@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
KLIK DISINI

Selamat Berpuasa Ramadhan 1434hijrah

on Monday, July 8, 2013

@tdp3 fasa 1&2

Selamat berpuasa kepada semua penduduk Taman Desa Permai 3, esok 10 julai 2013m bersaman 1 Ramadhan 1434h. Moga dapat jalani rukun islam ketiga ini dengan penuh keikhlasan.


Sedikit Panduan Solat Terawih


Ceramah sempena sambutan Israk Mikraj kariah Surau Haji Kamaruddin

on Thursday, June 6, 2013


Ceramah israk mikraj mengikut sudut sains yang disampaikan oleh Ustaz Zawawi sempena sambutan Israk Mikraj  peringkat kariah Surau Haji Kamaruddin Jalan Jambu pada 6 jun 2013.

Sedikit sedutan Ceramah  


Surau Haji Kamaruddin

on Friday, January 18, 2013

@tdp3 fasa 1&2
Oleh kerana taman kita berada dalam kariah Surau Haji Kamaruddin jalan jambu, saya akan buka 1 rungan untuk papar berita dan aktiviti Surau Haji Kamaruddin untuk manfaat semua. Diantara aktiviti bulan ini: 

1. Gotong Royong 
 Membersihkan kawasan surau 
Ahad 20 januari 2013 7.30 pagi 
Sumbangan sarapan pagi amat dialu-alukan 

2. Sambutan Maulidur Rasul 
Ceramah Umum Bersama Ustaz Haji Ibrahim b. Haji Umar Khamis 24 januari 2013 selepas solat maghrib 
Sumbangan amat dialu-alukan

Do'a untuk GAZA, Palestine

on Sunday, December 9, 2012


Tambahkan doa ini untuk penduduk palestin didalam doa selepas Solat kita. Moga Allah memperkenankan doa doa kita untuk umat islam palestin.

MP3 Kuliah Perdana oleh Ustaz Azhar Idrus di Masjid Asy Syarif Meru

on Monday, November 19, 2012


Kepada yang tidak berkesempatan ke Kuliah Perdana oleh Ustaz Azhar Idrus sempena Halal Fest di Masjid Asy syarif Meru pada 11 november yang lalu, boleh muatturun kuliah bertajuk “halal haram dalam islam” dalam bentuk MP3. Muatturun dan simpan dalam thumdrive , boleh main dalam kereta sekali sekala daripada asyik dengar musik sahaja ada juga manafaatnya. Moga berguna.
MP3 Ustaz Azhar Idrus - Halal Haram dalam Islam (sesi ceramah)klik disini
MP3 Ustaz Azhar Idrus - Halal Haram dalam Islam (sesi soal jawab)klik
disini

Zakat Fitrah 2012 (1433H)

on Wednesday, August 1, 2012

Kadar fitrah bagi Negeri Selangor pada tahun 2012 (1433H) ialah RM7.00 seorang bersamaan 2.70 kg beras atau satu gantang Baghdad.

Bagi memudahkan pembayaran zakat fitrah, Lembaga Zakat Selangor (LZS) meneruskan komitmen pembayaran zakat fitrah melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan kerjasama syarikat telekomunikasi Celcom dan Maxis yang telah bermula sejak Ramadan tahun 2008 (1429H) lagi.

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 4/2008 yang bersidang pada 27 Ogos 2008 telah memutuskan bahawa pembayaran zakat fitrah melalui SMS adalah Harus.

Keputusan Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Selangor terbaru pada 6hb Januari 2011 boleh di download diFATWA PEMBAYARAN ZAKAT MELALUI SMS.

Penggunaan kemudahan ini adalah PERCUMA. Berikut adalah kaedah membuat bayaran menggunakan SMS.

