Dalam ke ghairahan untuk balik ke kampung jangan sampai kita terleka dengan keselamatan rumah yang kita tinggalkan. Berikut sedikit tip sebelum kita balik kampung untuk dikongsikan bersama
Maklumkan kepada jiran/polis
Pastikan sebelum balik kampung , berpesan-pesanlah dgn jiran untuk tengok-tengokkan rumah kita dan bagitahulah berapa hari kita balik kampung. Borang balik kampung yang telah diedarkan, jangan lupa isi dan serahkan pada ketua blok masing-masing, kalau tak dapat borang tu boleh muatturun dengan klik disini . Borang akan diserahkan kepada balai polis Meru pada hari jumaat ini.
Pastikan semua pintu dan tingkap dikunci
Pastikan semua pintu dan tingkap telah dikunci terlebih dahulu sebelum meninggalkan rumah. Jika manga yang dah uzur tu, eloklah diganti dengan yang baru dan baik. Cara ini merupakan langkah yang terpenting sekali dan berkesan untuk mengelakkan rumah dipecah masuk.
Serahkan kunci pendua kepada orang yang anda percaya
Jangan sesekali meninggalkan kunci rumah di bawah alas kaki, di dalam pasu bunga dan sebagainya.
Hentikan langganan akhbar/majalah
jika ada melanggan surat khabar atau majalah elok dihentikan buat sementara.
Matikan semua suis dan gas
Bagi mengelakkan berlakunya kebakaran, pastikan semua suis ditutup, kepala gas ditanggalkan supaya tidak berlaku sebarang kebocoran pada gas tersebut dan tutup paip air utama bagi mengelakkan paip pecah jika berlaku tekanan tinggi.
Elakkan memasang lampu luar
Elakkan daripada memasang lampu luar. Ini kerana lampu luar yang menyala di siang hari menandakan penghuni tiada di rumah kecuali menggunakan timer.
Berdoa untuk kesejahteraan bersama
Sebagai umat islam wajiblah kita berdoa kepada-Nya supaya mudah dipermudahkan segala urusan kita. Jadi, sebelum keluar rumah tu, berdoalah untuk memperoleh keberkatan.
Doa Keluar Rumah. بِسْمِ اللهِ تَوَ كَّلْتُ عَلَى اللهِ لاَحَوْلَ وَلاَقُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ. Maksudnya:
"Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan keizinan Allah".
1 comments:
tumpang lalu..
TAWARAN ISTIMEWA !!
SEWA BARRIER GATE SYSTEM
RM700 SEBULAN !
Peralatan yang dibekalkan :
* 2 unit Palang Automatik
* 2 unit Pembaca Kad Pintar
* Termasuk Software & Komputer
Kad di bekal berasingan : RM10/pcs
* TIADA DEPOSIT
* TIADA KOS PEMASANGAN
* PEMASANGAN SEGERA
Berminat hubungi:
Nurdin Abu: 018-9525252
Email : nurdin2020@gmail.com
Post a Comment
http://tamandesapermai3.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.