@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
KLIK DISINI

Rayuan Sumbangan Wakaf

on Tuesday, July 9, 2013

@tdp3 fasa 1&2
Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3 Fasa 1&2 (PPTDP3F1&2)  ingin memohon sumbangan dana untuk membeli kerusi dan kipas siling iaitu sebanyak RM25 dari setiap keluarga yang menjadi ahli PPTDP3F1&2  .

Seperti yang telah semua sedia maklum, PPTDP3F1&2 telahpun membeli dua (2) buah kanopi manakala 10 meja telah disiapkan secara gotong royong. Walaubagaimanapun persatuan telah kehabisan dana untuk membeli kerusi dan kipas syiling.

Sumbangan bolehlah disalurkan melalui Ketua Blok masing-masing dengan kadar segera kerana banyak aktiviti yang memerlukan kanopi serta kerusi dan meja akan di jalan oleh pihak persatuan


Apabila  kelengkapan kanopi siap kelak, penduduk bolehlah menggunakan kanopi tersebut untuk kenduri dan sebagainya dengan hanya membayar untuk kos penyelenggaraan dan pemasangan sahaja. Nilai kos tersebut akan diumumkan kelak.

0 comments:

Post a Comment

http://tamandesapermai3.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.