Gambar Gotong Royong 2013

on Wednesday, March 20, 2013


Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3 Fasa 1 dan 2 (PPTD3F1&2), telah mengadakan Program gotong royong pada 17 mac 2013 yang lalu. Program ini adalah salah satu program tahunan dibawah Biro Keselamatan dan Kesejahteraan Taman PPTD3F1&2.

Tujuan program ini dijalankan  adalah memastikan kawasan TDP3 berada didalam keadaan bersih dan selesa sepanjang masa. Selain daripada itu program ini juga bertujuan memupuk semangat kejiranan disamping mengeratkan lagi tali siratulrahim diantara penduduk.

Program gotong royong ini sertai oleh hampir 100 orang penduduk termasuk termasuk  kaum ibu dari biro wanita. Biro wanita bertanggungjawap dalam penyediaan makanan dan minuman untuk peserta gotong royong.

Gotong royong yang dilakukan ialah membersih longkang, meracun lalang, membersihkan jalan dan mengutip  sampah sarap disekitar kawasan perumahan dan kedai TDP3. Program bermula jam 8 pagi dan berakhir jam 3 petang.

Program gotong royong ini mendapat kerjasama daripada Majlis Perbandaran Klang (MPK)dengan menyediakan Peralatan gotong royong dan tong sampah.

Sedikit gambar untuk tatapan semua
ght="100%" width="100%" />

0 comments:

Post a Comment

http://tamandesapermai3.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.