@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
KLIK DISINI

BLOG AKAN DIKEMASKINI

on Monday, December 23, 2013

HARAP MAAF KERANA BLOG TDP3 INI TELAH LAMA TIDAK DIUPDATE.
INSYAALLAH AKTIVITI-AKTIVITI TDP3 DIUPDATE AKAN SEDIKIT MASA LAGI... TUNGGUU..

on Sunday, November 3, 2013

@tdp3 fasa 1&2


Selamat menyambut Ma'al Hijrah 1435h pada 5 November 2013m kepada semua penduduk Taman Desa Permai 3 yang berugama Islam.

Majlis Berkhatan Beramai-Ramai TDP3 2013

on Friday, November 1, 2013

@tdp3 fasa 1&2

Biro Agama KRT TDP3 telah merancang untuk mengadakan Majlis Berkhatan Beramai-ramai untuk anak-anak  TDP3 pada awal cuti sekolah hujung tahun ini, , kepada yang berminat bolehlah menghubungi Penolong ketua Biro Agama KRTTDP3, En. Rahim dialamat no 23, Jalan Meranti Putih 9B, No tel 0126995358. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 09 November 2013.

Notis Gangguan Bekalan Air Oleh SYABAS

on Sunday, October 27, 2013

@tdp3 fasa 1&2
Untuk makluman semua penduduk, Gangguan air akan berlaku dikawasan Meru pada 28 oktober 2013 jam 10 malam hingga 19 oktober 2013 jam 4 pagi.


Pihak Syabas menasihatkan supaya memutup stopcork sebelum meter supaya air kotor tidak masuk kedalam system paip rumah kita semasa gangduan air disambung semula dan penduduk dapat menyimpan air secukupnya.

Jalan rosak di fasa 1 TDP3 telah dibaiki

on Friday, October 18, 2013

@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2

Alhamdulillah, Jalan yang rosak teruk dibelakang kedai Jalan Meranti putih 9 dan di Jalan Meranti Putih 9A terutama ditepi rumah En. Rahman telah dibaiki oleh MPK beberapa minggu lepas.

Pihak persatuan telah membuat aduan bertulis kepada bahagian Kejuruteraan MPK pada bulan Mac 2013 dan difahamkan kelewatan membaiki jalan tersebut disebabkan  kerosakan jalan tersebut agak teruk dan MPK memerlukan peruntukan khas untuk membaiki jalan tersebut.

Terima kasih juga kepada penduduk-panduduk  yang turut membuat aduan dipelbagai saluran.

Surat daripada persatuan kepada Jabatan Kejuruteraan MPK.
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
Diantara aduan-aduan yang turut dibuat oleh penduduk.
@tdp3 fasa 1&2

Gambar Baraan Aidil Adha TDP3 2013

on Wednesday, October 16, 2013

Baraan Aidil Adha atau takbir raya dari rumah ke rumah Taman Pesa Permai 3 telah berlangsung pada 15 oktober 2013 bersamaan 10 zulhijjah 1434h. 

Sedikit gambar untuk tatapan semua.
@tdp3 fasa 1&2

@tdp3 fasa 1&2

Memo Baraan Aidil Adha 2013

on Monday, October 14, 2013

t

Baraan Aidil Adha TDP3 2013h

on Friday, October 4, 2013

@tdp3 fasa 1&2

Pertandingan Bowling Tertutup TDP3 2013 Ditunda

on Tuesday, October 1, 2013

@tdp3 fasa 1&2

Untuk makluman semua, Pertandingan Bowling Tertutup TDP3 2013 yang dirangcang untuk diadakan pada 6 oktober  2013 ini akan ditunda ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak. 

Pihak Biro Sukan terpaksa menunda pertandingan bowling ini kerana terlalu banyak aktiviti taman kita yang jaraknya terlalu dekat dan untuk memberi laluan kepada AJK membuat perancangan yang lebih rapi. Kesulitan amat dikesali.

Gambar- gambar Gotong Royong TDP3 2.0 2013

Gambar- gambar Gotong Royong TDP3 kali ke 2 bagi tahun 2013, Alhamdulilah hasrat persatuan untuk mengadakan gotong royong setahun 2 kali telah tercapai.

Terima kasih pada semua yang hadir.Terima kasih pada Biro wanita yang menyiapkan makanan tengah hari.

Tunggu untuk aktiviti bulan oktober pula.. tungguu..

@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2

@tdp3 fasa 1&2

Gotong Royong TDP3 2.0 2013

on Thursday, September 26, 2013

@tdp3 fasa 1&2

Biro Keselamatan KRT TDP3 akan mengadakan aktiviti gotong royong pada ketetapan seperti berikut:

•           Tarikh   : 29 September 2013
•           Masa     : 7:30 Pagi
•           Tempat  : Berkumpul di padang mainan TDP3

Kaum lelaki akan bergotong royong membersihkan sampah sarap, membersihkan longkang dan sebagainya bagi seluruh kawasan TDP3 fasa 1, 2 dan baru.

Biro wanita pula akan bergotong-royong memasak untuk juadah tengah hari.

