@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
KLIK DISINI

GOTONG ROYONG TDP3 2012 BERJAYA

on Monday, February 20, 2012

Alhamdulillah aktiviti gotong royong taman kita selamat berlangsung semalam 19 feb 2012. Ini adalah aktiviti pertama dalam kalender aktivitivi tahunan bagi Persatuan Penduduk Taman Desa Permai3 fasa 1 dan 2 dan telah berlangsung dengan jaya. Kehadiran penduduk juga tidak mengecewakan, lebih kurang 70%-80% penduduk dapat meluangkan masa menghadiri aktiviti gotong royong ini. Tahniah dan terima kasih pada semua.
Terima kasih juga kepada pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang turut memberi kerjasama dengan menyediakan peralatan gotong royong dan juga tong sampah besar.
Kaum ibu turut bergotong royong menyiapkan juadah jamuan selepas gotong royong. Pada mulanya menu juadah hanya nasi dengan ikan masin dan ulam-ulam sahaja tetapi bertukar menjadi makan besar apabila Paktam menyumbang 3 ekor ikan jenahak yang beratnya lebih kurang 2 kilogram setiap seekor. Terima kasih daun keladi Paktam. Masakan ikan jenahak masam manis yang disediakan oleh kaum ibu sememangnya mengalahkan masakan lain seperti kari ayam, ayam goreng, ikan masin goreng, telur dadar dan ulam ulaman dengan sambal belacan.
Gambar gambar dan juga sedikit video gotong royong akan menyunsul nanti. Tunggu..

0 comments:

Post a Comment

http://tamandesapermai3.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.