@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
KLIK DISINI

Jemputan Kenduri Doa Selamat.

on Thursday, May 2, 2013


Sahabat kita, En. Hisham menjemput semua penduduk TDP3 fasa1&2 ke kenduri doa selamat, bacaan yasin dan marhaban pada ketetapan seperti berikut.

ü  Masa : Sabtu 4 mei 2013 ( selepas Insyak)
ü  Alamat : No 16, Jalan Meranti Putih 10A.

@tdp3 fasa
1&2

Majlis Sambutan Hari Lahir


Jemputan ke majlis sambutan hari lahir anak En. Fendy, Luth Aryan satu tahun.

Masa jam 2 hingga 6 petang 4 may 2013 di rumah mereka no 3 Jalan Meranti Putih 10A.

Jom sama-sama berkongsi kegembiraan keluarga mereka.

@tdp3 fasa 1&2

Jemputan Majlis Perkahwinan Dari Fauziah Jaslan

on Sunday, November 25, 2012


Jemputan Majlis Perkahwinan anak lelaki arwah en Razali pada ahad 2 disember 2012 dirumah mereka no 4 Jalan Meranti Putih 10A. Semua Penduduk Taman Desa Permai 3 fasa 1&2 dijemput hadir

Jemputan Majlis Kesyukuran, Tahlil dan Khatan oleh Kak Ani

on Tuesday, November 20, 2012



Jemputan Majlis Kesyukuran, Tahlil dan Khatan oleh Kak Ani dan suami pada 25 november 2012 di rumah mereka no 11 Jalan Meranti Putih 9B. Majlis Tahlil akan bermula jam 11 pagi. Jom ramai ramai raikan majlis kak Ani dan suami.

p/s: kepada yang hendak mengadakan sebarang majlis, diharap dapat maklum dengan awal kepada setiausaha En. Rahim supaya tidak bertembung dengan lain lain majlis dan aktiviti.

Jemputan Kenduri Khairul Faszeli

on Tuesday, November 13, 2012


Jiran baru kita, Khairul Faszeli menjemput semua penduduk TDP3 fasa 1&2 ke kenduri kesyukuran menduduki rumah baru dan juga harijadi anak lelaki beliau pada 17 november 2012 di no 1 Jalan Meranti Putih 10A. Bacaan doa selamat akan bermula jam 12 tengah hari. Jom ramai-ramai raikan jiran baru kita.

Jemputan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri En. Agus

on Thursday, September 13, 2012


En. Agus dan keluarga menjemput semua penduduk TDP3 fasa 1&2 ke majlis rumah terbuka hari raya aidilfitri mereka pada sabtu, 15 september 2012 bermula jam 12 hingga 7 petang. Alamat kediaman mereka ialah No 23, Jalan Meranti Putih 9B.

Jemputan Majlis Tahlil dan Rumah Terbuka Aidilfitri

on Friday, August 31, 2012


Jiran baru kita di Jalan Meranti Putih 10A iaitu En. Mohd Effendy dan Puan Noriah menjemput semua penduduk TDP3 Fasa1&2 ke majlis tahlil dan rumah terbuka aidilfitri dirumah mereka bernombor 13 pada 1 September 2012. Majlis tahlil bermula selepas zohor manakala rumah terbuka bermula 3 hingga 7 petang. Bersama sama kita memeriahkan majlis jiran baru kita ini.

Jemputan Majlis Tahlil dan Rumah Terbuka Aidilfitri

Jiran baru kita di Jalan Meranti Putih 10A iaitu En. Mohd Effendy dan Puan Noriah menjemput semua penduduk TDP3 Fasa1&2 ke majlis tahlil dan rumah terbuka aidilfitri dirumah mereka bernombor 13 pada 1 September 2012. Majlis tahlil bermula selepas zohor manakala rumah terbuka bermula 3 hingga 7 petang. Bersama sama kita memeriahkan majlis jiran baru kita ini.

