@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
KLIK DISINI

Pembaikan Jalan di Jalan Meranti Putih 9A

on Monday, June 11, 2012

Untuk maklumat semua, Pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK) sedang melakukan kerja kerja membaiki jalan yang rosak di Jalan Meranti Putih 9A. Kerja pembaikan ini dilakukan oleh kontraktor yang dilantik oleh MPK yang menelan belanja hampir 20 ribu ringgit Malaysia. Jalan tersebut rosak disebabkan oleh dilalui lori kutipan sampah milik kontraktor MPK yang terlalu berat.

Pihak persatuan mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengerusi persatuan kita kerana mengambil berat mengenai pekara ini. Beliau beberapa kali menemui pegawai MPK di Jabatan Kejuruteraan MPK bagi memohon pembaikan jalan disegerakan.

Pihak persatuan juga merakam penghargaan kepada pihak MPK diatas kerjasama yang erat dengan taman kita. Untuk pengetahuan semua, taman kita mempunyai hubungan yang baik dengan taman kita melalui pengerusi kita, lihatlah taman mainan kita, jika sebelum ini berumput panjang, kini dijaga dengan baik oleh kontraktor yang dilantik. Kawasan kedai juga telah disapu setiap, rumput kawasan perumahan dipotong 2 kali sebulan, sampah rumah dipungut 3 kali seminggu dan yang terkini terdapat pekerja kontraktor yang membersihkan jalan dihadapan rumah kita. Walaubagaimanapun diminta semua penduduk tetap menjaga kebersihan taman kita.

Kepada penduduk di Jalan Meranti Putih 9A, diharap bersabar. Kenderaan boleh diletakkan dilorong belakang. Kesulitan hari ini adalah untuk kesenangan hari esok.

0 comments:

Post a Comment

http://tamandesapermai3.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.