Majlis Solat Hajat dan Penyampaian Sumbangan.

on Friday, February 22, 2013


Alhamdulilah, Solat hajat untuk kesihatan Kak Ana dan juga penyampaikan sumbangan penduduk TDP3 kepada Abang Yop telah Berjaya dilaksanakan pada malam 16 februari 2013.

Untuk pengetahuan semua, majlis tersebut diuruskan sepenuhnya oleh Persatuan Penduduk TDP3 fasa 1&2 termasuk jamuan tanpa membebankan keluarga Abang Yop. Ini adalah salah satu aktiviti persatuan bagi menjaga kebajikan penduduk TDP3. Pihak Persatuan mendoakan agar Kak Ana cepat sembuh.

Terima kasih kepada semua yang membantu, yang menyumbang makanan dan yang hadir pada malam tersebut.

@tdp3 fasa 1&2

0 comments:

Post a Comment

http://tamandesapermai3.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.