Diharap pada penduduk yang mempunyai kelapangan dapat hadir ke majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat di rumah sahabat kita En. Roslan pada 29 November 2009 bermula jam 12 tengah hari hingga jam 4 petang.
Jemputan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat
Posted by tamandesapermai3 on Friday, November 27, 2009Labels: Jemputan Penduduk TDP3
jom kita melawat tapak perumahan Taman Desa Permai 3
Ladang kelapa sawit baru di tebang ditapak fasa 1 ( gambar 10 dis 2005)
berikut adalah gambar yang diambil dalam bulan februari 2007
papan tanda cadangan pembinaan
begitu juga blok b
berikut adalah gambar sekitar bulan april 2008
rumah sudah siap sepenuhnya.
Fasa 1 dan 2 sudah siap. kerja menurap jalan sedang dilakukan.
padang mainan juga dalam proses pemasangan alat mainan
Oleh kerana rumah saya berada didalam fasa 1, gambar lebih banyak tertumpu disana, jika ada yang ingin berkongsi gambar sejarah TDP3 bolehlah email kepada saya.
Saya akan kemaskini sedikit masa lagi gambar terkini semua fasa.
Labels: sejarah TDP3
Tahun ini Aidiladha jatuh pada 27
november 2009 bersamaan 10zulhijjah
1430hijrah
DALIL PENSYARIATAN IBADAH QURBAN
- Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Kautsar ayat 2 : Maksudnya : "Maka kerjkanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur".
- Allah S.W.T.telah berfirman dalam Surah Al-Haj ayat 37 : Maksudnya: "Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yan sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu".
- Sabda Rasulullah S.A.W.:Maksudnya : "Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu". (Hadis riwayat Tirmidzi)
FADHILAT IBADAH QURBAN
Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban ini amat besar antaranya:
- Menambah amal kebajikan. Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam:Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan". (Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
- Sebagai penebus dosa Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam kepada Sayyidatina Fatimah:Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu". (Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban)
- Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah.Sabda Rasullah Sallahahu 'Alaihi Wasallam: Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla." (Hadis riwayat Thabrani)
- Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda: Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)
- Ancaman terhadap orang yang mampu melakukan qurban tetapi tidak melaksanakannya. Daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu katanya, sabda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam:Maksudnya: "Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami".
sumber info: Jabatan Mufti Melaka http://www.al-azim.com/
Labels: Sudut Agama
Labels: TDP3 di Media
Labels: TDP3 di Media
Labels: Album Gambar
ALBUM 2
Labels: Album Gambar
Taman Desa Permai 3 mengucapkan selamat menyambut Deepavali kepada semua penganut agama Hindu terutama En. Nagalingam dan En. lingam sekeluarga di Jalan Meranti Putih 9B.
Labels: Makluman
Labels: Makluman
oleh kerana hanya 2 moderator yang aktif, kami tak mampu untuk update blog ini selalu, masing masing ada tanggungjawap sendiri yang lain. Saya cadangkan kita buka ruangan forum, jadi semua penduduk boleh posting. tidak perlu lagi mengharapkan kami update. saya sengaja tidak mengaktifkan "komen" pada blog ini supaya ia lebih nampak seperti website. Jadi apa pendapat anda? perlukan saya wujudkan laman forum? jom undi disebelah.
Labels: Makluman
Labels: Album Gambar
Berita Majlis berbuka puasa dan solat terawih di sinar
Posted by tamandesapermai3 on Wednesday, September 16, 2009Labels: TDP3 di Media
Majlis Solat Tarawih dan Berbuka Puasa
Posted by Moderator Fasa 3 dan 4 on Monday, September 14, 2009telah diadakan pada 12 September 2009.
Labels: Album Gambar
Namun ada yang mengaitkan budaya ini dengan amalan masyarakat Hindu yang menerangi rumah untuk menyambut Dewi Lakshmi (Dewi Kekayaan) masuk ke rumah pada malam Deepavali. Tetapi budaya ini dibolehkan jika ia bertujuan menerangkan perjalanan jemaah ke surau atau masjid.
Sudut agama pula, malam tujuh likur sering dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu detik keemasan untuk individu Muslim merebut syurga apabila malaikat dan Jibril akan turun ke bumi untuk mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada Allah.
pelita pelita yang dipasang sepanjang jalan 9B fasa 3
pelita dipasang dipagar hadapan rumah sepanjang jalan 9D
Rumah salah seorang sahabat dijalan 9D
ini pula kat rumah saya hehehe
Labels: Berita Semasa
Pembakaran mercun kini diharamkan seperti yang termaktub di dalam Akta Bahan Letupan pindaan tahun 1991 akibat peningkatan kadar kecederaan di kalangan kanak-kanak (terutamanya dari kaum Melayu). Kalau anda masih ingat pengharaman mercun dibuat selepas berlakunya tragedi letupan kilang mercun di Sungai Buloh pada 7 mei 1991 yang mengorbankan 26 nyawa dan 83 orang lagi cedera.
Mengikut Undang undang malaysia , mereka yang memiliki barangan mercun boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 4(2) Akta Bahan Letupan 1957 dengan membawa hukuman penjara maksimum 5 tahun atau denda RM10,000.00 atau kedua-duanya sekali. Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967, bagi kesalahan membawa barang terlarang tanpa permit, dan sabit kesalahan pesalah boleh dihukum denda minimum 10 kali ganda nilai barang terlarang yang dibawanya atau penjara tiga tahun. Dan boleh ditahan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1967 kerana memiliki bunga api dan mercun dan juga boleh disiasat mengikut Seksyen 135 (d) Akta Kastam 1967 kerana menyimpan barang larangan.
