@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
KLIK DISINI

majlis bacaan yasin dari rumah ke rumah ( Agus )

on Saturday, July 25, 2009

Setelah beberapa majlis bacaan yasin dari rumah ke rumah saya tidak dapat hadiri kini saya berpeluang ke majlis rumah En. Agus pada 18 julai yang lalu.


Insyaallah selepas ini ada 2 orang moderator baru akan menyertai saya mengemaskini blog rasmi TDP3 ini, diharapkan tiada lagi majlis yang ketinggalan.

'Pecah rekod' kata seorang sahabat kita bila tetamu yang hadir pada itu turut memenuhi sehingga ke rumah En. Rahim. Terima pada semua yang hadir.
sedikit gambar kenang kenangan ( klik pada gambar untuk paparan besar)


tetamu yang hadir
kaum ibu yang turut hadir
bacaan yasin dan tahlil
hadirin menjamu selera
hingga ke depan rumah ustaz Khalid
majlis yang merapatkankan lagi siraturrahim anda penduduk

Mesyurat persatuan kali ke dua

on Friday, July 24, 2009

Mesyuarat persatuan penduduk TDP3 kali ke dua telah dilangsungkan pada 10 julai yang lalu bermula kira kira jam 9.30 malam.Kali ini mesyuarat dilangsungkan di padang badminton TDP3.


Mesyuarat kali pertama dahulu dilangsungkan dirumah tuan pengerusi majlis pada 20 april 2009.

Mesyuarat kali ini juga adalah kali pertama semenjak kemasukan penduduk dari fasa 3 dan 4 kedalam Persatuan Penduduk TDP3.

Turut diedarkan pada malam 10 julai juga adalah minit mesyuarat kali pertama, senarai penuh AJK dan AJK Kecil dan laporan kewangan.

Mesyuarat dimulakan dengan kata kata aluan dari Pengerusi diikuti dengan perbentangan kutipan bulanan oleh setiap ketua blok. Pembentangan laporan kewangan penerimaan dan perbelanjaan dilakukan oleh Bendahari iaitu En. Rosnizam dan Timbalan Bendahari En. Azizi.

Isu isu yang dibincangkan didalam mesyuarat tersebut akan diedarkan melalui minit mesyuarat kedua oleh Setiausaha En Abd Rahim kelak.



semasa mesyuarat dilangsungkan.


ahli jawatankuasa




SENARAI PENUH AHLI JAWATANKUASA

ajk kecil




SENARAI AHLI JAWATANKUASA KECIL ( KETUA BLOK )





Kenali Ketua blok Anda

tuntutan pembayaran kos pembinaan pondok keselamatan

on Thursday, July 23, 2009

Alhamdulilah, sejak kita menjalankan rondaan malam tiada lagi berlaku kes pecah rumah didalam kawasan taman kita. Tidur malam pun sudah lena hingga pagi, tidak lagi dalam ketakutan.


Sebuah Pondok Keselamatan Rasmi juga telah dibina pada 26 jun 2009 dengan kerjasama rakan kita iaitu En Agus. Pondok tersebut siap sepenuhnya pada 27 jun 2009. Jutaan terima kasih kita ucapkan kepada Encik Agus diatas kerja bertukus lumus beliau, jutaan terima kasih juga kepada En. Rahman kerana menyumbangkan lampu untuk pondok tersebut. tidak lupa juga kepada semua yang menyumbang tenaga untuk menyiapkan pondok tersebut. Pondok tersebut adalah untuk kegunaan semua penduduk TDP3 terutama untuk tugas rondaan malam.

Pada mesyuarat 10 julai yang lalu, majoriti penduduk fasa 1 dan 2 telah bersetuju untuk bersama membiayai kos pembinaan pondok tersebut yang berjumlah RM866 dengan bayaran RM 20 bagi setiap rumah. Apalah sangat RM20 itu jika nak dibandingkan dengan kedamaian kita dapat. kutipan Rm20 ini adalah untuk fasa 1 & 2 sahaja dan bayaran boleh dibuat kepada ketua blok masing masing.
duit pondok_0001


align="center">Surat Makluman Dari Pengerusi persatuan TDP3







sedikit gambar semasa pembinaan

(klik pada gambar untuk paparan besar)

Keputusan Kejohanan Badminton Tertutup TDP3

on Monday, July 20, 2009

Gambar kenangan setelah tamat Kejohanan


Hadiah yang menanti para pemenang pertandingan dan perserta bertuah.


Dengan bayaran RM10, perserta akan mendapat sehelai kemejaT milo


Sebelum kejohanan bermula
p/s klik pada gambar untuk paparan besar
Juara, ali dan salman

Naib Juara, Sharul dan Herman




penerima hadiah cabutan bertuah

mesyuarat mengejut rondaan malam

Lebih kurang jam 12 pagi 22 jun yang lepas, penduduk fasa 1 & 2 telah dipanggil oleh Abg Din selaku ketua bahagian keselatan untuk membincangkan jadual bertugas rondaan malam. Meyuarat telah dijalan di kedai mamak jue's corner.

sedikit gambar untuk tatapan bersama.


moderator blog persatuan TDP3 diperlukan.

on Wednesday, July 8, 2009

Nampaknya sudah lama saya tidak update blog persatuan kita ini. kerosakan komputer ditambah pula dengan kesibukan kerja menyebabkan saya tidak dapat mengupdate aktiviti aktiviti dan berita semasa taman kita.

Matlamat utama blog ini di wujudkan adalah untuk menjadi satu saluran alternatif penduduk mendapat maklumat dan berinteraksi antara satu sama lain.

Dengan ini saya mempelawa penduduk TDP3 untuk menjadi 'moderator bersama' untuk mengaktif blog ini. Dan targetkan blog ini perlu diupdate setiap hari. Saya mengalu alukan sesiapa saja untuk menjadi moderator, tidak kira lelaki atau wanita. sekurang kurangnya 1 moderator dari fasa 3&4 diperlukan, jika boleh juga dari kaum wanita kerana saya bercadang mewujudkan rungan untuk kaum wanita seperti masakan, gubahan, decorasi dan sebagainya.

Kepada yang berminat boleh email kepada saya di tamandesapermai3@yahoo.com.my @ respon saja di ruangan 'catitan penduduk'. TQ.