Jemputan ke majlis Doa Selamat dan Kesyukuran beserta Bacaan Yasin dan Tahlil

on Tuesday, July 10, 2012

Keluarga arwah en. Ghazali menjemput semua penduduk lelaki Taman Desa Permai 3 Fasa 1 Dan 2 ke majlis Doa Selamat dan Kesyukuran beserta Bacaan Yasin dan Tahlil Arwah di rumah mereka di no 4 Jalan Meranti Putih 10A. Majlis akan diadakan pada 14 julai 2012 selepas solat Insyak. Semua tuan tuan dijemput hadir.

Jemputan Majlis Ceramah Motivasi TDP3 Fasa 1&2

on Thursday, June 21, 2012

Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3 Fasa 1 dan 2 dengan berbesar hati menjemput semua penduduk Taman Desa Permai 3 termasuk penduduk di fasa 3 dan 4 dan juga penduduk baru dijalan Meranti Putih 10 dan 10A ke majlis Ceramah Motivasi Ibubapa Cermerlang, Anak Terbilang pada malam 23 jun 2012.


Majlis majlis ceramah agama banyak kita dapati terutama di masjid dan surau sekitar Meru. Setiap minggu pasti ada sahaja majlis ceramah agama tetapi majlis ceramah berbentuk motivasi jarang kita dapati. Oleh itu jangan lepaskan peluang keemasan ini.



jom ramai ramai

Memo Majlis Ceramah Motivasi " Ibu Bapa Cemerlang"

on Sunday, May 27, 2012

Memo ceramah motivasi yang berlangsung pada 23 jun 2012. Bersama sama kita menjayakan aktiviti ceramah motivasi ini.

Jemputan Majlis Perkahwinan

on Thursday, December 22, 2011

Walimatul Urus. Jiran kita, Norhafizah bt Haji Zahidi menjemput penduduk Taman Desa Permai 3 Fasa 1 & 2 ke majlis perkahwinannya dirumah no 27 Jalan Meranti Putih. Majlis akan dilangsungkan pada 1 hb januari 2012 nanti. Jamuan makan bermula jam 11 pagi hingga 4 petang.

Pihak pengantin juga menjemput semua penduduk untuk sama sama bergotong royong pada 21 disember 2011 dann 01 januari 2012.

Kami warga TDP3 fasa 1 & 2 mendoakan agar pengantin bahagia hingga ke anak cucu.

peta ke rumah pengantin.



Jemputan Ke Majlis Pertunangan

on Wednesday, December 21, 2011


Sahabat kita, En. zulkipli atau lebih mesra dengan panggilan Abang Yop menjemput penduduk Taman Desa Permai 3 Fasa 1 dan 2 ke majlis Majlis Pertunangan anak saudaranya. Majlis akan berlangsung di rumahnya dialamat no 32 jalan meranti putih 9B pada 25 disember 2011 bermula jam 12 tengahhari hingga 4 petang.

Abang yop juga menjemput penduduk bergotong royong menyediakan masakan untuk jamuan yang akan dilakukan pada petang 24 disember 2011 dan pagi majlis pertunangan tersebut.

Jemputan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat

on Friday, November 27, 2009

Diharap pada penduduk yang mempunyai kelapangan dapat hadir ke majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat di rumah sahabat kita En. Roslan pada 29 November 2009 bermula jam 12 tengah hari hingga jam 4 petang.

Jemputan Majlis Perkahwinan.

on Tuesday, May 26, 2009

Majlis perkahwinan pertama didalam Taman Desa Permai 3.
Sama sama kita menyerikan majlis bersejarah ini..

klik untuk papar besar ( pastikan di klik diluar buffer rama rama)


jemputan bacaan yasin dan tahlil.

on Thursday, May 21, 2009

Photobucket

Sempena program bacaan yasin dari rumah ke rumah minggu ini, cikgu khalid menjemput semua Penduduk Taman Desa Permai3 ke majlis bacaan yasin dan tahlil dirumahnya.


diharap semua penduduk dapat meluangkan masa untuk menghadirinya, terutama penduduk yang belum berkesempatan menghadiri majlis bacaan yasin minggu minggu sebelum ini..



klik pada gambar untuk paparan besar ( pastikan klik diluar buffer rama-rama)