@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
KLIK DISINI

Perlukah Jalan Masuk Difasa 3&4 TDP3 Dibuka?

on Thursday, June 4, 2009


Dimaklumkan, sebaik sahaja fasa 3 dan 4 mendapat Sijil Menduduki (CF), Jalan masuk di Jalan Meranti Putih 9C akan dibuka untuk kegunaan orang ramai. Selepas berlakunya kejadian pecah rumah baru baru ini, timbul cakap cakap perlukah satu lagi pintu masuk dibuka.

Terdapat kesan baik dan buruk jika jalan tersebut dibuka.

Apa yang baiknya apabila jalan masuk tersebut dibuka ialah kita lebih mudah keluar masuk kerana terdapat dua jalan masuk. kita juga lebih senang untuk ke pasar malam di Jalan Iskandar dan juga Jalan Paip mahupun ke Pekan Meru melalui jalan belakang. Penggunaan jalan belakang terebut juga lebih selesa kerana kurang kenderaan melalui jalan tersebut berbeza dengan jalan meru yang sibuk ( kejadian kemalangan membabitkan budak sekolah baru baru ini cukup menggerunkan kita).

Kesan buruknya pula ialah orang luar lebih senang masuk ke taman kita. Untuk pengetahuan semua, dahulu jalan masuk tersebut tidak dipagar dan ia menjadi jalan pintas orang luar untuk ke Pekan Meru. Ketika itu, jalan dalam taman menjadi sibuk terutama Jalan Meranti Putih 9B. Jalan pun mula rosak kerana dimasuki kenderaan berat seperti lori pengangkut buah kelapa sawit. (boleh dilihat jalan sudah bertampal). Jalan menjadi sibuk terutama menjelang tengahhari dan petang kerana ramai ibubapa dari luar taman kita menggunakan jalan dalam taman kita sebagai jaln pintas untuk mengambil anak mereka dari sekolah. Apa yang lebih merisaukan, orang orang yang berniat jahat lebih senang keluar masuk ke taman kita.

Disini saya membuat sedikit sedikit kaji selidik perlukah jalan masuk tersebut dibuka. hasil kajian akan dikemuka kepada tuan pengerusi. Sila ke ruangan 'Apa kata survey' untuk menyertai kaji selidik ini. diharap semua penduduk dapat menyertainya terutama penduduk Fasa 3&4 TDP3.

0 comments:

Post a Comment

http://tamandesapermai3.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.