@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
KLIK DISINI

Program Surau Haji Kamarudin bagi bulan Jun 2013

on Wednesday, May 29, 2013

Program Surau Haji Kamarudin bagi bulan Jun 2013
Anak-anak Khariah Surau Haji Kamaruddin, jom ramai-ramai..

Video Kanopi TDP3 Fasa 1&2

on Sunday, May 26, 2013

Pemasangan Kanopi TDP3 oleh penduduk TDP3 Fasa 1&2 pada 19 may 2013.

Selamat Cuti Sekolah

on Wednesday, May 22, 2013


Kepada semua anak-anak TDP3  diucapkan selamat bercuti .Penuhilah masa cuti dengan aktiviti yang berkualiti . Kepada Ibubapa yang akan membawa anak pergi bercuti berhati-hati dijalan raya.  

Projek Kanopi TDP3 Fasa1&2


Alhamdulilah, Pada 19hb May 2013 yang lepas, Aset persatuan penduduk TDP3 fasa1&2 bertambah lagi, kali ini bertambahnya aset diantara yang terpenting dalam menjalankan aktiviti persatuan iaitu kanopi.

Persatuan telah membeli 2 buah kanopi jenis piramik berharga RM3200 untuk kegunaan persatuan dan juga untuk kegunaan penduduk TDP3. Pada 19hb May 2013 itu, kaum bapa TDP3 fasa1&2 bergotong royong menyiapkan setor tempat simpanan kanopi dan juga membuat meja. 10 buah meja dapat disiapkan dengan tenaga  hampir 30 orang penduduk yang hadir. Terima kasih dan tahniah buat semua yang hadir.

Dengan adanya Kanopi ini, persatuan dapat berjimat sehingga RM3600 setahun, ini tidak termasuk faedah yang akan turut sama dirasai oleh semua penduduk TDP3 Fasa 1&2. Apabila kesemua kelengkapan untuk kanopi telah tersedia nanti, penduduk boleh menggunakan kanopi tersebut untuk kenduri dan sebagainya dengan hanya membayar kos penyelenggaaran dan pemasangan sahaja.

Untuk makluman semua penduduk, Projek kanopi menggunakan 100% dana sumbangan yang dikumpul bukan dari kewangan persatuan.

Insyaallah, selepas ini banyak aktiviti yang dapat kita lakukan.

Gambar-gambar gotong Royong Projek Kanopi TDP3 Fasa1&2


Aktiviti Biro Wanita Sempena Hari Ibu

on Monday, May 20, 2013


Sedikit gambar aktiviti Biro Wanita KRT TDP3 pada 12 may 2013 yang lalu. Pada hari tersebut telah telah diadakan tazkirah sempena Hari Ibu yang disampaikan oleh Ustaz Amin. Harap kaum ibu dapat meluangkan masa untuk aktiviti Biro Wanita seterusnya.

Gotong Royong Membersihkan Kabin

on Thursday, May 16, 2013



Untuk makluman semua penduduk TDP3, Gotong royong membersihkan kabin persatuan pada ketetapan seperti berikut:

·         Tarikh   : 19 May 2013
·         Masa     : 8:00 Pagi
·         Tempat : Kabin Persatuan

Diharap semua kaum bapa dapat hadir terutama kepada yang mempunyai kemahiran pertukangan besi.

Pihak persatuan akan menyediakan jamuan ringan untuk semua yang hadir. Sumbangan makanan untuk jamuan adalah amat dialu-alukan. 

Selamat Mengundi kepada Semua Penduduk TDP3

on Thursday, May 2, 2013


 
@tdp3 fasa
1&2

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Warga TDP3 yang dihormati,

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 pada hari Ahad, 5 Mei 2013 nanti, Saya ingin menyeru kepada diri saya dan semua penduduk TDP3 agar mengundilah dengan bijak. Berdoalah kepadaNya agar diberikan kebijaksanaan dalam memilih pemimpin-pemimpin kerana masa depan negara kita terletak di tangan kita semua. Tanpa mengira fahaman politik kita, berhati-hati dengan tindakan atau kata-kata kita yang mungkin boleh menyingung hati dan perasaan jiran-jiran kita dan jangan sesekali melanggar undang-undang. Jangan terjebak dalam memberi tindak balas atas ejekan, cemuhan atau sebarang provokasi tetapi menenangkan diri dan mengundi dengan aman.

Kepada penduduk yang mengundi ditempat lain, Berhati-hati dalam perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing atau ke tempat mengundi, ambil setiap langkah bagi memastikan keselamatan kita dan orang yang kita sayangi. Oleh itu, pandulah dengan berhati-hati, hormati pemandu lain dan patuhi peraturan lalu lintas.

Selepas pengundian nanti, kembalilah ke taman kita dengan keadaan normal dan  tenteram, terimalah apa saja keputusan pilihan raya. Banyak program taman kita telah diatur untuk semua penduduk TDP3 selepas pilihan raya nanti dan memerlukan komitmen semua semua penduduk.

Selamat Mengundi kepada Semua Penduduk TDP3.

Terima kasih.

Mohd Fauzi bin Mat Isa





Jemputan Kenduri Doa Selamat.


Sahabat kita, En. Hisham menjemput semua penduduk TDP3 fasa1&2 ke kenduri doa selamat, bacaan yasin dan marhaban pada ketetapan seperti berikut.

ü  Masa : Sabtu 4 mei 2013 ( selepas Insyak)
ü  Alamat : No 16, Jalan Meranti Putih 10A.

@tdp3 fasa
1&2

Majlis Sambutan Hari Lahir


Jemputan ke majlis sambutan hari lahir anak En. Fendy, Luth Aryan satu tahun.

Masa jam 2 hingga 6 petang 4 may 2013 di rumah mereka no 3 Jalan Meranti Putih 10A.

Jom sama-sama berkongsi kegembiraan keluarga mereka.

@tdp3 fasa 1&2