tuntutan pembayaran kos pembinaan pondok keselamatan

on Thursday, July 23, 2009

Alhamdulilah, sejak kita menjalankan rondaan malam tiada lagi berlaku kes pecah rumah didalam kawasan taman kita. Tidur malam pun sudah lena hingga pagi, tidak lagi dalam ketakutan.


Sebuah Pondok Keselamatan Rasmi juga telah dibina pada 26 jun 2009 dengan kerjasama rakan kita iaitu En Agus. Pondok tersebut siap sepenuhnya pada 27 jun 2009. Jutaan terima kasih kita ucapkan kepada Encik Agus diatas kerja bertukus lumus beliau, jutaan terima kasih juga kepada En. Rahman kerana menyumbangkan lampu untuk pondok tersebut. tidak lupa juga kepada semua yang menyumbang tenaga untuk menyiapkan pondok tersebut. Pondok tersebut adalah untuk kegunaan semua penduduk TDP3 terutama untuk tugas rondaan malam.

Pada mesyuarat 10 julai yang lalu, majoriti penduduk fasa 1 dan 2 telah bersetuju untuk bersama membiayai kos pembinaan pondok tersebut yang berjumlah RM866 dengan bayaran RM 20 bagi setiap rumah. Apalah sangat RM20 itu jika nak dibandingkan dengan kedamaian kita dapat. kutipan Rm20 ini adalah untuk fasa 1 & 2 sahaja dan bayaran boleh dibuat kepada ketua blok masing masing.
duit pondok_0001


align="center">Surat Makluman Dari Pengerusi persatuan TDP3







sedikit gambar semasa pembinaan

(klik pada gambar untuk paparan besar)

0 comments:

Post a Comment

http://tamandesapermai3.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.