@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
KLIK DISINI

Berita Majlis berbuka puasa dan solat terawih di sinar

on Wednesday, September 16, 2009

Keratan Akhbar sinar Harian pada 16 september 2009


klik pada gambar untuk paparan besar

Majlis Solat Tarawih dan Berbuka Puasa

on Monday, September 14, 2009

Majlis Solat Tarawih dan Berbuka Puasa untuk Taman Desa Permai 3
telah diadakan pada 12 September 2009.









Malam 7 likur

on Tuesday, September 8, 2009

Malam 7 likur kian menjelang tiba, di taman kita pun telah terasa kemeriahnya dengan pelita atau lampu minyak tanah telah dinyalakan dijalan jalan menuju kerumah sejak minggu lepas lagi. Kemeriahan ini begitu terasa ketika kita melalui fasa 3 dan 4. Selain dengan pelita ada yang lebih senang dengan penggunaan lampu elektrik atau lampu kelip kelip kerana ia lebih bersih dan praktikal, namun keaslian sambutan Hari Raya selalunya akan berkurang dengan penggunaan ini.

Namun ada yang mengaitkan budaya ini dengan amalan masyarakat Hindu yang menerangi rumah untuk menyambut Dewi Lakshmi (Dewi Kekayaan) masuk ke rumah pada malam Deepavali. Tetapi budaya ini dibolehkan jika ia bertujuan menerangkan perjalanan jemaah ke surau atau masjid.

Sudut agama pula, malam tujuh likur sering dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu detik keemasan untuk individu Muslim merebut syurga apabila malaikat dan Jibril akan turun ke bumi untuk mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada Allah.

pelita pelita yang dipasang sepanjang jalan 9B fasa 3

pelita dipasang dipagar hadapan rumah sepanjang jalan 9D


Rumah salah seorang sahabat dijalan 9D


ini pula kat rumah saya hehehe

mercun oh mercun

on Tuesday, September 1, 2009



Bahaya ke main mercun ni? Ada orang kata, raya tak meriah tanpa mercun! Di TDP3 pun dah mula kedengaran mercun ni. Kalau diingatkan kembali dizaman kanak kanak saya, mercun ni dah jadi benda wajib dibulan puasa dan dijual dimerata tempat, dari kedai runcit hinggalah ditepi tepi jalan. Berbagai bagai jenis diantaranya mercum papan, lada, katak, roket, bunga api dan banyak lagi. Mercun buatan sendiri yang popular adalah seperti mercun plug, mercun antenna TV, mercun karbaid dan meriam buluh.

Pembakaran mercun kini diharamkan seperti yang termaktub di dalam Akta Bahan Letupan pindaan tahun 1991 akibat peningkatan kadar kecederaan di kalangan kanak-kanak (terutamanya dari kaum Melayu). Kalau anda masih ingat pengharaman mercun dibuat selepas berlakunya tragedi letupan kilang mercun di Sungai Buloh pada 7 mei 1991 yang mengorbankan 26 nyawa dan 83 orang lagi cedera.



Mengikut Undang undang malaysia , mereka yang memiliki barangan mercun boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 4(2) Akta Bahan Letupan 1957 dengan membawa hukuman penjara maksimum 5 tahun atau denda RM10,000.00 atau kedua-duanya sekali. Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967, bagi kesalahan membawa barang terlarang tanpa permit, dan sabit kesalahan pesalah boleh dihukum denda minimum 10 kali ganda nilai barang terlarang yang dibawanya atau penjara tiga tahun. Dan boleh ditahan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1967 kerana memiliki bunga api dan mercun dan juga boleh disiasat mengikut Seksyen 135 (d) Akta Kastam 1967 kerana menyimpan barang larangan.

Mengikut hukum syarak pula, sesuatu yang membazir dan berbahaya adalah haram hukumnya. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan belanjakanlah (harta benda kamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.” (Surah al-Baqarah, ayat 195)Dalam ayat ini, Allah SWT melarang melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan kecederaan, kemusnahan dan penderitaan. Bermain mercun dan bahan letupan mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan juga orang lain. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas yang bermaksud: “Tiada mudarat dan tidak boleh membalas sesuatu kemudaratan dengan mudarat.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Sedikit keratan akhbar Harian Metro yang menyiarkan mangsa mercun tahun ini. klik pada gambar untuk paparan besar.



Jadi kalau masih ada penduduk TDP3 masih nak main mercun, pandai pandailah, jangan sampai berbahaya kepada diri dan menggangu ketenteraman penduduk yang lain.

Salam merdeka 52 tahun.






Selamat Menyambung Kemerdekaan yang ke 52 tahun kepada seluruh penduduk TDP3 khasnya.


Nampaknya kat taman kita pun ada sambutan kemerdekaan kali ni. Pada malam diambang 31 ogos yang lalu ada perarakan membawa bendera sambil menyanyikan lagu patriotik. Perarakan berbasikal mengelilingi taman TDP3 tersebut dilakukan oleh anak anak taman yang dianjurkan oleh beberapa orang sahabat kita. Sekurang kurangnya aktiviti sebegini memupuk semangat patriotik dan sayangkan negara kita dikalangan generasi muda. Tahniah pada yang menganjurkanya.

sedikit gambar perarakan berbasikal malam diambang merdeka oleh anak anak TDP3