@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
KLIK DISINI

Penubuhan Skim Rondaan Sukarela KRT TDP3

on Thursday, June 27, 2013

@tdp3 fasa
1&2

Skim Rondaan Sukarela

Skim Rondaan Sukarela ataupun lebih dikenali sebagai SRS adalah satu cabang di dalam sesuatu organisasi Rukun Tetangga. Skim Rondaan Sukarela ini ialah suatu skim yang dipohon oleh pemastautin sukarelawan di bawah Peraturan 27A, Peraturan-Peraturan Perlu Rukun Tetangga 1975, Pindaan 1988.

Skim ini dikendalikan oleh Biro Keselamatan yang merupakan salah satu jawatankuasa di dalam Rukun Tetangga Taman Desa Permai 3 (KRT TDP3)  manakala rondaan pula dilaksanakan oleh peronda-peronda yang berdaftar di sebahagian atau keseluruhan kawasan rondaan yang telah pun diwartakan.

Skim Rondaaan Sukarela dijalankan sebagai salah satu langkah untuk menjaga keselamatan dalam KRT TDP3 disamping mambantu pihak Polis dalam usaha untuk mengelak daripada berlakunya kejadian  jenayah didalam TDP3 .

Sehingga Disember 2009 sebanyak 187 KRT di seluruh negeri Selangor telahpun menjalankan Skim Rondaan Sukarela ini dan sebahagian besarnya telahpun berjaya mengurangkan kadar jenayah di kawasan masing-masing.

Biro Keselamatan KRT TDP3 menjemput semua penduduk TDP3 berumur 18 tahun ke atas untuk menyertai SRS ini dengan hadir ke Kabin Gerakan TDP3 pada 28 jun 2013 ( jumaat malam sabtu ) jam 11 malam.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:  
  • Ketua Biro Keselamatan - En. Sharul Bakri Bin Ismail 019-301 5493
  • Penolong Ketua Biro Keselamatan - Nor Azmi Bin Hamzah 017-663 2875 
  • Pengerusi  KRT TDP3 - Mohd Fauzi Bin  Mat Isa 013-667 9487.

Soalan Lazim

S: Apakah itu Skim Rondaan Sukarela (SRS)?
J:  Skim Rondaan Sukarela (SRS) adalah suatu rancangan / skim yang dikendalikan oleh pemastautin sukarela yang mendiami Kawasan-Kawasan Rukun Tetangga demi menjaga keselamatan kawasan kejiranan mereka melalui aktiviti kawalan dan rondaan.

S: Apakah syarat-syarat untuk menubuhkan Skim Rondaan Sukarela (SRS)?
J: Syarat-syarat untuk menubuhkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) adalah seperti berikut :
a) Terdapat permintaan oleh sekurang-kurangnya 20 orang penduduk yang tinggal di dalam Kawasan Rukun Tetangga.
b) Berumur 18 tahun ke atas.
c) Warganegara Malaysia. Bukan warganegara boleh terlibat di dalam Skim Rondaan Sukarela (SRS) dengan syarat hendaklah memiliki dokumen perjalanan yang sah.

S: Bagaimana saya ingin menubuhkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) di kawasan tempat tinggal saya?
J: Skim Rondaan Sukarela (SRS) boleh dipohon oleh sekurang-kurangnya 20 orang pemastautin sukarela berumur18 tahun ke atas dan mendiami di dalam Kawasan Rukun Tetangga dengan melengkapkan Bahagian A Borang Enam yang boleh diperolehi daripada Pejabat Perpaduan Daerah / Bahagian di seluruh negara.Borang permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Rukun Tetangga untuk ditandatangani dan Pengerusi Jawatankuasa Rukun Tetangga seterusnya akan menghantar permohonan kepada Pegawai Perpaduan Daerah / Bahagian untuk semakan sebelum dimajukan kepada Pengarah Perpaduan Negeri untuk sokongan dan akhirnya kelulusan oleh Ketua Pengarah Rukun Tetangga.

S:Berapakah tempoh masa yang diambil untuk sesebuah Skim Rondaan Sukarela (SRS) diluluskan?
J: Jika semua maklumat yang dikemukakan adalah benar, betul dan tepat, maka, kelulusan boleh diperolehi dalam tempoh masa seminggu dari tarikh permohonan sampai di ibu pejabat.

S: Bagaimana cara untuk mengendalikan aktiviti rondaan?
J: Anggota-anggota peronda boleh merujuk kepada Buku Panduan Pengendalian Skim Rondaan Sukarela kaedah dan prosedur untuk melakukan aktiviti rondaan.

S: Adakah pihak-pihak yang meronda di bawah Skim Rondaan Sukarela (SRS) layak diberi cuti rehat setelah selesai menjalankan tugas rondaan?
J: Anggota perkhidmatan awam yang menjalankan tugas rondaan mulai jam 12.00 malam untuk tempoh sekurang-kurangnya empat (4) jam berturut-turut layak dipertimbangkan pemberian pelepasan bekerja oleh Ketua Jabatan masing-masing. Tempoh pelepasan bekerja adalah bersamaan 4 jam sahaja dan selepas tempoh tersebut, anggota perkhidmatan awam dikehendaki melapor diri bertugas di pejabat masing-masing. Kemudahan pelepasan bekerja belum lagi dipanjangkan kepada sektor swasta dan oleh yang demikian, anggota peronda boleh memohon budi-bicara majikan masing-masing untuk mendapatkan pelepasan bekerja.

