@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
KLIK DISINI

Pertandingan Bowling Tertutup TDP3 fasa 1&2

on Wednesday, May 30, 2012

Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3 fasa 1 dan 2 menganjurkan pertandingan bowling secara tertutup bagi penduduk Taman Desa permai Fasa 1 dan 2 bagi mengeratkan lagi siraturrahim diantara penduduk dan juga memenuhi aktiviti sukan persatuan.

Butiran
Ketegori : Perseorangan lelaki dan wanita
Tarikh : 1Julai 2012*
Masa : 2 petang *
Tempat : Ole Ole Seksyen 18 Shah Alam
Yuran : RM 15 setiap peserta
Hadiah : Piala Iringan bagi setiap ketegori

Syarat Dan Peraturan
• Terbuka kepada penduduk TDP3 fasa 1 dan 2 berumur 12 tahun keatas sahaja
• Penyertaan terhad kepada 24 peserta pertama sahaja
• Yuran penyertaan hendaklah di sertakan bersama borang penyertaan
• Yuran yang telah dibayar tidak akan dikembalikan
• Hadiah piala iringan bagi johan, naib johan dan tempat ketiga bagi setiap ketegori.
• Hadiah saguhati bagi semua peserta yang tidak menang.
• Peserta dikehendaki membawa stokin sendiri
• Borang penyertaan hendahlah diserahkan kepada
En. Khairil di No 36 Jalan Meranti Putih 9B
• Tarikh tutup penyertaan adalah 20 jun 2012
• Keputusan penganjur adalah muktamat
• Pertanyaan sila hubungi :
o En. Rahim – 012 6995358
o En. Fauzi – 013 6679487
o En. Rostam – 012 6322915

* tertakluk kepada kekosongan jadual pusat bowling ole ole


Hari Tanpa Tembakau Sedunia – Mei 31


Hari ini merupakan Hari Tanpa Tembakau Sedunia yang disambut setiap tahun pada 31 Mei. Ia dianjurkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Setiap tahun, Hari Tanpa Tembakau Sedunia diadakan untuk menyedarkan orang ramai tentang keburukan merokok. WHO sendiri telah mengeluarkan fakta-fakta tentang bahaya merokok secara pasif. Asap rokok telah dikelaskan sebagai bahan kanser kumpulan A pada manusia yakni kumpulan yang paling bahaya. Kesan jangka pendeknya seperti masalah bau, kerengsaan pada mata, hidung dan kerongkong, pening kepala serta batuk. Mereka yang terdedah kepada asap rokok secara pasif untuk satu jangka masa lama akan mengalami gangguan pada paru-parunya.

Memo Majlis Ceramah Motivasi " Ibu Bapa Cemerlang"

on Sunday, May 27, 2012

Memo ceramah motivasi yang berlangsung pada 23 jun 2012. Bersama sama kita menjayakan aktiviti ceramah motivasi ini.

Selamat Cuti Sekolah dari TDP3 fasa 1&2



Selamat bercuti kepada anak anak Taman Desa Permai 3 fasa 1dan 2. Kepada ibubapa yang membawa anak anak pulang ke kampung atau pergi bercuti, berhati hati dijalan raya. Selepas cuti persekolahan nanti banyak aktiviti taman telah dirancang. Kami doakan selamat pergi dan pulang.

VIDEO JAMUAN GOTONG ROYONG TDP3 FASA 1 DAN 2 2012 PART 1&2

on Thursday, May 24, 2012

Video jamuan gotong royong bahagian 1 dan 2.



VIDEO GOTONG ROYONG TDP3 FASA 1 DAN 2 2012 PART 2

Video gotong royong 2012 bahagian 2 , Video bahagian 1 klik sini

p/s harap harap video ni belum basi..



