@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
KLIK DISINI

Perjumpaan pertama ajk tahun 2012

on Thursday, February 9, 2012

Perjumpaan AJK Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3 kali pertama bagi tahun 2012 telah selamat berlansung pada 28 januari yang lalu . Perjumpaan dihadiri oleh ketua-ketua blok dan ajk-ajk lain dan dipengerusikan oleh pengerusi persatuan penduduk taman kita iaitu En. Suhaimi Ahmad. Perjumpaan dimulakan dengan pembentangan kewangan dan kajiselidik aktiviti tahun 2011. Perjumpaan kali ini juga membincangkan aktiviti aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang tahun 2012. Pelbagai aktiviti telah dirancang, terdapat aktiviti yang telah dijalankan tahun tahun sebelum ini juga turut disenaraikan dengan penambahbaikan dan ada diantaranya aktiviti baru.




Aktiviti pertama yang akan dijalankan pada tahun ini ialah gotong royong yang akan dilangsungkan pada 19 februari nanti. Seperti biasa acara gotong royong adalah acara pembukaan bagi memastikan kebersihan taman kita berada didalam tahap terbaik sepanjang tahun. Pada tahun ini juga makanan selepas gotong royong akan disediakan dengan menu ala kampung iaitu nasi putih bersama ikan masin dan ulam ulaman. Makanan akan disediakan juga secara gotong royong oleh kaum wanita. Diharap semua penduduk dapat bersama sama menyertai gotong royong ini.


Perkara lain juga turut membincangkan ialah aktiviti sukan yang akan diterajui oleh ketua unit sukan iaitu En. Shukur. Diantaranya ialah aktiviti sukan indoor seperti permainan kerom, dam haji dan catur akan mengisi jadual aktiviti sukan hujung minggu disebelah malam. Kepada yang berkelapangan bolehlah menyertainya nanti.


Pada malam itu juga, En Kuraidi atau Edy telah dilantik untuk menguruskan tabung Khairat kematian.

Aktiviti aktiviti lain akan dimaklumkan kepada penduduk dari semasa ke semasa.


Terima kasih kepada saudara Edy kerana menyediakan makanan istimewa pada malam tersebut.

0 comments:

Post a Comment

http://tamandesapermai3.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.