Mengikut hukum syarak pula, sesuatu yang membazir dan berbahaya adalah haram hukumnya. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan belanjakanlah (harta benda kamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.” (Surah al-Baqarah, ayat 195)Dalam ayat ini, Allah SWT melarang melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan kecederaan, kemusnahan dan penderitaan. Bermain mercun dan bahan letupan mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan juga orang lain. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas yang bermaksud: “Tiada mudarat dan tidak boleh membalas sesuatu kemudaratan dengan mudarat.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Labels: Berita Semasa
Labels: Berita Semasa
Bagi menjaga keselamatan harta benda penduduk TDP3 sepanjang musin cuti perayaan hari raya nanti, Persatuan bercadang mendapatkan khidmat Ikatan Relawan Rakyat Malaysia ataupun RELA.Untuk itu setiap rumah perlu membayar dalam angaran RM30.
Memo akan dikeluarkan oleh setiausaha dalam masa terdekat. Untuk pertanyaan boleh hubungi tuan pengerusi di no25, Jalan Meranti Putih 9A.
Labels: Makluman
Dimaklumkan pada semua , Taman kita akan mengadakan majlis sembahyang terawih didalam taman kita. Majlis akan diadakan di padang mainan TDP3 pada 12 september 2009 bersaman 22 Ramadan 1430. Sebanyak RM500 daripada duit taman telah diperuntukkan untuk majlis tersebut. Majlis dijadualkan akan bermula sebelah pagi, bermula dengan gotong royong menyediakan masakan untuk hidangan mohre.
Wakil dari pajabat zakat juga dijemput pada malam tersebut untuk membuat kutipan zakat. Kepada yang belum membayar zakat fitrah bolehlah dibuat pada malam berkenaan.
Semua penduduk TDP3 dijemput hadir. Minta war war kan pada semua.
Untuk maklumat lanjut bolehlah berjumpa tuan pengerusi di no25, Jalan meranti Putih 9A.
Ganjaran sembahyang terawih Malam Ke 23:
Allah SWT binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Labels: Aktiviti TDP3
Maaf pada semua, semalam saya salah info, bukan rumah En. razali yang kecurian tetapi rumah En Mat Noor 29/9c.
kejadian berlaku lebih kurang jam 3 petang, 2 remaja bermotosikal memasuki kawasan rumah beliau dan mencuri sebiji bateri lama yang diletak dihadapan rumah beliau. kejadian disedari isteri dan anak beliau yang berada didalam rumah. Menurutnya 2 remaja itu memang biasa masuk kedalam taman kita.
hati hati semua, jangan meletak barang berharga atau barang yang menarik perhatian pencuri dihadapan rumah. sekali lagi saya minta maaf kerana salah info semalam.
Labels: Berita Semasa
Kepedulian untuk dikongsi bersama...
Musim Perayaan akan menjelang,
Semua Penduduk Sibuk Beraya,
Tips Cegah Jenayah: Pecah Rumah
Bagaimana boleh berlaku
- Dengan pemutar skru atau objek-objek tajam, mengumpil pintu atau tingkap
- Menggunakan 'jack' untuk membuka jerjak besi tingkap
- Memotong mangga (ibu kunci) dengan gergaji besi.
- Memasuki melalui bumbung rumah/siling yang terbuka.
- Tingkap yang tidak berkunci/terbuka
- Menggunakan kunci pendua.
Sebab Berlaku Pecah Rumah
- Tidak memberitahu jiran dan polis apabila meninggalkan rumah kosong
- Tiada muafakat sesama jiran untuk mengawasi kediaman masing-masing
- Meletakkan barang yang bernilai di sekitar atau dalam rumah yang dapat dilihat dari luar
- Menunjukkan tanda rumah tidak dihuni seperti langganan akhbar dan roti yang tidak dihentikan.
- Kedudukan rumah yang terpencil serta struktur rumah yang memudahkan penjenayah memasukinya.
Cara Pencegahan
- Memaklumkan balai polis terdekat tentang alamat rumah, tarikh dan masa anda tidak berada di rumah. Tinggalkan maklumat secukupnya bagi memudahkan pihak jiran atau polis memaklumkan sebarang kejadian kepada anda.
- Memasang alat-alat keselamatan tambahan pada pintu utama seperti lubang pandangan, mangga dan selak keselamatan.
- Sentiasa pasangkan lampu bila keluar rumah.
- Jangan tinggalkan sebarang nota yang boleh membantu pemecah rumah bertindak.
- Hubungan yang baik dengan jiran dapat membantu keselamatan rumah bila kita tiada.
- Pastikan pintu, tingkap dan pintu pagar berkunci sebelum meninggalkan rumah atau tidur.
- Memelihara anjing boleh membantu mengawal rumah.
- Pasangkan sistem penggera keselamatan yang baik unutk rumah/bangunan.
- Kawasan rumah hendaklah sentiasa bersih dan lapang. Semak-samun, rumpun pokok dan belukar boleh menjadi tempat persembunyian pemecah rumah/penjenayah
Labels: Makluman
Dukacita dimaklumkan sahabat kita En.Razali 4/10A, telah diserang penyakit strok. Kini beliau terlantar di Hospital Besar Klang tingkat 8. Marilah kita bersama sama mendoakan agar beliau cepat sembuh. Diharapkan keluarga beliau bersabar menempuhi dugaan ini. Salam takziah dari kami di TDP3.
Labels: Makluman
Bersama sama kita ulangkaji panduan sembahyang sunat terawih
Ebook Ramadan utuk di kongsi bersama
Labels: Sudut Agama
Labels: Sudut Agama
Klik pada gambar untuk paparan besar
Labels: Album Gambar