Video bahagian 1 klik sini

Ceramah Motivasi Tanpa Pemimpin Politik


Program Ceramah Motivasi “Ibu Bapa Cemerlang” yang akan diadakan pada 23 jun 2012 nanti tidak akan melibatkan mana mana pemimpin parti politik secara langsung. Pekara ini telah pun diputuskan semasa perjumpaan AjK Persatuan Penduduk Taman Desa permai 3 fasa 1 dan 2 (PPTDP3F1&2) yang berlangsung pada 13 may 2012 yang lalu. Pihak PPTDP3F1&2 memahami terdapat pelbagai fahaman politik didalam taman kita dan PPTDP3F1&2 menghormatinya. Jika kita menjemput pemimpin politik dalam suasana politik sekarang, dikuatiri mereka tetap akan cuba menyelit sedikit sebanyak masej politik dalam ucapan mereka . PPTDP3F1&2 tidak mahu penduduk berpecah belah hanya disebabkan oleh berbeza fahaman politik.

Perjumpaan AJK TDP3 fasa 1 dan 2 kali ke 3 2012

on Monday, May 14, 2012


Perjumpaan Ahli jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3 Fasa 1&2 kali ke3 bagi tahun 2012 telah berlansung pada 13 may 2012 bermula jam 9 malam. Pada mulanya Perjumpaan telah dirancang diadakan pada 30hb april 2012 namum terpaksa ditunda kerana menghormati pemergian ayahanda sahabat kita Aiman pada hari tersebut .

Perbincangan telah dipengerusikan oleh Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3 Fasa 1 dan 2 iaitu En. Suhaimi Ahmad dan dihadiri oleh ajk ajk yang lain.


Perjumpaan dimulakan dengan ucapan tahniah dan perhargaan kepada seluruh penduduk TDP3 fasa 1&2 diatas kejayaan program BBQ perdana yang telah berlangsung pada hari sabtu 7 april 2012.

Pengerusi juga mengingatkan kepada semua tentang Khairat Kematian. Khairat Kematian bagi taman kita akan dikutip setiap kali ada kematian atau setahun sekali jika tiada kematian. Dalam hal ini, khairat kematian akan dikutip sekali lagi bagi tahun ini selepas kematian ayahanda Aiman tempoh hari.

Perbincangan utama pada perjumpaan kali ini ialah perbincangan perlaksanaan Majlis Ceramah Motivasi seperti mana yang telah dirancang semasa perjumpaan kali pertama bagi membicangkan program program yang akan diadakan sepanjang tahun 2012 pada 28 januari 2012. Hasil daripada perbincangan ini, semua ajk telah bersetuju untuk mengadakan Majlis Ceramah Motivasi ini pada 23 jun 2012 iaitu hari sabtu malam. Perceramah yang akan dijemput ialah Tuan Haji Soder dan tajuk yang telah dipersetujui ialah 'Ibu Bapa Cermerlang' . Butiran penuh mengenai Majlis ceramah Motivasi ini akan di Update sedikit masa lagi..

Selamat Hari Ibu



Selamat Hari Ibu dari kami bapa dan juga anak anak Taman Desa Permai 3 Fasa 1 dan 2. Jasa Dan pengorbanan kaum ibu kepada kesejahteraan keluarga dan Taman Desa Permai 3 amat kami hargai.. Terima kasih kaum ibu.




POSHayat insurans untuk rakyat

on Thursday, May 10, 2012

Penduduk penduduk yang belum mempunyai insuran, mungkin boleh ambil insuran POSHayat ni.





“beringat sebelum kena dan berjimat sebelum habis ”

AYAHANDA AIMAN MENINGGAL DUNIA

on Tuesday, May 1, 2012

Dukacita dimaklumkan, seorang lagi penduduk taman kita telah kembali ke Rahmatullah iaitu ayahanda kepada sahabat kita, saudara Aiman. Allahyarham telah meninggal dunia di rumah beliau no 11 Jalan Meranti Putih 9B pada petang isnin 30hb april 2012. Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumi pada hari selasa 1hb may 2012 di tanah perkuburan islam meru kira kira jam 10 pagi.

Saudara Aiman menjemput seluruh penduduk Taman Desa Permai 3 untuk sama sama membaca Tahlil dirumahnya selama 3 malam.

Pihak Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3 Fasa 1 dan 2 mengucapkan takziah kepada saudara Aiman sekeluarga. Pihak persatuan juga telah menunda perjumpaan ahli jawatankuasa yang dijadual pada malam 30hb april 2012 ke tarikh yang akan diberitahu kelak.

Alfatihah.