S: Adakah peralatan rondaan disediakan kepada peronda-peronda semasa menjalankan tugas rondaan?
J: Peronda-peronda yang bertugas menjalankan tugas rondaan akan dibekalkan dengan baju vest, topi, lampu picit, wisel, baton light, peti pertolongan cemas, rotan dan baju hujan. Peralatan di atas hendaklah disimpan oleh Jawatankuasa Skim.

S: Apakah kuasa yang ada kepada peronda-peronda semasa mereka menjalankan tugas rondaan?
J: Menurut Peraturan 27I [peraturan-Peraturan Perlu (Rukun Tetangga)1975(Pindaan)1988] menjelaskan bahawa anggota peronda semasa menjalankan tugas rondaan di dalam kawasan yang dibenarkan meronda disifatkan sebagai pegawai polis berpangkat konstabel dengan syarat semasa menjalankan tugas rondaan tertakluk kepada arahan dan kawalan Pengarah, Jawatankuasa Skim dan Ahli Jawatankuasa Skim.

S: Adakah anggota peronda diberi kuasa melakukan tangkapan?
J: Peronda yang menjalankan tugas rondaan dibenarkan melakukan tangkapan (citizen arrest) sebagaimana termaktub di bawah Seksyen 27 Kanun Prosedur Jenayah iaitu menangkap mana-mana orang yang melakukan kesalahan boleh tangkap dan tidak boleh dijamin, yang berlaku pada pandangannya (depan mata) dan menyerahkan orang yang ditangkap kepada pegawai polis yang hampir sekali atau menghantar orang yang ditangkap ke balai polis yang berhampiran sekali.

S: Apakah bentuk perlindungan yang diberi kepada anggota-anggota peronda jika berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti kemalangan atau kecederaan?
J: Semua anggota peronda Skim Rondaan Sukarela (SRS) di beri perlindungan insuran kemalangan diri berkelompok 24 jam dengan faedah-faedah berikut :
  • Kematian akibat kemalangan = RM 19,000.00
  • Keilatan kekal akibat kemalangan = RM 19,000.00
  • Perbelanjaan perubatan (maksimum) = RM 500.00
  • Elaun Harian Hospital = RM 20.00 sehari (maksimum 30 hari)
  • Khairat Kematian (akibat kemalangan)   = RM 1000.00


Gambar Jogathon TDP3 2013.

on Monday, June 17, 2013

Sedikit gambar kemeriahan jogathon KRT TDP3 2013 untuk dikongsi bersama.

@tdp3 fasa 1&2
@KRT TDP3
@KRT TDP3
@KRT TDP3
@KRT TDP3
@KRT TDP3
@KRT TDP3
@KRT TDP3
@KRT TDP3
@KRT TDP3
@KRT TDP3
@KRT TDP3
@KRT TDP3
@KRT TDP3
@KRT TDP3
@KRT TDP3
SEMOGA BERJOGATHON LAGI TAHUN DEPAN.

Pendaftaran murid PraSekolah 2014

on Wednesday, June 12, 2013

Makluman kepada semua penduduk Taman Desa Permai 3, Pendaftaran murid PraSekolah tahun 2014 bagi sekolah Kebangsaan Sungai Binjai kini dibuka. Tahun ini hanya 4 kelas sahaja yang disediakan dengan 25 murid setiap kelas.

Bagi penduduk yang minat bolehlah muaturun borang dibawah dan hantar ke sekolah sebelum September 2013.

Syarat-syarat kemasukan adalah seperti berikut:

Muaturun Borang Permohonan Disini klik untuk
muaturun borang

Lihat Carta Alir Permohonan klik untuk
lihat carta alir

Jogathon TDP3 2013

on Tuesday, June 11, 2013


Biro Sukan KRT Taman Desa Permai 3 akan menganjurkan Jogathon peringkat TDP3 pada 16 jun 2013. Jogathon adalah terbuka kepada semua penduduk TDP3.

Sepuluh kategori akan dipertanding meliputi semua peringkat umur, dari kanak hingga dewasa lelaki dan wanita. Penyertaan masih dibuka sehingga hari pertandingan. Segala pertanyaan boleh hubungi ketua Biro Sukan En Shukor  di talian 019 648 6262 atau jawatan kuasa pertandingan, En Yus 012 353 4427, En Hafiz 019 315 1274 dan En. Khairil 019 395 7917.

Penduduk Sihat, TDP3 Hebat.


Ceramah sempena sambutan Israk Mikraj kariah Surau Haji Kamaruddin

on Thursday, June 6, 2013


Ceramah israk mikraj mengikut sudut sains yang disampaikan oleh Ustaz Zawawi sempena sambutan Israk Mikraj  peringkat kariah Surau Haji Kamaruddin Jalan Jambu pada 6 jun 2013.

Sedikit sedutan Ceramah  


Memo sumbangan Majlis Israk Mikraj Surau Haji Kamaruddin.

on Sunday, June 2, 2013

Mohon sumbangan dari anak khariah Surau Haji Kamaruddin untuk Majlis Israk Mikraj pada 6 jun 2013.

Untuk Makluman semua sebanyak 63 orang penduduk TDP3 telah mendaftar sebagai anak khariah Surau Haji Kamaruddin melalui Persatuan Penduduk TDP3 fasa 1&2 pada 4 mac 2013 yang lalu.