@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
KLIK DISINI

Ceramah Motivasi TDP3 fasa1&2 Cermerlang

on Monday, June 25, 2012

Segala puji dan syukur kehadirat Allah SWT, Shalawat dan Salam ke atas junjungan kita Muhammad SAW, keluarganya, para sahabat dan seluruh makhluk Allah.

Alhamdulillahirobbilalamin.. Dengan izinNya majlis Ceramah Motivasi taman kita berjalan lancar dan berlangsung dengan jayanya. Cuaca juga cukup baik pada malam tersebut, tidak panas atau hujan walaupun pada paginya agak panas dan petang yang mendung seperti hendak hujan.

Terima kasih dari kami kepada semua yang hadir terutama dari penduduk fasa 1&2 sendiri dan juga sahabat sahabat kita dari fasa 3&4 dan dari Jalan meranti putih 10.

Program berlangsung mengikut seperti aturcara yang telah dirancangkan, bermula jam 8 malam penduduk mula berkumpul dan menikmati jamuan makan malam yang telah disediakan secara rewang pada siang harinya. Diikuti dengan insyak berjemaah yang di imamkan oleh Penceramah yang dijemput iaitu Paksu. Ceramah motivasi bermula selepas solat insyak dan selesai pada jam 11 malam.

Diharap semua yang hadir mendapat ilmu yang disampaikan oleh paksu. Paksu juga mempelawa semua penduduk melayari blog beliau di http://paksuder.blogspot.com/

Daripada sambutan yang telah diberikan, Insyaallah kita akan adakan lagi tahun hadapan, Insyaallah.

Sedikit gambar untuk tatapan semua. ( maaf kualiti gambar kurang memuaskan)

0 comments:

Post a Comment

http://tamandesapermai3.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.