahan yang diperlukan

1. Botol air mineral.













2. yis.

3. Gula perang.

4. Air

5. Kertas hitam @ kain hitam.

Cara cara membuatnya.

1. Potong satu botol plastik dalam setengah, menyimpan bahagian yang kedua.

2. Mengambil bahagian bawah botol. Campurkan gula perang (brown sugar) dalam air panas. Kemudian biarkan ia sejuk dalam 22 darjah celcius








3. Tambahkan yis. Karbon dioksida akan membentuk (Ini akan menarik nyamuk-nyamuk)

4. Tutup botol dengan kertas hitam atau kain gelap dan meletakkan bahagian atas biarkan ada corong.








5. Tempat di satu sudut dalam rumah anda.








6. Dalam masa 2 minggu anda akan terperanjat melihat bilangan nyamuk yang terperangkap

Hiburan @ TDP3

Yuna - dan sebenarnya

(sila pause Hotfm Radio sebelum mainkan player ini)


Yuna-Dan Sebenarnya


Yuna - Deeper conversation

(sila pause Hotfm Radio sebelum mainkan player ini)



Juara Anugerah Juara Lagu 23

(sila pause Hotfm Radio sebelum mainkan player ini)



Jihan Raja Lawak3 Minggu ke6

(sila pause Hotfm Radio sebelum mainkan player ini)



Sepah Raja Lawak3 Minggu ke7

(sila pause Hotfm Radio sebelum mainkan player ini)

arah kiblat TDP3

Arah Kiblat



Anda boleh mendapatkan arah kiblat dengan hanya taip lokasi anda walaupun dimana anda berada. Bagi Penduduk TDP3, sila taip jalan meranti putih meru klang kemudian klik pada butang locate , garisan merah yang dipaparkan pada map adalah arah kiblat anda


klik untuk arah kiblat