Masihkan kita ingat bagaimana rupa tapak taman perumahan kita? Pasti semua tahu, asalnya ia adalah sebuah ladang kelapa sawit. Saya ingin berkongsi beberapa gambar yang berada dalam simpanan saya dari mula ia dibangunkan.
berikut adalah gambar yang diambil sekitar disember 2005
jom kita melawat tapak perumahan Taman Desa Permai 3
Ladang kelapa sawit baru di tebang ditapak fasa 1 ( gambar 10 dis 2005)
kawasan tapak fasa 2 masih mempunyai bangunan kedai dan kelapa sawit masih belum ditebang begitu jaga fasa 3 dan 4.
emmm.. nampaknya kedai hardware bersebelahan fasa 1 tu memang dah lama wujud.
lihatlah tapak fasa1, nampak sedikit berpaya. disebelah kiri pula adalah kedai runcit gains yang juga tuan tanah fasa 2 kini telah berpindah ke Taman Desa Permai 2.
berikut adalah gambar yang diambil dalam bulan februari 2007
papan tanda cadangan pembinaan
Fasa 1 sudah dalam pembinaan
Blok pertama yang didirikan adalah blok c fasa 1, nampak timbunan kayu bakau yang digunakan sebagai cerucuk.
Berikut adalah gambar yang diambil dalam bulan november 2007
Rumah blok c fasa 1 sudah siap, hanya tinggal kerja luaran. gambar menunjukkan tembok pagar sedang dibina.
begitu juga blok b
berikut adalah gambar sekitar bulan april 2008
rumah sudah siap sepenuhnya.
Fasa 1 dan 2 sudah siap. kerja menurap jalan sedang dilakukan.
padang mainan juga dalam proses pemasangan alat mainan
Oleh kerana rumah saya berada didalam fasa 1, gambar lebih banyak tertumpu disana, jika ada yang ingin berkongsi gambar sejarah TDP3 bolehlah email kepada saya.
Saya akan kemaskini sedikit masa lagi gambar terkini semua fasa.
0 comments:
Post a Comment
http://tamandesapermai3.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.