Skim Rondaan Sukarela
Skim Rondaan Sukarela ataupun lebih dikenali sebagai SRS
adalah satu cabang di dalam sesuatu organisasi Rukun Tetangga. Skim Rondaan
Sukarela ini ialah suatu skim yang dipohon oleh pemastautin sukarelawan di
bawah Peraturan 27A, Peraturan-Peraturan Perlu Rukun Tetangga 1975, Pindaan
1988.
Skim ini dikendalikan oleh Biro Keselamatan yang merupakan
salah satu jawatankuasa di dalam Rukun Tetangga Taman Desa Permai 3 (KRT TDP3) manakala rondaan pula dilaksanakan oleh
peronda-peronda yang berdaftar di sebahagian atau keseluruhan kawasan rondaan
yang telah pun diwartakan.
Skim Rondaaan Sukarela dijalankan sebagai salah satu langkah
untuk menjaga keselamatan dalam KRT TDP3 disamping mambantu pihak Polis dalam
usaha untuk mengelak daripada berlakunya kejadian jenayah didalam TDP3 .
Sehingga Disember 2009 sebanyak 187 KRT di seluruh negeri
Selangor telahpun menjalankan Skim Rondaan Sukarela ini dan sebahagian besarnya
telahpun berjaya mengurangkan kadar jenayah di kawasan masing-masing.
Biro Keselamatan KRT TDP3 menjemput semua penduduk TDP3
berumur 18 tahun ke atas untuk menyertai SRS ini dengan hadir ke Kabin Gerakan
TDP3 pada 28 jun 2013 ( jumaat malam sabtu ) jam 11 malam.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
- Ketua Biro Keselamatan - En. Sharul Bakri Bin
Ismail 019-301 5493
- Penolong Ketua Biro Keselamatan - Nor Azmi Bin
Hamzah 017-663 2875
- Pengerusi
KRT TDP3 - Mohd Fauzi Bin Mat Isa 013-667 9487.
Soalan
Lazim
S: Apakah itu Skim Rondaan Sukarela (SRS)?
J: Skim Rondaan Sukarela (SRS) adalah suatu
rancangan / skim yang dikendalikan oleh pemastautin sukarela yang mendiami
Kawasan-Kawasan Rukun Tetangga demi menjaga keselamatan kawasan kejiranan
mereka melalui aktiviti kawalan dan rondaan.
S: Apakah syarat-syarat untuk menubuhkan Skim Rondaan
Sukarela (SRS)?
J: Syarat-syarat untuk menubuhkan Skim Rondaan
Sukarela (SRS) adalah seperti berikut :
a) Terdapat permintaan oleh sekurang-kurangnya 20 orang
penduduk yang tinggal di dalam Kawasan Rukun Tetangga.
b) Berumur 18 tahun ke atas.
c) Warganegara Malaysia. Bukan warganegara boleh terlibat di dalam Skim Rondaan
Sukarela (SRS) dengan syarat hendaklah memiliki dokumen perjalanan yang sah.
S: Bagaimana saya ingin menubuhkan Skim Rondaan
Sukarela (SRS) di kawasan tempat tinggal saya?
J: Skim Rondaan Sukarela (SRS) boleh dipohon
oleh sekurang-kurangnya 20 orang pemastautin sukarela berumur18
tahun ke atas dan mendiami di dalam Kawasan Rukun Tetangga dengan
melengkapkan Bahagian A Borang Enam yang boleh diperolehi
daripada Pejabat Perpaduan Daerah / Bahagian di seluruh negara.Borang
permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa
Rukun Tetangga untuk ditandatangani dan Pengerusi Jawatankuasa Rukun Tetangga
seterusnya akan menghantar permohonan kepada Pegawai Perpaduan Daerah /
Bahagian untuk semakan sebelum dimajukan kepada Pengarah Perpaduan Negeri untuk
sokongan dan akhirnya kelulusan oleh Ketua Pengarah Rukun Tetangga.
