@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
KLIK DISINI

Penduduk TDP3 menyelamatkan nyawa!!!

on Tuesday, October 30, 2012


Bagaimana penduduk TDP3 menyelamatkan nyawa???

Tonton video dibawah hingga habis..


4 november 2012 anda dimana????

Memo Gotong Royong 2.0 TDP3 Fasa 1&2

on Monday, October 29, 2012


Memo Gotong Royong 2.0 TDP3 Fasa 1&2. Semua penduduk lelaki diwajibkan hadir.



Gambar Program Baraan Aiduladha TDP3 Fasa 1&2 2012

on Sunday, October 28, 2012


 Alhamdulillah, syukur kepadaNya, Program Baraan sempena Aiduladha tahun 2012 selamat dijalan pada malam semalam 28 oktober 2012 dengan jayanya. Program dimulakan jam 8.45 hingga jam 11.30 malam disertai lebih kurang 30 orang penduduk ke 11 buah rumah. Rumah disinggahi ialah:
  • ·         En. Suhaimi
  • ·         En. Rosnizam
  • ·         En. Yus
  • ·         En. Man
  • ·         Kak Ani
  • ·         En. Hafiz
  • ·         En. Mawi
  • ·         En. Fendi
  • ·         En. Rahim
  • ·         En. En. Zulkifli
  • ·         En. Shukor
Untuk pengetahuan semua, ini adalah tahun kedua taman kita membuat Baraan sempena Aiduladha. Insyaallah program ini adalah program tahunan taman kita. Sedikit gambar untuk tatapan semua.





        

Selamat Hari Raya Aidiladha 2012

on Wednesday, October 24, 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha  kepada semua umat islam di seluruh dunia, khasnya buat penduduk Taman Desa Permai 3.

Kepada yang balik ke kampung halaman, berhati-hati dijalan raya. Kami doakan selamat pergi dan pulang.

Memo Baraan sempena Aidiladha TDP3 Fasa 1&2

on Monday, October 22, 2012


Baraan sempena Aidiladha dari rumah ke rumah penduduk TDP3 Fasa 1&2 akan berlangsung , pada 28 Oktober 2012 ( Ahad malam selasa) bermula selepas solat Insyak. Penduduk dikehendaki berkumpul dipadang mainan TDP3 sebelum bergerak ke rumah rumah yang akan disenaraikan oleh setiausaha En. Rahim. Kepada yang berminat untuk menjemput penduduk TDP3 singgah bertakbir dirumah anda bolehlah berhubung dengan Setiausaha En. Rahim.

Sama sama kita meriahkan acara tahunan TDP3 Fasa 1&2 ini  dan moga kita diberkatiNya.

Majlis Penerangan Penjenamaan Semula di tunda


Dukcita dimaklumkan, Majlis penerangan penjenamaan semula Persatuan Penduduk TDP3 fasa 1&2 yang dijadual akan berlangsung pada 20 oktober 2012 terpaksa ditangguhkan ke suatu masa yang akan diberitahu kelak atas sebab sebab yang tidak dapat di elakkan.

Tarikh baru akan diumumkan melalui memo sedikit masa lagi.


Segala kesulitan amat dikesali dan pihak persatuan memohon ribuan maaf..

Perjumpaan AJK Persatuan Penduduk TDP3 Fasa 1&2 Oktober 2012

on Thursday, October 18, 2012




Perjumpaan AJK Persatuan Penduduk TDP3 fasa 1&2  telah berlangsung pada 8 oktober 2012 yang  lalu.
Perjumpaan dibuat di Kabin Gerakan bermula jam 9 malam. Perkara perkara yang dibincangkan dan dipersetujui oleh semua AJK ialah:

1.      Gotong Royong 2.0 TDP3 fasa 1&2 bagi tahun 2012.
o   Pada 4 november 2012.
o   Sumbangan RM5 setiap rumah untuk jamuan makan
o   Berkumpul di padang mainan TDP3.
o   Bermula jam 8.30 pagi
2.      Baraan sempena Aidiladha
o   Pada 28 Oktober 2012 ( Ahad malam selasa)
o   Bermula selepas solat Insyak.
o   Yang berminat boleh berjumpa dengan Setiausaha En. Rahim.
3.      Penjenamaan semula Persatuan Penduduk TDP3 Fasa 1&2
o   Majlis Penerangan akan dilakukan pada 20 oktober 2012
o   Bertempat di padang mainan TDP3.
o   Bernula jam 9 malam
o   Jamuan ringan disediakan
o   Kehadiran semua penduduk adalah DIWAJIBKAN.

Semoga dengan program-program yang dianjurkan adakan mengeratkan lagi tali siratulrahim antara kita.

Gambar Program Jalan Jalan Ke KLCC

on Tuesday, October 2, 2012


Sedikit gambar program bawa anak-anak ke KLCC dengan pengangkutan awam pada 30 september  yang lalu. Ramai yang tidak dapat menyertainya gara-gara kepenatan selepas menonton bola sepak di stadium Shah Alam hasil sumbangan 300 tiket dari tuan pengerusi En. Suhaimi. Walaubagaimanapun program tetap meriah dengan keterujaan anak anak menaiki, KTM komuter, LRT putra, masuk Aquaria, mandi di kolam KLCC dan macam macam lagi.