@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
KLIK DISINI

Gambar Aktiviti Biro Wanita

on Wednesday, March 27, 2013


Gambar aktiviti Biro Wanita pada 24 Mac 2013 yang lepas. Aktiviti akan datang pada 7 april 2013, diharap lebih ramai kaum ibu adakan menyertai aktivi Biro Wanita ini.
Senamrobik
Kelas Memasak

Gambar Gotong Royong 2013

on Wednesday, March 20, 2013


Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3 Fasa 1 dan 2 (PPTD3F1&2), telah mengadakan Program gotong royong pada 17 mac 2013 yang lalu. Program ini adalah salah satu program tahunan dibawah Biro Keselamatan dan Kesejahteraan Taman PPTD3F1&2.

Tujuan program ini dijalankan  adalah memastikan kawasan TDP3 berada didalam keadaan bersih dan selesa sepanjang masa. Selain daripada itu program ini juga bertujuan memupuk semangat kejiranan disamping mengeratkan lagi tali siratulrahim diantara penduduk.

Program gotong royong ini sertai oleh hampir 100 orang penduduk termasuk termasuk  kaum ibu dari biro wanita. Biro wanita bertanggungjawap dalam penyediaan makanan dan minuman untuk peserta gotong royong.

Gotong royong yang dilakukan ialah membersih longkang, meracun lalang, membersihkan jalan dan mengutip  sampah sarap disekitar kawasan perumahan dan kedai TDP3. Program bermula jam 8 pagi dan berakhir jam 3 petang.

Program gotong royong ini mendapat kerjasama daripada Majlis Perbandaran Klang (MPK)dengan menyediakan Peralatan gotong royong dan tong sampah.

Sedikit gambar untuk tatapan semua
ght="100%" width="100%" />

Giliran Membawa Juadah Malam Jumaat Surau Haji Kamaruddin.

on Friday, March 15, 2013


Untuk makluman semua penduduk TDP3 Fasa 1,2&baru, Taman kita kini menyertai program membawa juadah ke surau Haji Kamaruddin pada malam jumaat. Program membawa juadah ini disertai oleh taman-taman atau anak-anak  kariah didalam kariah surau Haji Kamaruddin mengikut jadual yang dikeluarkan oleh pihak surau. Aktiviti yang dijalankan oleh pihak surau pada malam tersebut ialah membaca surah/tafsir yasin dan tahlil.

Program ini seperti mana membawa juadah untuk morey dibulan puasa.

Keputusan untuk menyertai program surau ini telah dipersetujui oleh semua AJK semasa mesyuarat AJK pada 24 mac 2012 yang lalu.

Bagi tahun 2013/2014 giliran taman kita ialah pada 12 september 2013 dan 06 februari 2014. Kaedah penyediaan makanan akan dibincang dan dimaklumkan kepada penduduk melalui memo apabila tiba masanya nanti.

Gotong Royong TDP3 2013

on Tuesday, March 12, 2013


Untuk makluman dan perhatian semua penduduk TDP3 Fasa 1,2&baru, Aktiviti Gotong Royong yang pertama bagi tahun 2013 akan dilakukan pada 17 mac 2013 nanti. 

Diharap semua penduduk dapat meluangkan masa.

Biro wanita juga akan ada aktiviti yang akan dilakukan pada hari tersebut.

Jemputan Ke Mesyuarat Agung Khas Surau Haji Kamaruddin.

on Monday, March 11, 2013


Sukacita dimaklumkan, selepas pendaftaran penduduk Taman Desa Permai 3 Fasa 1&2 (PPTDP3F1&2) sebagai anak kariah Surau Haji Kamaruddin Jalan Jambu pada 4 mac 2012 yang lalu. Pihak Surau Haji Kamaruddin menjemput semua anak kariah ke Mesyuarat Agung Khas Pencalonan Pegawai dan Jawatankuasa Surau Haji Kamaruddin pada 14 mac 2012 selepas solat  maghrib.

Diharap semua penduduk dapat menghadirkan diri bagi menunaikan tanggungjawap sebagai anak kariah. Lebih elok lagi jika ada wakil dari taman kita sebagai Pegawai atau AJK  Surau Haji Kamaruddin.

Biro Wanita PPTDP3F1&2

on Thursday, March 7, 2013



Biro Wanita Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3 Fasa 1dan2 (PPTDP3F1&2) kembali aktif bermula tahun ini. Biro Wanita bagi tahun 2013/2014 telah diwujudkan kembali semasa mesyuarat AJK PPTDP3F1&2 pada 16 februari 2013, Ustazah Zarina binti Ngadirin dan Puan Nor Anizah binti Jailani sebagai Ketua dan penolong ketua Biro Wanita.

Biro Wanita telah mengadakan mesyuarat bagi perlantikan AJK pada 3 mac 2012 yang lalu. Pelbagai program telah direncanakan untuk kaum ibu TDP3.

Moga dengan penubuhan Biro Wanita ini akan mengeratkan lagi tali siratulrahim dikalangan kaum ibu. Tahniah Biro Wanita PPTDP3F1&2.

Penduduk TDP3 Fasa 1&2 kini anak kariah Surau Surau Haji Kamaruddin



Untuk makluman semua, Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3 Fasa 1&2 (PPTDP3F1&2)  telah mendaftarkan ahli-ahli PPTDP3F1&2 sebagai anak  kariah Surau Haji Kamaruddin Jalan Jambu. Sebanyak 63 borang keahlian telah dihantar pada 4 mac 2012.
Semoga dengan penyerahan borang keahlian anak kariah ini akan merapatkan lagi hubungan penduduk TDP3 dengan anak-anak kariah sekaligus mengimarahkan lagi surau Haji Kamaruddin.