@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
KLIK DISINI

Had Laju dalam Kawasan Perumahan

on Tuesday, August 7, 2012

Tahukan anda berapa had laju didalam kawasan perumahan? Mungkin ramai yang tidak mengetahuinya. Had laju dijalan dalam kawasan perumahan adalah sama dengan had laju di kawasan sekolah iaitu 30KM/J.

Jika diperhatikan, ramai diantara penduduk yang menggunakan jalan dalam kawasan perumahan kita membawa kenderaan nelebihi kelajuan ini. Pihak Persatuan Penduduk TDP3 Fasa 1 dan 2 memohon kepada semua penduduk agar dapat membawa kenderan dengan perlahan didalam kawasan perumahan kita atau dimana mana kawasan perumahan sekali pun. Ini adalah bagi mengelak daripada terjadinya kemalangan terutama kemalangan yang melibat kanak-kanak. Kanak kanak tidak memahami undang undang jalan raya, kanak kanak juga tidak dapat mengagak jarak selamat untuk mereka lintas, oleh itu, menjadi tanggungjawap kita untuk lebih berhati hati dan memandu dengan perlahan. Jika berlaku kemalangan, tiada gunanya lagi.

Pihak Persatuan memandang serius hal ini, jika penduduk masih gagal untuk memandu dengan perlahan, pihak persatuan bercadang untuk menambah bonggol terutamanya di jalan Meranti Putih 9B yang menjadi laluan utama di dalam taman kita dan jalan ini juga melalui kawasan taman permainan

Anda ada kereta mewah ke, kereta modified ke, kancil turbo ke, motor besar ke, kapcai power ke, tak kisah sebab tu hak anda, tapi ingat jangan sesekali bawa laju dalam kawasan taman, nak laju gi litar sepang.

2 comments:

dv7.sun said...

mohon perbaykkan bonggol dr PBT

Abang Mahni said...

Kenapa Majlis atau Bandaraya tak pacak had laju di jalan2 masuk kawasan perumahan supaya semua orang dapat tahu. Ada yang bawa kereta macam dilitar Sepang dan kita tengok Kuching bergelimpangan mati kena langgar.

Post a Comment

http://tamandesapermai3.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.