@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
KLIK DISINI

Kejohanan Badminton tertutup TDP3

on Sunday, June 21, 2009


Objektif:

Mengeratkan Silaturrahim antara penduduk TDP3


Tarikh dan Masa:

  1. 26 dan 27 jun 2009
  2. Bermula jam 8malam
  3. Gelangang Badminton TDP3

Syarat dan Peraturan:

  1. Terbuka untuk penduduk TDP3 sahaja.
  2. Yuran penyertaan adalah RM10 setiap seorang.
  3. Terdapat ketegori perseorangan dan bergu.
  4. Pasangan bergu akan ditentukan melalui undian
  5. Tarikh tutup penyertaan adalah pada jam 10 malam 25 jun 2009
  6. Borang boleh diambil pada En. Shahrill dan En. Mamud.

sebarang pertanya boleh hubungi

  • En Shahril no 38 Jalan Meranti Putih 9C no tel 0193032096
  • En. Mamud no 36 Jalan Meranti Putih 9C no tel 0123050781

Hadiah akan disampai oleh Pengerusi Persatuan Penduduk TDP3

Pergabungan sempurna.



Pada 20 jun 2009 satu mesyuarat tergempar telah berlangsung yang menyaksikan pergabungan secara rasmi fasa 3 dan 4 kedalam Persatuan Penduduk TDP3.
selamat datang warga fasa 3 dan 4 kedalam keluarga TDP3 yang makin besar.

Perlantikan ketua ketua blok bagi fasa 3 dan 4 saya akan update kemudian..

Berikut adalah Borang keahlian Persatuan Penduduk Tman Desa Permai3



Muatturun Borang Keahlian borang keahlian Rapidshare 440kb

Majlis Bacaan Yasin Dari Rumah ke Rumah ke6

Alhamdulilah.. majlis Bacaan yasin kali ke 6 di Rumah Edy telah berlangsung dengan meriah pada hari sabtu 20 jun 2009.

Walaupun ia telah berlangsung awal sedikit dari waktu asal. pada mulanya dijadual selepas insyak akan tetapi disebabkan pada malam tersebut juga ada mesyuarat tergempar majlis dimula seawal selepas magrib.
Sedikit gambar kenang kenangan.




klik pada gambar untuk paparan lebih besar

Aksi kepung mengepung pencuri.

mesyuarat keselamatan TDP3

on Friday, June 19, 2009

Dynamic Blinkie Text Generator at TextSpace.net

Agenda : Keselamatan TDP3
Tarikh: 20 JUN 2009
Waktu : Selapas Majlis Bacaan Yasin Rumah Edy
tempat: Padang TDP3


semua penduduk Fasa 1,2,3&4 Taman Desa Permai 3 dijemput hadir, sekurang kurangnya 1 wakil bagi setiap rumah.

Photobucket

fasa 3 Kena Serang....

on Wednesday, June 17, 2009

Bukan 1, bukan 2 tapi 3 rumah kena pecah awal pagi tadi.

kejadian yang berlaku lebih kurang pukul 3.30 pagi bermula dengan rumah no 81, Jalan Meranti Putih 9B. Pencuri berjaya memceroboh melalui pintu depan dan masuk ke bilik utama tanpa disedari pemilik rumah, pencuri berjaya mengambil wang didalam dompet dan membawa keluar laci dari dari perabot didalam bilik berkenaan ke dapur. Pencuri kemudian menyelongkar laci berkenaan sebelum meninggal rumah tersebut. jumlah wang yang hilang dianggarkan kurang dari seratus ringgit.

Mungkin kerana pencuri tidak berpuas hati dengan hasil yang mereka dapat, pencuri pergi ke rumah no 75 dan memotong telinga kunci grill pintu utama. akan tetapi kejadian disedari pemilik rumah meyebabkan pencuri melarikan diri.

