@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
KLIK DISINI

Borang balik kampung Aidilfitri 1434h

on Wednesday, July 31, 2013


Seperti mana tahun-tahun sebelum ini, Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3 Fasa 1 dan 2  akan mengedarkan borang balik kampung sebagai salah satu langkah tambahan untuk keselamatan rumah kita. Borang tersebut diserahkan kepada balai polis Meru untuk perhatian pihak polis. Borang tersebut hendaklah diisi dan dihantar kepada ketua blok masing masing dengan kadar segera.

Borang balik kampung juga boleh dimuatturun dengan klik disini

Gambar Program Bubur Lambuk KRT TDP3

on Monday, July 29, 2013

Gambar sekitar Program Bubur Lambuk KRT TDP3 pada 28 julai 2013 bersamaan 19 Ramadhan 1434h.

2 periuk besar bubur lambuk yang menghasilkan lebih 200 bungkus dapat disiapkan oleh lebih 20 orang penduduk yang hadir. Bubur lambuk diedarkan keseluruh TDP3.

@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2

Program Bubur Lambuk TDP3 2013

on Thursday, July 25, 2013

@tdp3 fasa 1&2

Gambar Majlis Berbuka Puasa Dan Solat Terawih TDP3 2013

Gambar Sekitar Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih Taman Desa Permai 3 anjuran Biro Agama KRT TDP3 pada 20 julai 2013 bersamaan 11 Ramadhan 1434h.

Terima kasih kepada semua penduduk yang hadir, Syabas kepada AJK yang bertungkus lumus.
Terima kasih juga kepada semua yang menyumbangkan makanan.

@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2

@tdp3 fasa 1&2

Majlis Berbuka Puasa Dan Solat Terawih Berjemaah TDP3 2013

on Monday, July 15, 2013


@tdp3 fasa 1&2

Pihak Biro Agama Kawasan Rukun Tetangga Taman Desa Permai 3 (KRT TDP3) dengan segala hormatnya ingin menjemput semua penduduk TDP3 beragama islam ke Majlis Berbuka Puasa dan Solat Sunat Terawih Berjemaah seperti ketetapan berikut:

Tarikh      : 20 Julai 2013m/ 11 Ramadhan 1434h ( Sabtu )
Tempat    : Padang Permainan TDP3
Pakaian   : Pakaian bersesuaian dan bawa sejadah sendiri
Makanan : Sumbangan Mengikut Blok Masing-masing ( pot luck )
                  sila berhubung dengan ketua blok  masing-masing

Atucara majlis adalah seperti berikut:

4.30 petang :  Persiapan Tempat dan Peralatan Majlis
6.00 petang :  Persiapan Penyedian Juadah
7.00 petang :  Tazkirah Ramadhan
7.33 malam :  Azan Maghrib dan Berbuka Puasa
7.38 malam :  Solat Fardhu Maghrib Berjemaah
                    :  Majlis Makan Malam
8.46 malam :  Azan Isyak dan Solat Isyak Berjemaah
                    :  Solat Sunat Terawih Berjemaah
                    :  Majlis Bersurai

Semoga kehadiran semua penduduk TDP3 dapat menambah keberkatan majlis tersebut.


@tdp3 fasa 1&2

Informasi Surau Hj Kamaruddin

on Tuesday, July 9, 2013

INFORMASI SURAU HJ KAMARUDDIN
RAMADHAN 2013/1434H

1.    Solat sunat terawih akan diimamkan oleh imam hafiz.

2.    Program taskirah akan diadakan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa dan tertakluk kepada pindaan.

3.    Pada setiap malam diadakan tazkirah, solat terawih akan dilakukan 8 rakaat + 3 rakaat solat witir.

4.    Tazkirah akan disampaikan dalam jangka masa 15-20 minit selepas solat insyak.

5.    Selepas solat insyak, semua jemaah duduk ditempat masing dan solat sunat ba’diyah selepas itu tazkirah akan disampaikan diikuti dengan solat terawih.

6.     kutipan tabung derma surau akan diadakan sepanjang bulan Ramadhan dan digerakkan selepas selesai solat insyak bermula dari kiri ke kanan.

7.       Bayaran fitrah (RM7.00) dan Sumbangan Tahunan Surau ( RM24.00) akan dimulakan pada 27 julai 2013 ( isnin) mengikut ketetapan berikut:

    ·   05.00 petang -  07.15 malam : Amil Cikgu Tasnimuddin b. Hj   Mohyi 0193345849/0333921561
    ·    Selepas Solat Terawih : Amil 012 3041538

8.     Kepada ahli kariah/individu/berkumpulan yang ingin menyumbang untuk more boleh berhubung dengan Setiausaha surau.

9.       Sebarang maklumat, cadangan atau pandangan sila berhubung terus dengan setiausaha surau - : Amil Cikgu Tasnimuddin b. Hj Mohyi  (0193345849/0333921561)


@tdp3 fasa 1&2

Rayuan Sumbangan Wakaf

@tdp3 fasa 1&2
Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3 Fasa 1&2 (PPTDP3F1&2)  ingin memohon sumbangan dana untuk membeli kerusi dan kipas siling iaitu sebanyak RM25 dari setiap keluarga yang menjadi ahli PPTDP3F1&2  .

Seperti yang telah semua sedia maklum, PPTDP3F1&2 telahpun membeli dua (2) buah kanopi manakala 10 meja telah disiapkan secara gotong royong. Walaubagaimanapun persatuan telah kehabisan dana untuk membeli kerusi dan kipas syiling.

Sumbangan bolehlah disalurkan melalui Ketua Blok masing-masing dengan kadar segera kerana banyak aktiviti yang memerlukan kanopi serta kerusi dan meja akan di jalan oleh pihak persatuan


Apabila  kelengkapan kanopi siap kelak, penduduk bolehlah menggunakan kanopi tersebut untuk kenduri dan sebagainya dengan hanya membayar untuk kos penyelenggaraan dan pemasangan sahaja. Nilai kos tersebut akan diumumkan kelak.

Selamat Berpuasa Ramadhan 1434hijrah

on Monday, July 8, 2013

@tdp3 fasa 1&2

Selamat berpuasa kepada semua penduduk Taman Desa Permai 3, esok 10 julai 2013m bersaman 1 Ramadhan 1434h. Moga dapat jalani rukun islam ketiga ini dengan penuh keikhlasan.


Sedikit Panduan Solat Terawih