Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3 Fasa 1&2
(PPTDP3F1&2) ingin memohon sumbangan
dana untuk membeli kerusi dan kipas siling iaitu sebanyak RM25 dari setiap
keluarga yang menjadi ahli PPTDP3F1&2
.
Seperti yang telah semua sedia maklum, PPTDP3F1&2
telahpun membeli dua (2) buah kanopi manakala 10 meja telah disiapkan secara
gotong royong. Walaubagaimanapun persatuan telah kehabisan dana untuk membeli
kerusi dan kipas syiling.
Sumbangan bolehlah disalurkan melalui Ketua Blok
masing-masing dengan kadar segera kerana banyak aktiviti yang memerlukan kanopi
serta kerusi dan meja akan di jalan oleh pihak persatuan
Apabila kelengkapan
kanopi siap kelak, penduduk bolehlah menggunakan kanopi tersebut untuk kenduri
dan sebagainya dengan hanya membayar untuk kos penyelenggaraan dan pemasangan
sahaja. Nilai kos tersebut akan diumumkan kelak.
0 comments:
Post a Comment
http://tamandesapermai3.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.