@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
KLIK DISINI

Rekabentuk muktamad Sampul Duit Raya TDP3

on Monday, July 23, 2012

Berikut adalah rekabentuk yang telah dipersetujui untuk projek sampul duit raya bagi Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3 Fasa 1&2.


Rekabentuk telah dihantar untuk dicetak dan dijangga siap antara 6-11 ogos 2012. Cetakan hanya dibuat sebanyak 1000 keping sahaja buat masa ini. Jika masih ada yang berminat sila sms ke no 0136679487 dengan segera , pihak persatuan akan menambah jumlah cetakan.

Sampul Duit Raya Eksklusif Taman Desa Permai3 Fasa 1&2

on Sunday, July 22, 2012

Persatuan Penduduk TDP3 Fasa 1&2 akan mengeluarkan sampul duit raya rekaan eksklusif yang bermotifkan Taman Desa Permai 3.

Pengeluaran sampul duit raya ini adalah sempena ulangtahun ke 4 TDP3 fasa 1 dan 2.

Ciri ciri sampul duit raya eksklusif ini adalah seperti berikut:

· Sampul Panjang berwarna hijau

· Saiz 80x155mm

· 128gsm art paper/matt

· seft-adhesive

· Terdapat gambar rumah contoh TDP3

· Terdapat tulisan Persatuan penduduk TDP3 fasa 1&2 dan logo.

· Terdapat pantun raya dan alamat taman di bahagian belakang sampul.

Harga 1 set mengandungi 50 keping hanya RM13

Tempahan dibuka sehingga 25 julai 2012 sahaja

UNTUK TEMPAHAN:

SMS; NAMA, ALAMAT, JUMLAH TEMPAHAN

DAN HANTAR KE 013 6679487

(CONTOH : SUHAIMI 8 JLN 9B 1 SET)

Selamat Berpuasa Ramadhan 1433

on Thursday, July 19, 2012



Selamat berpuasa kepada semua khasnya penduduk Taman Desa Permai 3 fasa 1&2. 1 Ramadhan 1433h @ 21 julai 2012m.

Takwim Ramadhan 1433h TDP3

on Sunday, July 15, 2012

Waktu Imsak dan berbuka bagi daerah klang dan Taman Desa Permai 3 khasnya. Boleh muatturun dan tampal di rumah masing masing untuk rujukan. Takwim adalah dari sumber JAKIM. Tarikh mula puasa tertakluk kepada pengumuman dari Penyimpan Mohor Besar Raja Raja.

Notis Gangguan Elektrik Dari TNB

on Wednesday, July 11, 2012

Gangguan Elektrik di taman kita akan berlaku pada 12 julai 2012 bermula jam 10 pagi hingga 2 petang.


Jemputan ke majlis Doa Selamat dan Kesyukuran beserta Bacaan Yasin dan Tahlil

on Tuesday, July 10, 2012

Keluarga arwah en. Ghazali menjemput semua penduduk lelaki Taman Desa Permai 3 Fasa 1 Dan 2 ke majlis Doa Selamat dan Kesyukuran beserta Bacaan Yasin dan Tahlil Arwah di rumah mereka di no 4 Jalan Meranti Putih 10A. Majlis akan diadakan pada 14 julai 2012 selepas solat Insyak. Semua tuan tuan dijemput hadir.

Gambar Kemeriahan Pertandingan Bowling TDP3 fasa 1dan 2

on Tuesday, July 3, 2012

Alhamdulilah , satu lagi aktiviti Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3 Fasa 1 dan 2 berjaya dilaksanakan. Pertandingan bowling tertutup TDP3 fasa 1&2 berjaya menghimpunkan 24 orang peserta terdiri daripada 5 peserta wanita dan 19 peserta lelaki. Acara berlangsung di pusat bowling Ole Ole seksyen 18 Shah Alam pada 1 julai yang lalu bermula jam 2 petang dan berakhir kira kira jam 4.30 petang. Atas permintaan ramai, insyaallah satu lagi pertandingan bowling akan diadakan tahun ini, tempat yang dicadangkan ialah di pusat bowling Wangsa Bowl di Setia City Alam Mall, Setia Alam.

Berikut sedikit gambar kemeriah pertandingan bowling kali ini.