@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
KLIK DISINI

Gambar Bakar Lemang Blok D 16 sep 2012

on Wednesday, September 26, 2012




Suasana kemeriahan aktiviti gotong royong bakar lemang blok D pada 16 september 2012 yang lalu untuk hidangan majlis Merdeka Raya  TDP3 fasa 1&2. Bakar Lemang lagi untuk Aidiladha nanti?

Program Jalan Jalan Ke KLCC dengan Komuter & LRT

on Monday, September 24, 2012




Program bawa anak anak ke KLCC dengan  menggunakan pengangkutan awam KTM Komuter dan LRT Putra . Program akan dijalankan pada 30 september 2012.

Program bermula jam 9 pagi dengan berkumpul di Jalan Meranti Putih 9B dan bertolak ke Stesen Komuter Pdg Jawa pada jam 9.30 pagi.

Perjalanan dari Padang Jawa ke KL Sentral dengan menggunkan KTM Komuter dan dari KL Sentral ke KLCC dengan menggunakan LRT Putra.

Aktiviti yang dicadangkan di KLCC ialah membawa anak-anak mandi di kolam taman KLCC. Aktiviti lain yang boleh dilakukan disana ialah melihat ikan di Aquaria KLCC, masuk ke pusat sains Petrosains.

Boleh juga bawa makanan-makanan ringkas untuk dimakan di taman KLCC.

Jom beramai-ramai

Video Pemberian Duit Raya Kepada Anak Anak TDP3 Fasa 1&2

on Saturday, September 22, 2012

Video pemberian duit raya kepada anak anak TDP3 Fasa 1&2 semasa Majlis Merdeka Raya pada 16 september 2012 yang lepas.

Gambar Majlis Merdeka Raya TDP3 Fasa1&2

on Thursday, September 20, 2012




Jamuan Merdeka Raya 2012 bagi Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3 (TDP3) Fasa 1&2 Meru, Klang telah berlangsung pada Hari Malaysia baru baru ini.

Majlis berlangsung meriah dengan pelbagai juadah istimewa yang dimasak sendiri secara gotong royong oleh penduduk taman sejak awal pagi. Diantara makanan istimewa tersebutlah ialah lemang, rendang ayam, laksa, mi kari dan banyak lagi.

Majlis tersebut adalah program tahunan yang bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim dan memberi peluang untuk penduduk bermaaf maafan sempena aidilfitri.

Kira kira 300 orang penduduk menghadiri majlis ini. Tiga acara utama didalam majlis ini ialah memberi duit raya kepada kanak kanak, bermaaf maafan dan jamuan makanan.

banyak lagi gambar akan menyunsul...




































Jemputan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri En. Agus

on Thursday, September 13, 2012


En. Agus dan keluarga menjemput semua penduduk TDP3 fasa 1&2 ke majlis rumah terbuka hari raya aidilfitri mereka pada sabtu, 15 september 2012 bermula jam 12 hingga 7 petang. Alamat kediaman mereka ialah No 23, Jalan Meranti Putih 9B.

Perbincangan Jamuan Merdeka Raya 2012 TDP3 Fasa 1&2

on Friday, September 7, 2012

Perjumpaan membincangan majlis jamuan hari raya 2012 telah berlangsung pada 06 September 2012 bermula jam 9 malam bertempat di rumah pengerusi En. Suhaimi. Perjumpaan dihadiri oleh ketua ketua blok dan ajk.

Semua yang hadir sebulat suara bersetuju untuk mengadakan majlis jamuan hari raya pada ahad, 16 september 2012 bersamaan dengan Hari Malaysia. Majlis akan dilangsungkan di padang mainan TDP3 bermula jam 8 malam.

Makanan untuk jamuan pula akan dibuat secara potluck mengikut blok. Berikut adalah cadangan makanan yang di sediakan.

1. Blok A – Mee kari dan Buah Tembikai

2. Blok B – Nasi Lemak dengan Rendang Kerang dan Karipap

3. Blok C –

4. Blok D - Nasi Impit dengan rendang Ayam dan Dadih

5. Blok E – Pasta Bolognese

6. Blok F - Soto Meehun dan bread butter

7. Blok G –

8. Blok H - Nasi Goreng Kumpung dan Lontong

Manakala minuman yang dicadangkan pula ialah air laici dan jimi asmara. Untuk air laici setiap blok dikehendaki menyumbang 2 tin laici dalam sirap

Majlis jamuan hari raya ini dinamakan Jamuan Merdeka Raya

Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus kepada pengerusi dan ketua ketua blok.