@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
@tdp3 fasa 1&2
KLIK DISINI

Persatuan TDP3 fasa 1&2 Berdaftar Dengan MPK

on Wednesday, June 13, 2012

Sebagaimana semua tahu, walaupun persatuan penduduk taman kita tidak mendaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) tetapi kita telah mendaftar dengan Majlis Perbandaran Klang (MPK) sejak awal penubuhan persatuan penduduk taman kita ini lagi. Nama nama ahli didalam persatuan kita juga telah dihantar ke balai polis meru sebagai rujukan mereka.

Pendaftran Tdp3 Dgn Mpk

Keputusan Untuk tidak mendaftar degan ROS adalah persetujuan majoriti penduduk taman. Untuk mendaftar dengan ROS adalah terlalu mudah akan tetapi untuk menjalankan dan mengikuti segala yang dikehendaki oleh ROS dikuatiri akan membebankan semua ahli jawatankuasa (AJK), sebagaimana yang semua tahu, semua AJK adalah jawatan sukarela, taman kita tidak membayar satu sen pun kepada mereka, mereka juga tidak terlepas daripada membayar yuran bulanan seperti ahli yang lain. Setiap AJK mempunyai perkerjaan sendiri, mempunyai keluarga sendiri dan mempunyai pelbagai masalah yang lain, tidak perlulah kita membebani mereka dengan masalah dalam menjalanlan ROS pula. AJK sekarang mungkin boleh menjalankan ROS, tapi bagaimana AJK- AJK yang akan datang? Mampukah mereka? Semua jawatan bukanlah yang kekal, setiap 2 tahun kita boleh memilih AJK yang baru.

Sebenarnya, taman kita lengkap semua keperluan ROS, baik dari segi aktiviti, mesyuarat, perjumpaan, akaun dan sebagainya.

Kita juga mendapat nasihat daripada AJK- AJK yang pernah menjalan kan ROS didalam taman mereka duduki sebelum berpindah ke taman kita ini, kita juga menerima nasihat dan pandangan beberapa persatuan penduduk yang telah lama bertapak sekitar meru, rata rata mereka memuji dan bersetuju dengan cara kita menjalan kan persatuan taman kita.

Kita juga mengambil inspirasi dari kaedah tradisional, cara orang kampung. Orang kampung tidak mendaftar dengan ROS tetapi mereka bertahan berpuluh tahun. Biar kurang atas kertas tetapi lebih dilapangan.

Oleh itu kita telah sepakat, untuk menjalan persatuan taman kita secara tradisional, secara kampung, secara keluarga, satu keluarga yang besar!

0 comments:

Post a Comment

http://tamandesapermai3.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.