Bukan 1, bukan 2 tapi 3 rumah kena pecah awal pagi tadi.
kejadian yang berlaku lebih kurang pukul 3.30 pagi bermula dengan rumah no 81, Jalan Meranti Putih 9B. Pencuri berjaya memceroboh melalui pintu depan dan masuk ke bilik utama tanpa disedari pemilik rumah, pencuri berjaya mengambil wang didalam dompet dan membawa keluar laci dari dari perabot didalam bilik berkenaan ke dapur. Pencuri kemudian menyelongkar laci berkenaan sebelum meninggal rumah tersebut. jumlah wang yang hilang dianggarkan kurang dari seratus ringgit.
Mungkin kerana pencuri tidak berpuas hati dengan hasil yang mereka dapat, pencuri pergi ke rumah no 75 dan memotong telinga kunci grill pintu utama. akan tetapi kejadian disedari pemilik rumah meyebabkan pencuri melarikan diri.
Ternyata pencuri itu memang berani dan masih belum berpuashati dengan hasil yang mereka perolehi. Rumah Ustaz Basir di Jalan Meranti Putih 9C menjadi sasaran seterusnya. Pencuri memanjat ke atas bumbung dan mengopak tingkap bilik utama ditingkat atas, kejadian itu juga disedari isteri ustaz yang tidur dibilik berkenaan. ketika kejadian Ustaz Basir berada di ruang tamu tingkat bawah. Dalam keadaan terkejut isteri ustaz sempat bertanya kepada pencuri tersebut apa yang mereka mahu yang kemudian dijawap mereka mahu wang. Isteri Ustaz kemudian memanggil ustaz ditingkat bawah dan apabila kembali ke tingkat atas pencuri telah menghilangkan diri.
Ustaz Basir kemudian menghubungi penduduk termasuk pengerusi persatuan kita lebih kurang pukul 4 pagi.
Petang tadi penulis dimaklumkan, pagar hadapan rumah Zainal pula dipotong lebih kurang pukul 10 pagi tetapi tidak sempat masuk kedalam rumah.
Pencuri semakin berani, adakah kerana mereka menyangka kita hanya akan berdiam diri?
Labels: Berita Semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
http://tamandesapermai3.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.