@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
KLIK DISINI

Pencuri kembali lagi!!!!!

on Monday, June 1, 2009

GEMPAR!!!!!!

Dukacita dimaklum rumah sahabat kita iaitu en. Rahman a.k.a abg sirim telah dimasuki pencuri semalam. Rumah beliau di no 39, jalan Meranti Putih 9B fasa 3. Beliau dan keluarga yang ketika itu bercuti di Pahang bergegas pulang apabila dimaklumkan oleh jiran.

Makluman awal dari beliau, sebuah video kamera, seutas jam dan duit sekolah beliau telah hilang. Pencuri tu juga telah menyelongkar seluruh rumah beliau.

Kami penduduk TDP3 mengucapkan takziah dan berharap beliau sabar.

Untuk pengetahuan semua, ini adalah kes kecurian yang ke 2 didalam TDP3, kes pertama berlaku dirumah En. khairul no 24, Jalan Meranti Putih 9B fasa 1.

Rumah En Khairul dimasuki pencuri melalui bumbung rumah jiran dan memasuki rumah beliau melalui pintu kecil pada tempat tangki air berbeza dengan rumah En Rahman, pencuri memasuki pintu dapur.

berikut sedikit gambar bagaimana pencuri memasuki rumah En. Rahman.

Pencuri melalui rumah jiran beliau yang kosong dengan memotong pagar


Pencuri mematahkan telinga tempat mangga dan membuka grill


Pencuri memecahkan cermin tingkap nako dan membuka pintu melalui dalam

telinga mangga yang telah dipatahkan
Diharap kita semua lebih berwaspa selapas ini..
p/s: cara pencuri memasuki adalah pd pengamatan penulis sahaja, punca sebenar sedang disiasat polis.













0 comments:

Post a Comment

http://tamandesapermai3.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.