Alhamdulilah, Pada 19hb May 2013 yang lepas, Aset persatuan
penduduk TDP3 fasa1&2 bertambah lagi, kali ini bertambahnya aset diantara
yang terpenting dalam menjalankan aktiviti persatuan iaitu kanopi.
Persatuan telah membeli 2 buah kanopi jenis piramik berharga
RM3200 untuk kegunaan persatuan dan juga untuk kegunaan penduduk TDP3. Pada
19hb May 2013 itu, kaum bapa TDP3 fasa1&2 bergotong royong menyiapkan setor
tempat simpanan kanopi dan juga membuat meja. 10 buah meja dapat disiapkan
dengan tenaga hampir 30 orang penduduk
yang hadir. Terima kasih dan tahniah buat semua yang hadir.
Dengan adanya Kanopi ini, persatuan dapat berjimat sehingga
RM3600 setahun, ini tidak termasuk faedah yang akan turut sama dirasai oleh
semua penduduk TDP3 Fasa 1&2. Apabila kesemua kelengkapan untuk kanopi
telah tersedia nanti, penduduk boleh menggunakan kanopi tersebut untuk kenduri
dan sebagainya dengan hanya membayar kos penyelenggaaran dan pemasangan sahaja.
Untuk makluman semua penduduk, Projek kanopi menggunakan
100% dana sumbangan yang dikumpul bukan dari kewangan persatuan.
Insyaallah, selepas ini banyak aktiviti yang dapat kita
lakukan.
Gambar-gambar gotong Royong Projek Kanopi TDP3 Fasa1&2
0 comments:
Post a Comment
http://tamandesapermai3.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.