@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
KLIK DISINI

Majlis Solat Hajat dan Penyampaian Sumbangan.

on Friday, February 22, 2013


Alhamdulilah, Solat hajat untuk kesihatan Kak Ana dan juga penyampaikan sumbangan penduduk TDP3 kepada Abang Yop telah Berjaya dilaksanakan pada malam 16 februari 2013.

Untuk pengetahuan semua, majlis tersebut diuruskan sepenuhnya oleh Persatuan Penduduk TDP3 fasa 1&2 termasuk jamuan tanpa membebankan keluarga Abang Yop. Ini adalah salah satu aktiviti persatuan bagi menjaga kebajikan penduduk TDP3. Pihak Persatuan mendoakan agar Kak Ana cepat sembuh.

Terima kasih kepada semua yang membantu, yang menyumbang makanan dan yang hadir pada malam tersebut.

@tdp3 fasa 1&2

Memo Majlis Solat Hajat Untuk Puan Juhana

on Thursday, February 14, 2013


Pihak Persatuan akan mengadakan majlis solat hajat yang ringkas bagi mendoakan agar Puan Juhana binti Jusoh agar cepat sembuh dari penyakit yang dihadapinya.
Majlis adalah seperti berikut:
1.       solat insyak berjemaah.
2.       solat hajat berjemaah.
3.       Penyampaian sumbangan yang telah dikumpul
4.       jamuan ringkas (Sumbangan makanan adalah amat dialu-alukan)
Majlis akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
•                    Tarikh: 16 February 2013 ( sabtu malam ahad)
•                    Masa : 8:30 malam
•                    Tempat : No.32,Jalan Meranti Putih 9B ( rumah abang Zul )
Bersama-samalah kita mendoakan untuk kesihatan isteri abang zul

Sumbangan Derma Ikhlas Untuk Abang Yob

on Wednesday, February 13, 2013


Untuk makluman semua, Isteri kepada Abang Yob, Kak  Ana kini sedang sakit dan masih ditahan di hospital Sungai Buloh. Doktor masih tidak dapat mengesahkan penyakit sebenar  tetapi menyesaki  penyakit barah.

Sehubungan dengan itu, pihak persatuan ingin memohon sumbangan derma ikhlas untuk dihulurkan kepada Abang Yob supaya dapat mengurangkan beban  Abang Yob. ini juga sebagai tanda keperihatian kita.

Sumbangan bolehlah diberi melalui ketua blok masing- masing.

Video sambutan Maulidur Rasul TDP3

on Wednesday, February 6, 2013


Video sambutan Maulidur Rasul Peringkat TDP3 pada 23 november 2013. Sambutan dipimpim oleh Haji Saiful Zaman.

Mesyuarat Agong kali 3

on Tuesday, February 5, 2013


Alhamdulillah, Mesyuarat Agong kali 3 bagi Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3 Fasa 1 & 2 telah selamat berlangsung pada Ahad 3 Februari 2013. Berikut adalah AJK bagi tahun 2013-2014.

PENGERUSI :
Ø  En. Mohd Fauzi
SETIAUSAHA :
Ø  En. Syaiful
BENDAHARI:
Ø  En. Khairil
BENDAHARI KHAIRAT KEMATIAN :
Ø  En. Kuraidi
BIRO KESELAMATAN:
Ø  1. En. Shahrul Bakri
Ø  2. En. Azmi
BIRO SUKAN:
Ø  En.Shukur
KETUA-KETUA BLOK:
Ø  Blok A – En. Syaiful
Ø  Blok B – En. Abdul Rahman
Ø  Blok C –  En. Haji Saiful Zaman
Ø  Blok D – En. Khairol
Ø  Blok E –
Ø  Blok F –  En. Zaidi
Ø  Blok G –  En. Kuraidi
Ø  Blok H – En. Halim
Ø  Blok I –
Ø  Blok J – En. Fairuz
Ø  Blok K – En. Razali
Ø  Blok L –  En. Amir