Pindaan Tarikh Karnival Sukaneka 2011

on Sunday, December 18, 2011



Karnival sukaneka taman kita terpaksa dipinda ke tarikh 31 disember 2011 bermula jam 2 petang. Karnival sukaneka terpaksa dilangsungkan sehari lebih awal disebabkan oleh terdapat majlis perkahwinan yang akan dilangsungkan pada 1 januari 2012. Persatuan kita hanya mendapat makluman dari jiran kita dirumah bernombor 27 Jalan Meranti Putih 9B mengenai perkahwinan anaknya pada hari ahad 18 disember 2011.

Mungkin ramai yang akan mengalami kesulitan di atas penukaran tarikh Karnival sukaneka ini, tetapi diatas dasar semangat kejiranan yang tinggi pihak ahli jawatan kuasa sebulat suara terpaksa meminda tarikh karnival sukaneka ni melalui mesyurat tergempar pada malam 18 dis 2011 yang lalu.

Kepada yang mungkin berkerja pada hari sukaneka tersebut, bolehlah memohon cuti jika tidak keberatan @ membebankan. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Walaubagaimana satu lagi aktiviti taman kita iaitu majlis makan malam tahunan tidak diubah.

Nampaknya hujung tahun ini merupakan hari hari yang sibuk buat kita, bermula pada 31hb dengan ‘rewang’ dirumah pengantin disebelah pagi, sukaneka disebelah petang dan majlis makan malam di uitm disebelah malam. Keesokan harinya ‘rewang’ dan jamuan dimajlis perkahwinan jiran kita.

Inilah kita, Jiran Sepakat Membawa Berkat.

Memo pindaan tarikh dan masa karnival sukaneka.



Sila berikan ‘komen’ anda.

6 comments:

pojie said...

test

Anonymous said...

semoga taman kita akan lebih cemerlang lagi untuk tahun tahun yang akan datang

pengerusi taman fasa 1 dan 2 said...

terima kasih pojie kerana membaiki blok taman kita ini nanti masuk kan gambar sukan dan gambar gambar program taman yang akan diadakan dari masa ke semasa...JASA MU DIKENANG

Anonymous said...

APE APE PUN KITA SOKONG JANJI APE YANG DIRANCANG BERJALAN DENGAN ELOK DAN BERJAYA INSSAALAH

Anonymous said...

kalau boleh nak mintak orang yang menjaga blok ne ceria kan sikit blok kita ne dan ada kan ruangan bersembang bersama penduduk fasa 1 dan 2 harap maklum

Anonymous said...

apa rancangan tahun 2012 ne tn pengerusi dan ajk taman bila mesyuarat pertama akan di ada kan harap buat yang terbaik untuk taman kita nanti

Post a Comment

http://tamandesapermai3.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.