Pondok hentian bas TDP3 telah pun siap dibina pada bulan disember 2012. Ini adalah salah satu usaha persatuan penduduk TDP3 fasa 1 dan 2, satu surat permohonan telah dihantar kepada pihak Majlis Perbandaran Klang bertarikh 18 april 2011.
Dengan adanya pondok hentian bas ini, diharap semua penduduk dapat menafaatkan kemudahan yang ada ini. Walaupun kedudukkan pondok hentian bas ini berada diluar taman tetapi ia dalam salah satu kemudahan untuk taman kita. Oleh itu bersama lah kita menjaga kemudahan ini termasuk menjaga kebersihkan di sekitar pondok hentian bas ini. Pondok hentian ini juga dilengkapi dengan lampu dari tenaga solar untuk keselesaan waktu malam. Untuk pengetahuan semua juga, jika kita menggunakan pondok hentian bas dan berlaku kemalangan semasa menaiki bas, kita akan dilindungi oleh insuran bas tersebut.
Surat surat lain dari persatuan taman kita kepada MPK.
surat permohonan bonggol TDP3
0 comments:
Post a Comment
http://tamandesapermai3.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.