@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
KLIK DISINI

Notis Mesyuarat Agung Kali Ke 3

on Tuesday, January 29, 2013


Notis Mesyuarat Agung Kali Ke 3 Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3 Fasa 1&2.

Gambar Sambutan Maulidur Rasul TDP3 1434h/2013


Sedikit gambar kemeriah sambutan Maulidur Rasul peringkat Taman Desa Permai 3 Fasa 1 dan 2 pada malam 23 januari 2013 bersamaan 12 Rabiul Awal 1434 hijrah.
Terima kasih kepada semua penduduk yang hadir.

Perubahan tempat berkumpul sempena sambutan Maulidur Rasul TDP3

on Tuesday, January 22, 2013


Makluman pada semua, Perarakan Maulidur Rasul peringkat TDP3 pada malam ini, akan bermula di Jalan Meranti Putih 9B, Tempat berkumpul dan solat insyak ditukar ke rumah sahabat kita Salman dan Yus di no 3 & 5 Jalan Meranti Putih 9B. Terima kasih kepada Salman dan Yus kerana bermurah hati membenarkan kita bermula di sana. Jangan lupa malam ini, perarakan akan bermula selepas solat insyak berjemaah.

Permohonan Tadika Pintar Sayang untuk menggunakan taman mainan


Surat permohonan untuk menggunakan taman mainan daripada Tadika Pintar Sayang.
Surat Kebenaran dari Persatuan Penduduk TDP3 Fasa 1&2.

Pulangnya Ayahanda Halim ke Rahmatullah

on Monday, January 21, 2013

Salam takziah kepada sahabat kita En. Halim diatas pulangnya ayahandanya ke Rahmatullah pada ahad 20 januari 2012, kami pendududuk Taman Desa Permai 3 mendoakan agar rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, amin. Alfatihah.

Memo Sambutan Maulidur Rasul TDP3

on Sunday, January 20, 2013




Surau Haji Kamaruddin

on Friday, January 18, 2013

@tdp3 fasa 1&2
Oleh kerana taman kita berada dalam kariah Surau Haji Kamaruddin jalan jambu, saya akan buka 1 rungan untuk papar berita dan aktiviti Surau Haji Kamaruddin untuk manfaat semua. Diantara aktiviti bulan ini: 

1. Gotong Royong 
 Membersihkan kawasan surau 
Ahad 20 januari 2013 7.30 pagi 
Sumbangan sarapan pagi amat dialu-alukan 

2. Sambutan Maulidur Rasul 
Ceramah Umum Bersama Ustaz Haji Ibrahim b. Haji Umar Khamis 24 januari 2013 selepas solat maghrib 
Sumbangan amat dialu-alukan

Borang kelab bolasepak futsal dan sepak takraw TDP3

on Wednesday, January 16, 2013


Seperti yang telah di warwarkan sebelum ini, penubuhan kelab bolasepak futsal dan sepak takraw  TDP3, Borang penyertaan bolehlah dihantar kepada penyelaras kelab iaitu, encik Shukur.
Objektif atau tujuan penubuhan kelab ini adalah seperti berikut:
I.             Memenuhi masa senggang dengan perkara yang berfaedah dan dapat menghindarkan dari kegiatan yang tidak sihat.
II.            Melahirkan insan yang sihat dan cergas untuk menjadi insan yang mempunyai ketahanan mental dan fizikal.
III.           Mengcungkil dan melahirkan bakat-bakat baru yang mampu berdaya saing dalam bidang sukan.

Gambar Futsal 1 taman TDP3 dalam Harian Metro

on Tuesday, January 15, 2013


Gambar Futsal 1 taman TDP3 dalam Harian Metro 14 Januari 2013. Lambat pula Harian Metro siarkan gambar ini.

Kelab Sepak Takraw TDP3

on Tuesday, January 1, 2013



Sukan adalah salah satu jambatan perpaduan. Sukacita dimaklumkan Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3 Fasa 1&2 akan menubuhkan Kelab Sepak Takraw TDP3. Kepada sesiapa yang berminat boleh hubungi En. Shukor ditalian 0196486262 untuk penyertaan.