@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
KLIK DISINI

Perjumpaan AJK TDP3 Fasa 1&2 kali ke 2 2012

on Tuesday, March 20, 2012

Perjumpaan Ahli jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3 Fasa 1&2 kali kedua telah berlangsung pada 17 mac 2012 bermula jam 9 mlm. Perjumpaan kali ini lebih menjurus kepada perbincangan mengenai program kedua bagi tahun 2012 iaitu BBQ Perdana. Semua AJK telah bersetuju untuk mengadakan program BBQ perdana ini pada hari sabtu 7 april 2012 seperti mana yang telah diusulkan dalam perjumpaan kali pertama yang lalu. Menu BBQ yang telah dipilih ialah ayam, sosej, kerang dan juga jagung. Coslow pula sebagai menu tambahan. Manakala minuman pula akan disediakan oleh setiap blok 1 jenis minuman. Jumlah kutipan pula terpaksa dinaik dari RM10 ke RM20 bagi setiap keluarga. Pada perjumpaan yang pertama dahulu kutipan yang cadangkan ialah RM10 tetapi apabila mengambil kira pengalaman BBQ yang sebelum ini, jumlah kuantiti beberapa menu terpaksa dinaikkan dan juga mengambil kira harga semasa terutamanya ayam jumlah kutipan terpaksa dinaikkan ke RM20. Diharap jumlah kutipan ini tidak membebankan semua penduduk kerana pihak AJK telah berbincang untuk memastikan jumlah makanan yang cukupi dan berbaloi untuk semua penduduk yang mengambil bahagian. Diharap semua penduduk dapat mengambil bahagianbagi mengeratkan lagi talisiratulrahim sesama kita, insyaallah.

0 comments:

Post a Comment

http://tamandesapermai3.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.