@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
KLIK DISINI

koleksi gambar majlis pertunangan di rumah abang yop

on Friday, December 30, 2011





Bacaan Tahlil dan Doa Selamat









Gotong Royong Menyediakan Makanan




Jemputan Majlis Perkahwinan

on Thursday, December 22, 2011

Walimatul Urus. Jiran kita, Norhafizah bt Haji Zahidi menjemput penduduk Taman Desa Permai 3 Fasa 1 & 2 ke majlis perkahwinannya dirumah no 27 Jalan Meranti Putih. Majlis akan dilangsungkan pada 1 hb januari 2012 nanti. Jamuan makan bermula jam 11 pagi hingga 4 petang.

Pihak pengantin juga menjemput semua penduduk untuk sama sama bergotong royong pada 21 disember 2011 dann 01 januari 2012.

Kami warga TDP3 fasa 1 & 2 mendoakan agar pengantin bahagia hingga ke anak cucu.

peta ke rumah pengantin.



Jemputan Ke Majlis Pertunangan

on Wednesday, December 21, 2011


Sahabat kita, En. zulkipli atau lebih mesra dengan panggilan Abang Yop menjemput penduduk Taman Desa Permai 3 Fasa 1 dan 2 ke majlis Majlis Pertunangan anak saudaranya. Majlis akan berlangsung di rumahnya dialamat no 32 jalan meranti putih 9B pada 25 disember 2011 bermula jam 12 tengahhari hingga 4 petang.

Abang yop juga menjemput penduduk bergotong royong menyediakan masakan untuk jamuan yang akan dilakukan pada petang 24 disember 2011 dan pagi majlis pertunangan tersebut.

Pindaan Tarikh Karnival Sukaneka 2011

on Sunday, December 18, 2011



Karnival sukaneka taman kita terpaksa dipinda ke tarikh 31 disember 2011 bermula jam 2 petang. Karnival sukaneka terpaksa dilangsungkan sehari lebih awal disebabkan oleh terdapat majlis perkahwinan yang akan dilangsungkan pada 1 januari 2012. Persatuan kita hanya mendapat makluman dari jiran kita dirumah bernombor 27 Jalan Meranti Putih 9B mengenai perkahwinan anaknya pada hari ahad 18 disember 2011.

Mungkin ramai yang akan mengalami kesulitan di atas penukaran tarikh Karnival sukaneka ini, tetapi diatas dasar semangat kejiranan yang tinggi pihak ahli jawatan kuasa sebulat suara terpaksa meminda tarikh karnival sukaneka ni melalui mesyurat tergempar pada malam 18 dis 2011 yang lalu.

Kepada yang mungkin berkerja pada hari sukaneka tersebut, bolehlah memohon cuti jika tidak keberatan @ membebankan. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Walaubagaimana satu lagi aktiviti taman kita iaitu majlis makan malam tahunan tidak diubah.

Nampaknya hujung tahun ini merupakan hari hari yang sibuk buat kita, bermula pada 31hb dengan ‘rewang’ dirumah pengantin disebelah pagi, sukaneka disebelah petang dan majlis makan malam di uitm disebelah malam. Keesokan harinya ‘rewang’ dan jamuan dimajlis perkahwinan jiran kita.

Inilah kita, Jiran Sepakat Membawa Berkat.

Memo pindaan tarikh dan masa karnival sukaneka.



Sila berikan ‘komen’ anda.

Karnival Sukaneka TDP3 2011

on Tuesday, December 13, 2011

Karnival Sukaneka bagi Penduduk Taman Desa Permai 3 fasa 1 & 2 akan diadakan pada 1 januari 2012 bermula jam 8 pagi dan dijangka berakhir menjelang tengahhari.

Kali terakhir Persatuan PendudukTDP3 mengadakan sukaneka adalah pada 17 oktober 2009. Atas sebab sebab yang tidak dapat dielakkan tiada sukaneka yang dapat diadakan pada tahun 2010. Untuk sukaneka bagi tahun 2011 yang akan diadakan pada 1 januari 2012 pelbagai acara telah dirancang. Sukaneka kali ini akan di terajui oleh sahabat kita En. Shukur.



Berdasarkan persetujuan AJK pada mesyuarat pada 26 disember 2011 yang lalu, kutipan sebanyak RM10 bagi setiap keluarga terpaksa dilakukan untuk menampung perbelanjaan sukaneka itu nanti. Bayaran bolehlah dibuat kepada ketua blok masing masing sebelum 20 disember 2011.

Semua penduduk TDP3 fasa 1 dan 2 dijemput menghadiri sukaneka ini dan turut serta dalam acara acara yang akan dipertandingkan nanti. Semoga dengan kehadiran semua penduduk, ia akan memeriahkan dan menghangatkan lagi hari sukaneka taman kita ini nanti.

Memo hari sukaneka telah pun di hantar kerumah ahli ahli Persatuan Penduduk TDP3 fasa 1 & 2.




TARIKH DAN MASA KARNIVAL SUKANEKA TELAH DITUKAR KE 31.12.11 BERMULA JAM 2PM. SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI

Jamuan Akhir Tahun TDP3 fasa 1 dan 2

Buat julung kalinya Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3 akan mengadakan jamuan makan akhir tahun yang akan diadakan diluar kawasan perumahan TDP3. Jamuan ini akan diadakan di hotel UiTM Shah Alam pada malam 31 disember 2011 nanti.




Jamuan ini terbuka kepada semua penduduk TDP3 fasa 1 dan 2 sahaja. Menu utama yang akan dihidangkan nanti ialah steamboat secara buffet. Makanan makanan lain juga akan dihidangkan seperti nasi goreng, kueh mueh dan buah buahan. Pelbagai jenis minuman juga akan disediakan. Saya juga dimaklumkan, sahabat kita En Rahim, juga akan menghidangkan 1 makanan 'suprise' . Apakan makanan itu? bersamalah kita tunggu malam tahun baru nanti.


Bayaran yang dikenakan hanyalah RM20 setiap seorang dan kanak kanak bawah 13 tahun iaitu murid sekolah rendah tidak akan dikenakan bayaran jika keluarga mereka menyertai jamuan ini. Jadi jangan lepaskan peluang ini, bawalah seisi keluarga yang sudah tentu akan menggembirakan semua orang termasuk anak anak kita yang akan menyambung persekolah bagi tahun 2012 nanti.


Jika kita sibuk sepanjang tahun, inilah perluang untuk kita merapatkan tali silaturrahim antara penduduk TDP3.


Untuk penyertaan dan bayaran boleh hubungi En. Rahim ditalian 0126995358. Tarikh akhir untuk pembayaran akan sebelum 25 disember 2011. Memo untuk Jamuan ini juga telah dihantar ke semua rumah ahli persatuan di fasa 1 & 2.
Peta untuk ke Hotel Uitm Shah Alam.