Ternyata pencuri itu memang berani dan masih belum berpuashati dengan hasil yang mereka perolehi. Rumah Ustaz Basir di Jalan Meranti Putih 9C menjadi sasaran seterusnya. Pencuri memanjat ke atas bumbung dan mengopak tingkap bilik utama ditingkat atas, kejadian itu juga disedari isteri ustaz yang tidur dibilik berkenaan. ketika kejadian Ustaz Basir berada di ruang tamu tingkat bawah. Dalam keadaan terkejut isteri ustaz sempat bertanya kepada pencuri tersebut apa yang mereka mahu yang kemudian dijawap mereka mahu wang. Isteri Ustaz kemudian memanggil ustaz ditingkat bawah dan apabila kembali ke tingkat atas pencuri telah menghilangkan diri.

Ustaz Basir kemudian menghubungi penduduk termasuk pengerusi persatuan kita lebih kurang pukul 4 pagi.

Petang tadi penulis dimaklumkan, pagar hadapan rumah Zainal pula dipotong lebih kurang pukul 10 pagi tetapi tidak sempat masuk kedalam rumah.

Pencuri semakin berani, adakah kerana mereka menyangka kita hanya akan berdiam diri?

lagi lagi kes kecurian...

semalam 17 jun ada lagi kes kecurian, walaupun hanya bateri kereta yang diletakkan dihadapan rumah sahaja yang hilang, pencuri memotong pagar untuk masuk ke kawasan rumah.Ini sudah lebeehhh..

lokasi no 19, Jalan Meranti Putih 9A..

Lagi rumah dipecah masuk!!!

on Tuesday, June 16, 2009


Lagi khabar mendukacitakan, semalam 15 Jun 2009 sebuah lagi rumah sahabat dikita dipecah masuk, kali ini difasa 4, No4, Jalan Meranti Putih 9C.

Dikhabarkan banyak juga barang yang berharga dilarikan. Diharap saudara kita itu bersabar menempuhi dugaan ini, Takziah dari kami warga TDP3.

Ada kemungkinan pencuri adalah yang sama melakukan pecah rumah sebelum ini. Ini berdasarkan ‘trend’ yang sama dilakukan, iaitu masuk ke rumah kosong sebelum masuk ke rumah mangsa.

Buat masa ini tidak banyak yang dapat kita lakukan untuk membenteras jenayah ini memangdangkan penduduk fasa 3 & 4 belum lagi menyertai persatuan kita secara rasmi.
Apa yang boleh penulis nasihat dan ingatkan pada semua, jangan simpan wang tunai yang banyak didalam rumah, begitu juga barang berharga seperti emas.

Dan jangan lupa, sabtu ini Majlis Macaan Yasin Dari Rumah Ke Rumah di rumah Edy, 10 Jlan Meranti Putih 9C fasa 2. Setelah 2 minggu majlis direhatkan sempena cuti sekolah. Diharap semua penduduk dapat hadir memeriahkan majlis ini moga Allah akan memberkati dan lingdungi taman kita.

Sedikit risalah keselamatan rumah untuk dikongsi bersama.




Along Di Mana Mana....

on Monday, June 8, 2009

Along? bukan abang sulong kita tu, tapi Ahlong pemberi pinjaman haram ( tapi ada jugak yang berlesen) dimana mana saja ada, iklan dia? tak payah cakap la, banner, pelekat dimerata rata tempat, kat tiang letrik, papan tanda, pokok... bersepah sepah.
dan kat taman kita pun dah mula banyak..



kekejaman dia pun dah banyak dipaparkan dalam media, kat taman kita pun dah ada kes disimbah cat (tapi bukan ahli persatuan kita). Harap semua penduduk tidak akan mengambil pinjaman dari mereka, jika perlukan pinjaman cuba dapatkan dari tempat yang betul seperti bank, takpun pinjam lah pada banglong, kaklong, paklong, maklong kita.

sedikit keratan akhbar untuk renungan bersama...

m

harap jangan ada yang jadi mangsanya dikalangan kita

Perlukah Jalan Masuk Difasa 3&4 TDP3 Dibuka?

on Thursday, June 4, 2009


Dimaklumkan, sebaik sahaja fasa 3 dan 4 mendapat Sijil Menduduki (CF), Jalan masuk di Jalan Meranti Putih 9C akan dibuka untuk kegunaan orang ramai. Selepas berlakunya kejadian pecah rumah baru baru ini, timbul cakap cakap perlukah satu lagi pintu masuk dibuka.

