@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
KLIK DISINI

Video pasukan Futsal B12 TDP3 kejohanan futsal 24.11.2012

on Wednesday, November 28, 2012


Video TDP3 vs Sementa FC perlawanan ke 2 peringkat kumpulan.  TDP3 3 Sementa FC 0
Video Penalti penentuan tempat ke 3&4.  TDP3 tewas kepada TCS Junior A 3-1.

Jemputan Majlis Perkahwinan Dari Fauziah Jaslan

on Sunday, November 25, 2012


Jemputan Majlis Perkahwinan anak lelaki arwah en Razali pada ahad 2 disember 2012 dirumah mereka no 4 Jalan Meranti Putih 10A. Semua Penduduk Taman Desa Permai 3 fasa 1&2 dijemput hadir

Pasukan B12 TDP3 tempat ke 4

on Saturday, November 24, 2012

Pasukan futsal bawah 12 tahun Taman Desa Permai 3 menunjukkan kehebatan dengan menduduki tempat ke 4 semasa menyertai pertandingan futsan B-12 anjuran Masjis As syarif pada sabtu 24 disember 2012. Sebanyak 18 pasukan mengambil bahagian yang pada mula dijadual bertempat di padang futsa KEY-PICK D'FUTSAL Jalan jabar akan tetapi ditukar ke The Roof Futsal disebabkan hujan lebat. 

 Pasukan TDP3 bermula garang diperingkat kumpulan apabila membelasah pasukan Bestari B dengan jaringan 6-0. Pada perlawanan ke 2, sekali lagi Pasukan TDP3 mempamer aksi cemerlang dengan menundukkan Pasukan Sementa FC dengan 3-0. Tewas tipis dengan pasukan Redbull FC dengan 1-2 tidak mematahkan semangat Pasukan B12 TDP3 pada perlawanan ke 3. Keputusan seri 1-1 dengan pasukan B12 TCS Junior A pada perlawanan ke 4 sudah cukup untuk membawa pasukan TDP3 ke peringkat suku akhir. 

 Pada peringkat suku akhir, pasukan TDP3 sudah keletihan akibat tiada permain gentian mengakibatkan pasukan TDP3 tewas kepada pasukan Putra Kapar dengan jaringan 2-1. Pada penentuan tempat ke 3 dan 4 pasukan TDP3 melepaskan tempat ke 3 kepada pasukan TCS Junior A selepas tewas dengan jaringan panalti 3-1. 

 Tahniah kepada pasukan B12 TDP3 dan jurulatih En. Shukor diatas percapaian yang amat membanggakan. Walaupun turun sebagai pasukan underdog, pasukan B12 TDP3 telah membuka mata banyak pasukan lain. JIka ada pasukan yang hendak menjemput untuk perlawanan persahabatan boleh menghubungi En. Shukor di talian 0196486262.

Jemputan Majlis Kesyukuran, Tahlil dan Khatan oleh Kak Ani

on Tuesday, November 20, 2012



Jemputan Majlis Kesyukuran, Tahlil dan Khatan oleh Kak Ani dan suami pada 25 november 2012 di rumah mereka no 11 Jalan Meranti Putih 9B. Majlis Tahlil akan bermula jam 11 pagi. Jom ramai ramai raikan majlis kak Ani dan suami.

p/s: kepada yang hendak mengadakan sebarang majlis, diharap dapat maklum dengan awal kepada setiausaha En. Rahim supaya tidak bertembung dengan lain lain majlis dan aktiviti.

MP3 Kuliah Perdana oleh Ustaz Azhar Idrus di Masjid Asy Syarif Meru

on Monday, November 19, 2012


Kepada yang tidak berkesempatan ke Kuliah Perdana oleh Ustaz Azhar Idrus sempena Halal Fest di Masjid Asy syarif Meru pada 11 november yang lalu, boleh muatturun kuliah bertajuk “halal haram dalam islam” dalam bentuk MP3. Muatturun dan simpan dalam thumdrive , boleh main dalam kereta sekali sekala daripada asyik dengar musik sahaja ada juga manafaatnya. Moga berguna.
MP3 Ustaz Azhar Idrus - Halal Haram dalam Islam (sesi ceramah)klik disini
MP3 Ustaz Azhar Idrus - Halal Haram dalam Islam (sesi soal jawab)klik
disini

pasukan Futsal Taman Desa Permai 3 bawah 12 tahun

on Sunday, November 18, 2012


Kini giliran pasukan Futsal Taman Desa Permai 3 bawah 12 tahun (TDP3 B12)pula akan menyertai pertandingan futsal.  Pasukan futsal TDP3 B12 kini giat berlatih siang dan malam, panas dan hujan dibawah bimbingan jurulatih En. Syukur. Pertandingan akan berlangsung di KEY-PICK D'FUTSAL Jalan jabar off jalan manan, Meru pada hari sabtu ini 24 november 2012. Kepada yang berkelapagan boleh turun untuk memberi sokongan kepada anak-anak TDP3. Moga Berjaya. 