S:Berapakah tempoh masa yang diambil untuk sesebuah
Skim Rondaan Sukarela (SRS) diluluskan?
J: Jika semua maklumat yang dikemukakan adalah
benar, betul dan tepat, maka, kelulusan boleh diperolehi dalam tempoh
masa seminggu dari tarikh permohonan sampai di ibu pejabat.
S: Bagaimana cara
untuk mengendalikan aktiviti rondaan?
J: Anggota-anggota peronda boleh merujuk kepada Buku Panduan
Pengendalian Skim Rondaan Sukarela kaedah dan prosedur untuk melakukan aktiviti
rondaan.
S: Adakah pihak-pihak
yang meronda di bawah Skim Rondaan Sukarela (SRS) layak diberi cuti rehat
setelah selesai menjalankan tugas rondaan?
J: Anggota perkhidmatan awam yang menjalankan tugas rondaan
mulai jam 12.00 malam untuk tempoh sekurang-kurangnya empat (4) jam
berturut-turut layak dipertimbangkan pemberian pelepasan bekerja oleh Ketua
Jabatan masing-masing. Tempoh pelepasan bekerja adalah bersamaan 4 jam sahaja
dan selepas tempoh tersebut, anggota perkhidmatan awam dikehendaki melapor diri
bertugas di pejabat masing-masing. Kemudahan pelepasan bekerja belum lagi
dipanjangkan kepada sektor swasta dan oleh yang demikian, anggota peronda boleh
memohon budi-bicara majikan masing-masing untuk mendapatkan pelepasan bekerja.
S: Adakah peralatan
rondaan disediakan kepada peronda-peronda semasa menjalankan tugas rondaan?
J: Peronda-peronda yang bertugas menjalankan tugas rondaan
akan dibekalkan dengan baju vest, topi, lampu picit, wisel, baton light, peti
pertolongan cemas, rotan dan baju hujan. Peralatan di atas hendaklah disimpan
oleh Jawatankuasa Skim.
S: Apakah kuasa yang
ada kepada peronda-peronda semasa mereka menjalankan tugas rondaan?
J: Menurut Peraturan 27I [peraturan-Peraturan Perlu (Rukun
Tetangga)1975(Pindaan)1988] menjelaskan bahawa anggota peronda semasa
menjalankan tugas rondaan di dalam kawasan yang dibenarkan meronda disifatkan
sebagai pegawai polis berpangkat konstabel dengan syarat semasa menjalankan
tugas rondaan tertakluk kepada arahan dan kawalan Pengarah, Jawatankuasa Skim
dan Ahli Jawatankuasa Skim.
S: Adakah anggota
peronda diberi kuasa melakukan tangkapan?
J: Peronda yang menjalankan tugas rondaan dibenarkan
melakukan tangkapan (citizen arrest) sebagaimana termaktub di bawah Seksyen 27
Kanun Prosedur Jenayah iaitu menangkap mana-mana orang yang melakukan kesalahan
boleh tangkap dan tidak boleh dijamin, yang berlaku pada pandangannya (depan
mata) dan menyerahkan orang yang ditangkap kepada pegawai polis yang hampir
sekali atau menghantar orang yang ditangkap ke balai polis yang berhampiran
sekali.
S: Apakah bentuk
perlindungan yang diberi kepada anggota-anggota peronda jika berlaku sesuatu
yang tidak diingini seperti kemalangan atau kecederaan?
J: Semua anggota peronda Skim Rondaan Sukarela (SRS) di beri
perlindungan insuran kemalangan diri berkelompok 24 jam dengan faedah-faedah
berikut :
- Kematian akibat kemalangan = RM 19,000.00
- Keilatan kekal akibat kemalangan = RM 19,000.00
- Perbelanjaan perubatan (maksimum) = RM 500.00
- Elaun Harian Hospital = RM 20.00 sehari (maksimum 30 hari)
- Khairat Kematian (akibat kemalangan) = RM 1000.00