Selamat
menyambut tahun baru 1434hijrah bersamaan 15 november 2012masihi kepada semua penduduk Taman Desa Permai 3 Fasa
1&2 dan seluruh umat islam.
Akhirkan tahun
1433h dengan membaca doa akhir tahun selepas waktu Asar dan baca doa awal tahun
selapas waktu Maghrib pada 14 november 2012, moga kita diberkatiNya sepanjang
tahun, Amin.
Semua masjid
dan surau biasanya akan mengadakan majlis bacaan doa akhir dan awal tahun. Bagi
surau yang paling dekat dengan taman kita iaitu surau Haji Kamaruddin, majlis
akan bermula jam 6.45 petang.
Bagi peringkat
kebangsaan sambutan Ma’al Hijrah tahun ini bertemakan “Wasatiyyah Tonggak
Kesatuan Ummah”. Tema ini mengambil pendekatan sepertimana yang termaktub dalam
Piagam Madinah yang dipersetujui Rasulullah SAW dengan masyarakat bukan Islam. .
Perlembagaan Madinah mempertahankan kebebasan beragama untuk semua, keadilan
kepada semua dan melindungi kaum minoriti untuk mengamalkan pegangan dan budaya
mereka. . Ia menyerlahkan semangat
toleransi beragama apabila orang Islam dan bukan Islam saling faham
memahami, saling berkerjasama dan hidup secara harmoni.
Sambutan
Maal Hijrah peringkat kebangsaan akan dilangsungkan di Putrajaya, Seramai 4,500
peserta dari 143 kontinjen bakal menyertai Majlis Perhimpunan Sambutan Maal
Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1434 Hijrah/2012 di Pusat Konvensyen
Antarabangsa Putrajaya (PICC).
0 comments:
Post a Comment
http://tamandesapermai3.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.