Penetapan TDP3 sebagai Kawasan Rukun Tetangga.

on Monday, April 15, 2013





Untuk makluman semua, Pihak Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3 Fasa 1 & 2 telah pun mendaftarkan Taman Desa Permai 3 ( TDP3 )sebagai Kawasan Rukun Tetangga ( KRT ) di Jabatan Perpaduan Negara Dan  Intergrasi Nasional ( JPNIN ).

Bermula 20hb Februari 2013 TDP3 telah menjadi salah satu kawasan KRT  dengan nama KRT Taman Desa Permai 3, Meru, Daerah Klang, Selangor ( KRTTDP3) dengan no notis penetapan RT0026866. Pihak KRTTDP3 juga telah membuka akaun bank di RHB bank Meru dengan no akaun 2-62296-0001030-0.

KRTTDP3 akan menghantar notis makluman kepada semua penduduk  TDP3 diatas penetapan TDP3 sebagai KRT.

Untuk Makluman juga KRTTDP3 belum mendaftar sebagai Skim Rondaan Sukarela ( SRS ) buat masa ini. Insyaallah  KRTTDP3 akan mendaftar sebagai SRS dalam masa beberapa bulan lagi.

0 comments:

Post a Comment

http://tamandesapermai3.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.