@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
KLIK DISINI

Majlis Bacaan Yasin Dari Rumah Ke Rumah ( Halim)

on Thursday, August 20, 2009

sedikit gambar Majlis Bacaan Yasin Dari Rumah Ke Rumah di rumah saudara Abd Halim, Jalan Meranti Putih 9C@10A pada 1 ogos yang lalu.

Berita gotong royong perdana TDP3 dalam media

on Saturday, August 15, 2009

'Sepakat jaga kebersihan kawasan' cukup bangga bila baca berita ini dalam akhbar SinarHarian pada 4 ogos 2009.

tak tahu nak cakap apa, baca la sendiri. terima kasih kepada wartawan sinarHarian yang sudi membuat liputan taman kita.

keratan akhbar sinarHarian 4 ogos 2009

gotongroyong TDP3


gotongroyong TDP3 @ sinar


gotongroyong TDP3 @ sinar

Koleksi Gambar Gotong royong Perdana TDP3

gotongroyong TDP3


Alhamdulilah, Gotong Royong taman kita berlangsung dengan jayanya seperti yang telah dijadualkan pada 02 ogos 2009. Hampir kesemua penduduk hadir dan berkerjasama menjayakan program ini. Terima kasih kepada semua. Terima kasih juga kepada yang sponsor makanan dan minuman.

kita harapkan semua program selepas ini akan mendapat sambutan sebegini. Program Gotong Royong Perdana ini bukan hanya sekadar membersihkan taman kita tapi merapatkan lagi silaturrahim antara kita.

Koleksi gambar untuk tatapan semua.



Apa itu H1N1

on Friday, July 31, 2009

Penerangan ringkasan menengenai Influenza A (H1N1) atau Selesema Babi

'H' bermaksud Hemagglutinin protein
'N' bermaksud Neuraminidase protein

H1N1 adalah sejenis spesis dalam golongan Influenza A virus.Telah mengalami pelbagai jenis mutasi dan hidup dalam badan manusia dan haiwan. Terdapat 16 jenis avian lain lagi.Penyakit berbahaya ini mula menjadi popular apabila dilaporkan lebih 80 orang telah mati di Veracruz, Mexico akhir April 2009. Kemudian ia terus menyerang dengan pantas dan beberapa kematian lagi dilaporkan di New York, Kanada, New Orleans dan Israel.

Swine Flu atau selsema babi bukanlah penyakit baru, ianya telah pun dijumpai pada lewat 1918 di Sepanyol dahulu. Tetapi pada ketika itu, jangkitan hanya merebak dikalangan individu-individu yang terlibat dengan perusahaan khinzir sahaja hanya sedikit terkena kepada orang awam.

Kebanyakan kes selesema babi yang disebabkan virus H1N1 - yang menggabungkan genetik babi, burung dan manusia, berlaku di kalangan golongan yang berumur 45 tahun ke bawah.

Maka benarlah ia merupakan tanda-tanda akhir zaman dan alam ini menghampiri ke penghujungnya. Sesuatu benda akan pasti mati dan musnah dan alam ini pasti juga musnah. Tanda-tanda kiamat kecil sudah ada kesemuanya, yang belum muncul hanyalah tanda-tanda besar.Wallahualam

berikut adalah gejala dan langkah langkah yang pencegahan perlu diambil

gerai makanan petang

Penat balik kerja? mana nak cari makanan untuk minum petang?

Sekarang kita boleh beli makanan untuk minum petang dihadapan rumah sahabat kita En. Nawawi No4, Jalan Meranti Putih 9B, Fasa 4.

Makanan dijual seperti goreng pisang , keropok lekor, nugget, air sirap dan macam lagi.
Nyum nyum... jom support komuniti kita.

Program Gotong royong Perdana

on Wednesday, July 29, 2009

Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Aturcara Program:

  • 07:30 am : Berkumpul di padang mainan TDP3
  • 07:45 am : Taklimat oleh Pengerusi Pengerusi Persatuan Penduduk TDP3
  • 08:00 am : Gotong Royong membersihkan kawasan taman mainan
  • 10:00 am : Rehat / jamuan ringan
  • 10:30 am : Gotong Royong membersihkan kawasan blok masing masing
  • 12:00 am : Gotong Royong dijangka tamat



Dynamic Blinkie Text Generator at TextSpace.net

majlis bacaan yasin dari rumah ke rumah ( norizam)

on Saturday, July 25, 2009

Rumah pertama fasa 4 yang penulis berpeluang hadiri dan ambil gambar iaitu dirumah En. Norizam pada 25 julai 2009 selepas insyak. En. Norizam adalah AJK kecil Persatuan Penduduk TDP3 iaitu sebagai Ketua blok.

Bermula di rumah En. Norizam juga diadakan laungan azan didalam rumah. Selepas ini semua rumah yang menyertai program bacaan yasin ini akan diazankan oleh Ustaz khalid.
Gambar kenangan kenangan, klik pada gambar untuk paparan besar.
Tuan rumah, En Norizam

membincangkan sesuatu dengan Ustaz khalid
semasa majlis dilangsungkan
kaum ibu didalam rumah yang cantik
juadah yang disediakan untuk para tetamu, macam macam ada!
tetamu menjamu selera
peluang untuk beramah mesra antara kita