@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
KLIK DISINI

Apa itu H1N1

on Friday, July 31, 2009

Penerangan ringkasan menengenai Influenza A (H1N1) atau Selesema Babi

'H' bermaksud Hemagglutinin protein
'N' bermaksud Neuraminidase protein

H1N1 adalah sejenis spesis dalam golongan Influenza A virus.Telah mengalami pelbagai jenis mutasi dan hidup dalam badan manusia dan haiwan. Terdapat 16 jenis avian lain lagi.Penyakit berbahaya ini mula menjadi popular apabila dilaporkan lebih 80 orang telah mati di Veracruz, Mexico akhir April 2009. Kemudian ia terus menyerang dengan pantas dan beberapa kematian lagi dilaporkan di New York, Kanada, New Orleans dan Israel.

Swine Flu atau selsema babi bukanlah penyakit baru, ianya telah pun dijumpai pada lewat 1918 di Sepanyol dahulu. Tetapi pada ketika itu, jangkitan hanya merebak dikalangan individu-individu yang terlibat dengan perusahaan khinzir sahaja hanya sedikit terkena kepada orang awam.

Kebanyakan kes selesema babi yang disebabkan virus H1N1 - yang menggabungkan genetik babi, burung dan manusia, berlaku di kalangan golongan yang berumur 45 tahun ke bawah.

Maka benarlah ia merupakan tanda-tanda akhir zaman dan alam ini menghampiri ke penghujungnya. Sesuatu benda akan pasti mati dan musnah dan alam ini pasti juga musnah. Tanda-tanda kiamat kecil sudah ada kesemuanya, yang belum muncul hanyalah tanda-tanda besar.Wallahualam

berikut adalah gejala dan langkah langkah yang pencegahan perlu diambil

gerai makanan petang

Penat balik kerja? mana nak cari makanan untuk minum petang?

Sekarang kita boleh beli makanan untuk minum petang dihadapan rumah sahabat kita En. Nawawi No4, Jalan Meranti Putih 9B, Fasa 4.

Makanan dijual seperti goreng pisang , keropok lekor, nugget, air sirap dan macam lagi.
Nyum nyum... jom support komuniti kita.

Program Gotong royong Perdana

on Wednesday, July 29, 2009

Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Aturcara Program:

  • 07:30 am : Berkumpul di padang mainan TDP3
  • 07:45 am : Taklimat oleh Pengerusi Pengerusi Persatuan Penduduk TDP3
  • 08:00 am : Gotong Royong membersihkan kawasan taman mainan
  • 10:00 am : Rehat / jamuan ringan
  • 10:30 am : Gotong Royong membersihkan kawasan blok masing masing
  • 12:00 am : Gotong Royong dijangka tamat



Dynamic Blinkie Text Generator at TextSpace.net

majlis bacaan yasin dari rumah ke rumah ( norizam)

on Saturday, July 25, 2009

Rumah pertama fasa 4 yang penulis berpeluang hadiri dan ambil gambar iaitu dirumah En. Norizam pada 25 julai 2009 selepas insyak. En. Norizam adalah AJK kecil Persatuan Penduduk TDP3 iaitu sebagai Ketua blok.

Bermula di rumah En. Norizam juga diadakan laungan azan didalam rumah. Selepas ini semua rumah yang menyertai program bacaan yasin ini akan diazankan oleh Ustaz khalid.
Gambar kenangan kenangan, klik pada gambar untuk paparan besar.
Tuan rumah, En Norizam

membincangkan sesuatu dengan Ustaz khalid
semasa majlis dilangsungkan
kaum ibu didalam rumah yang cantik
juadah yang disediakan untuk para tetamu, macam macam ada!
tetamu menjamu selera
peluang untuk beramah mesra antara kita

majlis bacaan yasin dari rumah ke rumah ( Agus )

Setelah beberapa majlis bacaan yasin dari rumah ke rumah saya tidak dapat hadiri kini saya berpeluang ke majlis rumah En. Agus pada 18 julai yang lalu.


Insyaallah selepas ini ada 2 orang moderator baru akan menyertai saya mengemaskini blog rasmi TDP3 ini, diharapkan tiada lagi majlis yang ketinggalan.

'Pecah rekod' kata seorang sahabat kita bila tetamu yang hadir pada itu turut memenuhi sehingga ke rumah En. Rahim. Terima pada semua yang hadir.
sedikit gambar kenang kenangan ( klik pada gambar untuk paparan besar)


tetamu yang hadir
kaum ibu yang turut hadir
bacaan yasin dan tahlil
hadirin menjamu selera
hingga ke depan rumah ustaz Khalid
majlis yang merapatkankan lagi siraturrahim anda penduduk

Mesyurat persatuan kali ke dua

on Friday, July 24, 2009

Mesyuarat persatuan penduduk TDP3 kali ke dua telah dilangsungkan pada 10 julai yang lalu bermula kira kira jam 9.30 malam.Kali ini mesyuarat dilangsungkan di padang badminton TDP3.


Mesyuarat kali pertama dahulu dilangsungkan dirumah tuan pengerusi majlis pada 20 april 2009.

Mesyuarat kali ini juga adalah kali pertama semenjak kemasukan penduduk dari fasa 3 dan 4 kedalam Persatuan Penduduk TDP3.

Turut diedarkan pada malam 10 julai juga adalah minit mesyuarat kali pertama, senarai penuh AJK dan AJK Kecil dan laporan kewangan.

Mesyuarat dimulakan dengan kata kata aluan dari Pengerusi diikuti dengan perbentangan kutipan bulanan oleh setiap ketua blok. Pembentangan laporan kewangan penerimaan dan perbelanjaan dilakukan oleh Bendahari iaitu En. Rosnizam dan Timbalan Bendahari En. Azizi.

Isu isu yang dibincangkan didalam mesyuarat tersebut akan diedarkan melalui minit mesyuarat kedua oleh Setiausaha En Abd Rahim kelak.



semasa mesyuarat dilangsungkan.


ahli jawatankuasa




SENARAI PENUH AHLI JAWATANKUASA

ajk kecil




SENARAI AHLI JAWATANKUASA KECIL ( KETUA BLOK )





Kenali Ketua blok Anda