Kepada penduduk yang ingin menyumbang makanan dan minum atau sebagainya adalah amat dialu-alukan.

Diharapkan semua penduduk dapat menghadirkan diri.


Man menang tempat ketiga GP Joran Berita Harian

on Wednesday, September 25, 2013

@tdp3 fasa 1&2
Tahniah kepada En. Abdul Rahman kerana mendapat tempat ketiga semasa siri Grand Slam GP Joran Berita Harian kategori laut yang berlangsung di Dungun, Terengganu, baru-baru ini. 
Untuk makluman, Abdul Rahman atau lebih di kenali dengan panggilan Man tinggal di Jalan Meranti Putih 9A TDP3. Tahniah Man.

@tdp3 fasa 1&2

Gambar-gambar Majlis Kecemerlangan Pelajar

on Tuesday, September 24, 2013

Gambar-gambar Majlis  Kecemerlangan Pelajar pada 7 september 2013 yang  lalu. Alhamdulillah majlis selamat berlangsung walaupun hujan sedikit.

@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2

@tdp3 fasa 1&2

Majlis Kecemerlangan Pelajar 2013

on Friday, September 6, 2013

@tdp3 fasa 1&2
Biro Agama KRT TDP3 menjemput seluruh penduduk TDP3 untuk menghadiri majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat untuk anak-anak TDP3 yang akan menghadapi peperiksaan bagi tahun 2013/2014. Majlis akan berlangsung pada 7 september 2013 di padang permainan TDP3 bermula jam 7 petang.
@tdp3 fasa 1&2

Gambar Jagothon TDP3 dalam Harian Metro

Gambar Jagothon TDP3 dalam akhbar Harian Metro 3 september 2013.
@tdp3 fasa 1&2

Pasukan Futsal Junior TDP3 dalam Harian Metro 31 ogos 2013

on Tuesday, September 3, 2013

@KRT TDP3
Gambar Pasukan Futsal Junior TDP3 dalam Harian Metro 31 ogos 2013. Kepada yanag ingin menjemput pasukan futsal TDP3 untuk mengadakan perlawanan persahabatan dan sebagainya, bolehlah hubungi Ketua Biro Sukan KRT TDP3, En Shukor  ditalian 019 648 6262

Gambar Jamuan Raya TDP3 2013

Akan diupload sedikit masa lagi...

Jamuan Hari Raya Aidilfitri TDP3 2013

on Tuesday, August 27, 2013

Pihak Biro Wanita KRT TDP3 dengan segala hormatnya menjemput seluruh penduduk TDP3 seisi keluarga ke Majlis Jamuan Hari Raya KRT TDP3 seperti ketetapan berikut:

Tarikh    :          31 Ogos 2013m/ 24 Syawal 1434h
Masa      :          8 Malam ( Jamuan )
Tempat   :          Padang Permainan TDP3
Pakaian  :          Berpakaian hari raya

Aturcara Majlis adalah seperti berikut:

9.00 pagi      : Gotong Royong Memasak;
Ø  Nasi Impit, Kuah Kacang, Rendang Kerang.
Ø  Nasi Beriani, Ayam Masak Merah, Dalca
Ø  Lemang.
Ø  Masak untuk makan tengah hari
1.00 Petang   : Makan Tengah Hari.
5.00 Petang   : Persiapan Tempat ( Pasang Khemah, Susun Kerusi Meja)
6.00 petang    : Persiapan Hidangan Makanan.
8.00 Malam   : Ketibaan Jemputan Dan Penduduk TDP3
8.15 malam    : Majlis Bermula
               : Ucapan Alu-aluan Dan Doa
               : Bermaaf-maaf Antara Penduduk
               : Pemberian Duit Raya Kepada Kanak-Kanak.
               : Jamuan
10.30 malan   : Majlis Bersurai.    

Semoga kehadiran tuan/puan dapat menambah keberkatan majlis tersebut.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi  ;
Ketua Biro Wanita               : Ustazah Zarina Binti Ngadirin 019-904 1395
Penolong Ketua Biro Wanita  : Puan Nor Anizah Binti Jailani 017-384 3950
Pengerusi  KRTTDP3          : Mohd Fauzi Bin  Mat Isa 013-667 9487



@tdp3
fasa 1&2

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H

on Tuesday, August 6, 2013

@tdp3 fasa 1&2
Selamat Hari Raya Aidilfitri. 
Maaf Zahir Dan Batin 
Kepada Semua Penduduk Taman Desa Permai 3.
Dari AJK KRT TDP3 & Persatuan Penduduk TDP3 Fasa 1&2.


Berhati- hati dijalan raya.

Sampul Duit Raya TDP3 Fasa 1&2 2013

on Monday, August 5, 2013


@tdp3 fasa 1&2
Pada tahun ini, Persatuan Penduduk TDP3 fasa 1 & 2 mengedarkan sampul duit raya secara percuma kepada ahli persatuan. Setiap rumah menerima 1 paket sampul duit raya sebagai tanda penghargaan diatas komitmen penduduk dengan persatuan.


Jika penduduk ingin sampul duit raya lebih, boleh dibeli dengan harga RM12.50 1 set 5 peket. SMS kepada 0136679487.