1. CELCOM : Taip FITRAH dan hantar ke 21999 serta ikuti arahan seterusnya
2. MAXIS : Taip *222*3# dan tekan DIAL serta ikuti arahan seterusnya

Resit bayaran zakat melalui SMS ini boleh dimuat turun dari laman berikut :

1. CELCOM di alamat http://mfitrah.celcom.net.my/mfitrah/
2. MAXIS di alamat
http://www.maxis.com.my/mzakat/

Pembayaran hendaklah dibuat sebelum 18hb. Ogos 2012. Pembayaran hanya diterima sehingga 29 Ramadan 1433 Hijrah sehingga jam 6.00 petang sahaja untuk mengelakkan talian terlalu sibuk pada malam hari raya.

Pembayaran Zakat juga boleh dibuat melalui Internet, Mesin ATM dan Mesin E-Debit.

Walau bagaimanapun bayar zakat fitrah sendiri disurau, masjid dan lain lain adalah lebih afdal.

Takwim Ramadhan 1433h TDP3

on Sunday, July 15, 2012

Waktu Imsak dan berbuka bagi daerah klang dan Taman Desa Permai 3 khasnya. Boleh muatturun dan tampal di rumah masing masing untuk rujukan. Takwim adalah dari sumber JAKIM. Tarikh mula puasa tertakluk kepada pengumuman dari Penyimpan Mohor Besar Raja Raja.

Salam Aidiladha

on Monday, November 23, 2009


Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha khasnya kepada semua penduduk Taman Desa Permai 3.
Tahun ini Aidiladha jatuh pada 27
november 2009 bersamaan 10zulhijjah
1430hijrah

DALIL PENSYARIATAN IBADAH QURBAN

  • Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Kautsar ayat 2 : Maksudnya : "Maka kerjkanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur".
  • Allah S.W.T.telah berfirman dalam Surah Al-Haj ayat 37 : Maksudnya: "Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yan sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu".
  • Sabda Rasulullah S.A.W.:Maksudnya : "Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu". (Hadis riwayat Tirmidzi)

FADHILAT IBADAH QURBAN

Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban ini amat besar antaranya:

  • Menambah amal kebajikan. Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam:Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan". (Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
  • Sebagai penebus dosa Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam kepada Sayyidatina Fatimah:Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu". (Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban)
  • Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah.Sabda Rasullah Sallahahu 'Alaihi Wasallam: Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla." (Hadis riwayat Thabrani)
  • Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda: Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)
  • Ancaman terhadap orang yang mampu melakukan qurban tetapi tidak melaksanakannya. Daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu katanya, sabda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam:Maksudnya: "Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami".

sumber info: Jabatan Mufti Melaka http://www.al-azim.com/

Jom sembahyang tarawih

on Thursday, August 20, 2009

Bersama sama kita ulangkaji panduan sembahyang sunat terawih




Ebook Ramadan utuk di kongsi bersama


Selamat berpuasa


Diucapkan kepada semua penduduk Taman Desa Permai3, Selamat menunaikan ibadah puasa ramadan bagi tahun 1430hijrah.


jadual waktu solat

on Friday, January 23, 2009

Panduan Solat Qasar Dan Jama'

Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:

1.0 Solat Qasar

1.1 Takrifan

Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

1.2 Hukum Qasar
Harus berdasarkan kepada dalil berikut:

i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;
“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”

ii. Al-Sunnah yang bermaksud;

‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al-Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah-Nya” (Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)

1.3 Jarak Dibenarkan Qasar

Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

1.4 Syarat Solat Qasar
i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.

ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam(sempurna).
v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

1.5 Contoh Niat

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)



2.0 Solat Jama'

2.1 Takrifan

Solat Jama’ terbahagi kepada :

i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.

ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.

2.2 Syarat Solat Jama’


2.2.1.Solat Jama’ Taqdim

i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratulihram.
iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir

i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.

ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.

2.3 Contoh Niat

2.3.1 Jama’ Taqdim

i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

2.3.2 Jama’ Ta’khir

i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

arah kiblat TDP3

Arah Kiblat



Anda boleh mendapatkan arah kiblat dengan hanya taip lokasi anda walaupun dimana anda berada. Bagi Penduduk TDP3, sila taip jalan meranti putih meru klang kemudian klik pada butang locate , garisan merah yang dipaparkan pada map adalah arah kiblat anda


klik untuk arah kiblat