Terdapat kesan baik dan buruk jika jalan tersebut dibuka.

Apa yang baiknya apabila jalan masuk tersebut dibuka ialah kita lebih mudah keluar masuk kerana terdapat dua jalan masuk. kita juga lebih senang untuk ke pasar malam di Jalan Iskandar dan juga Jalan Paip mahupun ke Pekan Meru melalui jalan belakang. Penggunaan jalan belakang terebut juga lebih selesa kerana kurang kenderaan melalui jalan tersebut berbeza dengan jalan meru yang sibuk ( kejadian kemalangan membabitkan budak sekolah baru baru ini cukup menggerunkan kita).

Kesan buruknya pula ialah orang luar lebih senang masuk ke taman kita. Untuk pengetahuan semua, dahulu jalan masuk tersebut tidak dipagar dan ia menjadi jalan pintas orang luar untuk ke Pekan Meru. Ketika itu, jalan dalam taman menjadi sibuk terutama Jalan Meranti Putih 9B. Jalan pun mula rosak kerana dimasuki kenderaan berat seperti lori pengangkut buah kelapa sawit. (boleh dilihat jalan sudah bertampal). Jalan menjadi sibuk terutama menjelang tengahhari dan petang kerana ramai ibubapa dari luar taman kita menggunakan jalan dalam taman kita sebagai jaln pintas untuk mengambil anak mereka dari sekolah. Apa yang lebih merisaukan, orang orang yang berniat jahat lebih senang keluar masuk ke taman kita.

Disini saya membuat sedikit sedikit kaji selidik perlukah jalan masuk tersebut dibuka. hasil kajian akan dikemuka kepada tuan pengerusi. Sila ke ruangan 'Apa kata survey' untuk menyertai kaji selidik ini. diharap semua penduduk dapat menyertainya terutama penduduk Fasa 3&4 TDP3.

Pencuri kembali lagi!!!!!

on Monday, June 1, 2009

GEMPAR!!!!!!

Dukacita dimaklum rumah sahabat kita iaitu en. Rahman a.k.a abg sirim telah dimasuki pencuri semalam. Rumah beliau di no 39, jalan Meranti Putih 9B fasa 3. Beliau dan keluarga yang ketika itu bercuti di Pahang bergegas pulang apabila dimaklumkan oleh jiran.

Makluman awal dari beliau, sebuah video kamera, seutas jam dan duit sekolah beliau telah hilang. Pencuri tu juga telah menyelongkar seluruh rumah beliau.

Kami penduduk TDP3 mengucapkan takziah dan berharap beliau sabar.

Untuk pengetahuan semua, ini adalah kes kecurian yang ke 2 didalam TDP3, kes pertama berlaku dirumah En. khairul no 24, Jalan Meranti Putih 9B fasa 1.

Rumah En Khairul dimasuki pencuri melalui bumbung rumah jiran dan memasuki rumah beliau melalui pintu kecil pada tempat tangki air berbeza dengan rumah En Rahman, pencuri memasuki pintu dapur.

berikut sedikit gambar bagaimana pencuri memasuki rumah En. Rahman.

Pencuri melalui rumah jiran beliau yang kosong dengan memotong pagar


Pencuri mematahkan telinga tempat mangga dan membuka grill


Pencuri memecahkan cermin tingkap nako dan membuka pintu melalui dalam

telinga mangga yang telah dipatahkan
Diharap kita semua lebih berwaspa selapas ini..
p/s: cara pencuri memasuki adalah pd pengamatan penulis sahaja, punca sebenar sedang disiasat polis.