Jadual perlawanan bola sepak Piala Suzuki AFF 2012

on Thursday, November 15, 2012


Jadual perlawanan bola sepak Piala Suzuki AFF 2012 buat peminat bolasepak di TDP3. Kejohanan akan bermula dari 24 november hingga 22 disember 2012. Pasukan Malaysia berada didalam kumpulan B bersama pasukan Indonesia dan Singapura. TANAH TUMPAHNYA DARAHKU!!
@ tdp3 fasa
1&2
@tdp3 fasa 1&2

Jemputan Kenduri Khairul Faszeli

on Tuesday, November 13, 2012


Jiran baru kita, Khairul Faszeli menjemput semua penduduk TDP3 fasa 1&2 ke kenduri kesyukuran menduduki rumah baru dan juga harijadi anak lelaki beliau pada 17 november 2012 di no 1 Jalan Meranti Putih 10A. Bacaan doa selamat akan bermula jam 12 tengah hari. Jom ramai-ramai raikan jiran baru kita.

Salam Ma’al Hijrah 1434H


Selamat menyambut tahun baru 1434hijrah bersamaan  15 november 2012masihi  kepada semua penduduk Taman Desa Permai 3 Fasa 1&2 dan seluruh umat islam.

Akhirkan tahun 1433h dengan membaca doa akhir tahun selepas waktu Asar dan baca doa awal tahun selapas waktu Maghrib pada 14 november 2012, moga kita diberkatiNya sepanjang tahun, Amin.

Semua masjid dan surau biasanya akan mengadakan majlis bacaan doa akhir dan awal tahun. Bagi surau yang paling dekat dengan taman kita iaitu surau Haji Kamaruddin, majlis akan bermula jam 6.45 petang.

Bagi peringkat kebangsaan sambutan Ma’al Hijrah tahun ini bertemakan “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”. Tema ini mengambil pendekatan sepertimana yang termaktub dalam Piagam Madinah yang dipersetujui Rasulullah SAW dengan masyarakat bukan Islam. . Perlembagaan Madinah mempertahankan kebebasan beragama untuk semua, keadilan kepada semua dan melindungi kaum minoriti untuk mengamalkan pegangan dan budaya mereka. . Ia menyerlahkan semangat  toleransi beragama apabila orang Islam dan bukan Islam saling faham memahami, saling berkerjasama dan hidup secara harmoni.

Sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan akan dilangsungkan di Putrajaya, Seramai 4,500 peserta dari 143 kontinjen bakal menyertai Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1434 Hijrah/2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).


Happy Deepavali

on Sunday, November 11, 2012


Selamat menyambut Deepavali kepada penduduk Taman Desa Permai 3 yang beragama hindu.

Perjumpaan YDP MPK Bersama Pengerusi TDP3 fasa 1&2

on Thursday, November 8, 2012

Pada 29 oktober  yang lalu pengerusi taman kita, encik Suhaimi haji ahmad telah dipanggil oleh Majlis Daerah Klang ( MPK ) untuk bersama Yang Dipertua (YDP) MPK,  Mohd Ikhsan Bin Mukri membincangkan mengenai permohonan persatuan kita untuk membina bonggol tambahan. Permohonan bonggol tambahan ini terpaksa dibuat kerana masih terdapat penduduk dan juga orang luar yang memandu kereta atau menunggang motosikal terlalu laju didalam taman kita. Sebagaimana yang telah diingatkan kepada semua, had laju didalam kawasan perumahan ialah 30kmj sahaja. Sebelum pekara yang tidak diingini berlaku, pihak persatuan mengambil tindakan proaktif dengan memohon bonggol tambahan daripada pihak berkuasa tempatan.

Berikut adalah surat permohonan yang telah dihantar kepada MPK.


Garispanduan pembinaan bonggol daripada MPK


Gambar Gotong-royong 2.0 2012 TDP3 Fasa 1&2

on Monday, November 5, 2012


Perasmian oleh pengerusi En. Suhaimi dan bacaan doa Ustaz Amin
Gambar gotong-royong sekitar taman
 
 
Gambar gotong –royong di Kabin persatuan
Gambar gotong-royong memasak oleh kaum ibu
Gambar jamuan tengahhari
Peralatan dari MPK dan lori 1tan Encik Agus.
Terima kasih dan syabas kepada semua yang hadir termasuk rakan-rakan dari jalan Meranti Putih 10A&B.

Video Program Baraan Aiduladha TDP3 Fasa 1&2 2012.

on Thursday, November 1, 2012


Video Program Baraan Aiduladha TDP3 Fasa 1&2 2012. Pada setiap rumah, takbir akan dipimpim oleh orang yang berbeza dari pelbagai peringkat usia. Takbir pada video dipimpim oleh anak en. Rahim