Perbincangan Jamuan Merdeka Raya 2012 TDP3 Fasa 1&2

on Friday, September 7, 2012

Perjumpaan membincangan majlis jamuan hari raya 2012 telah berlangsung pada 06 September 2012 bermula jam 9 malam bertempat di rumah pengerusi En. Suhaimi. Perjumpaan dihadiri oleh ketua ketua blok dan ajk.

Semua yang hadir sebulat suara bersetuju untuk mengadakan majlis jamuan hari raya pada ahad, 16 september 2012 bersamaan dengan Hari Malaysia. Majlis akan dilangsungkan di padang mainan TDP3 bermula jam 8 malam.

Makanan untuk jamuan pula akan dibuat secara potluck mengikut blok. Berikut adalah cadangan makanan yang di sediakan.

1. Blok A – Mee kari dan Buah Tembikai

2. Blok B – Nasi Lemak dengan Rendang Kerang dan Karipap

3. Blok C –

4. Blok D - Nasi Impit dengan rendang Ayam dan Dadih

5. Blok E – Pasta Bolognese

6. Blok F - Soto Meehun dan bread butter

7. Blok G –

8. Blok H - Nasi Goreng Kumpung dan Lontong

Manakala minuman yang dicadangkan pula ialah air laici dan jimi asmara. Untuk air laici setiap blok dikehendaki menyumbang 2 tin laici dalam sirap

Majlis jamuan hari raya ini dinamakan Jamuan Merdeka Raya

Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus kepada pengerusi dan ketua ketua blok.


0 comments:

Post a Comment

http://tamandesapermai3.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.