@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
KLIK DISINI

mercun oh mercun

on Tuesday, September 1, 2009



Bahaya ke main mercun ni? Ada orang kata, raya tak meriah tanpa mercun! Di TDP3 pun dah mula kedengaran mercun ni. Kalau diingatkan kembali dizaman kanak kanak saya, mercun ni dah jadi benda wajib dibulan puasa dan dijual dimerata tempat, dari kedai runcit hinggalah ditepi tepi jalan. Berbagai bagai jenis diantaranya mercum papan, lada, katak, roket, bunga api dan banyak lagi. Mercun buatan sendiri yang popular adalah seperti mercun plug, mercun antenna TV, mercun karbaid dan meriam buluh.

Pembakaran mercun kini diharamkan seperti yang termaktub di dalam Akta Bahan Letupan pindaan tahun 1991 akibat peningkatan kadar kecederaan di kalangan kanak-kanak (terutamanya dari kaum Melayu). Kalau anda masih ingat pengharaman mercun dibuat selepas berlakunya tragedi letupan kilang mercun di Sungai Buloh pada 7 mei 1991 yang mengorbankan 26 nyawa dan 83 orang lagi cedera.



Mengikut Undang undang malaysia , mereka yang memiliki barangan mercun boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 4(2) Akta Bahan Letupan 1957 dengan membawa hukuman penjara maksimum 5 tahun atau denda RM10,000.00 atau kedua-duanya sekali. Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967, bagi kesalahan membawa barang terlarang tanpa permit, dan sabit kesalahan pesalah boleh dihukum denda minimum 10 kali ganda nilai barang terlarang yang dibawanya atau penjara tiga tahun. Dan boleh ditahan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1967 kerana memiliki bunga api dan mercun dan juga boleh disiasat mengikut Seksyen 135 (d) Akta Kastam 1967 kerana menyimpan barang larangan.

Mengikut hukum syarak pula, sesuatu yang membazir dan berbahaya adalah haram hukumnya. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan belanjakanlah (harta benda kamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.” (Surah al-Baqarah, ayat 195)Dalam ayat ini, Allah SWT melarang melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan kecederaan, kemusnahan dan penderitaan. Bermain mercun dan bahan letupan mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan juga orang lain. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas yang bermaksud: “Tiada mudarat dan tidak boleh membalas sesuatu kemudaratan dengan mudarat.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Sedikit keratan akhbar Harian Metro yang menyiarkan mangsa mercun tahun ini. klik pada gambar untuk paparan besar.



Jadi kalau masih ada penduduk TDP3 masih nak main mercun, pandai pandailah, jangan sampai berbahaya kepada diri dan menggangu ketenteraman penduduk yang lain.

0 comments:

Post a Comment

http://tamandesapermai3.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.